Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah
Sultan Ismail Mu’abbhiddin Riayat Shah ibni Almarhum Sayyid Sheikh al-Khairat atau nama sebenar baginda Raja Ismail Hitam (mangkat pada 4 September 1889).
Ismail Muabidin Riayat Shah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Perak | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Sultan Perak 25 | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Abdullah Muhammad Shah II | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Raja Bendahara Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Di-Hilir Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Di-Hulu Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Di-Tengah Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Kecil Besar Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Kecil Sulung Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Kecil Tengah Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Muda Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Raja Kecil Bongsu Perak | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Keputeraan | - - - | ||||||||||||
Kemangkatan | - - | ||||||||||||
Pemakaman | - - | ||||||||||||
Pasangan | 9 | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | - | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | - | ||||||||||||
Wangsa | - | ||||||||||||
Ayahanda | - | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | islam | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Ismail Muabidin Riayat Shah |
Ia merupakan anakanda kepada Raja Syith Hitam (Raja Sheikh Al-Khairat Shah) yang merupakan kerabat Diraja Siak Sri Indrapura melalui jalur nasab Tengku Hussein ibn Sultan Muhammad Abdul Jalil Jalaluddin Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Mahmud (Tengku Buang Asmara (Sultan Siak ke-2 (1740–1760), Almarhum Mampura) ibn Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau lebih dikenali sebagai Yang Dipertuan Raja Kechil Siak (Sultan Siak 1 (1723–1740), Almarhum Buantan).
Bonda baginda iaitu Raja Mandak binti Sultan Ahmaddin Shah (Sultan Perak ke-18 (1786–1806, Marhum Bongsu)) merupakan kerabat DiRaja Perak.
Baginda merupakan Raja Bendahara Perak yang berkuasa di Ulu Perak atau lebih tepat lagi, di Belanja, Mukim Belanja, Perak Tengah.
sejarah
suntingRamai sejarawan dan pengkaji salasilah Raja-raja Perak yang terkeliru dengan nasab keturunan baginda. Mereka beranggapan bahawa baginda berketurunan Sayyid al-Shahab dari Siak Sri Indrapura, tetapi sebaliknya baginda itu berasal daripada zuriat langsung (waris benih) daripada Yang Dipertuan Raja Kechil Siak (m. 1746). Kekeliruan itu muncul disebabkan pengkaji-pengkaji Barat seperti R.O. Winstedt dan W.E. Maxwell terkeliru dengan ejaan nama ayahanda kepada Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah ketika mereka mentransliterasikan huruf-huruf Jawi kepada huruf Rumi. Hasil daripada kekeliruan ini menerbitkan nama Raja Sayyid Hitam pada nama ayahanda baginda. Manuskrip Jawi lama seperti MSS Maxwell 24 (C) Salasilah Raja-raja Perak, MSS Maxwell 24 (D) Hikayat Negeri Johor dan MSS Maxwell 103 Salasilah Raja-raja Perak, karangan Engku Imam Paduka Tuan Raja Haji Yahya bin Raja Daud Shahid (Tengku Busu) ibn Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman Siak mencatatkan nama ayahanda kepada Sultan Ismail ialah Raja Thith Hitam. Ejaan huruf Jawi "ثيث" yang sepatutnya dibaca sebagai "THITH" telah bertukar kepada perkataan "SAYYID" sedangkan ejaan perkataan Sayyid yang sebenar dalam tulisan Jawi ialah huruf "سيد". Kekeliruan ini perlu diperbetul oleh para sejarawan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Dilantik sebagai Sultan Perak
suntingBaginda dilantik sebagai Sultan Perak berikutan ketidakhadiran Raja Muda Perak iaitu Raja Muda Abdullah pada hari pemakamam Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah (25 Mei 1871) di Sayong dan hari pemasyhuran Sultan baru bagi negeri Perak. Ketidakhadiran ini kerana akibat terlalu takut dibunuh oleh Raja Di-Hilir Yusuf dan pengikut-pengikutnya akibat permusuhan lama antara kedua-dua keluarga kerana terpaksa melalui kawasan Raja Yusuf iaitu Senggang dan Sayong, Perak. Setelah 30 hari menunggu Raja Abdullah yang tidak datang serta setelah lebih sebulan lamanya jenazah Almarhum Sultan Ali terbujur dan tidak dikebumikan, kerana belum diisytiharkan pengganti baginda, akhirnya Orang-Orang Besar Perak yang diketuai oleh Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim bin Long Jaafar telah menabalkan Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan Perak pada 28 Jun 1871.
Penentang British dan dalang pembunuhan J.W.W Birch
suntingBaginda mula menentang British semenjak Perjanjian Pangkor (20 Januari 1874) iaitu telah menghilangkan gelaran Sultan Perak kepada Sultan Muda dan jawatan baginda diserahkan kepada Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. Kemarahan baginda dengan British termasuk Residen Perak Pertama, J.W.W Birch, apabila sewaktu baginda bersemayam di Belanja, Perak, baginda didatangi oleh J.W.W Birch untuk dapatkan alat-alat kebesaran Kesultanan Perak. Persengketaan ini bermula disebabkan sewaktu perjanjian Pangkor ditandatangai, Raja Abdullah telah diktiraf oleh British sebagai Sultan Perak dan baginda memerlukan alat kebesaran Perak untuk mengesahkan pertabalan baginda sebagai sultan perak. Oleh itu, J.W.W Birch datang ke Belanja untuk dapatkan alat kebesaran tersebut, tetapi telah ditentang oleh baginda dan semenjak itu, baginda marah dan cuba untuk menghapuskan pengaruh British dan J.W.W Birch
Melarikan diri dan dibuang negeri
suntingSelepas pembunuhan J.W.W Birch, tentera British mahu menangkap Sultan Ismail kerana bersubahat membunuh J.W.W Birch, tetapi baginda melarikan diri daripada tentera British bersama pengikut-pengikut baginda dengan menaiki gajah dari Belanja menunju ke Kedah dengan menumbangkan pokok-pokok besar di jalan ke Belanja untuk melengah-lengahkan perjalanan tentera British untuk menangkap baginda. Dalam pertengahan bulan Januari 1876, Sultan Ismail yang telah masuk ke negeri Kedah bersama para pengikut baginda telah meminta perlindungan daripada Sultan Zainul Rashid II (Sultan Kedah). Sultan Kedah yang serba salah untuk melindungi orang yang diburu oleh pihak British telah pergi ke Pulau Pinang memberitahu perkara tersebut kepada Lt. Colonel Anson dan baginda telah dinasihatkan supaya membenarkan Sultan Ismail memasuki sempadan Kedah dan kemudian menyerahkan baginda kepadanya di Pulau Pinang. Pada 17 Mac 1876, Sultan Ismail telah dibawa ke Kuala Kedah dan seterusnya pada 20 Mac 1876 baginda bersama 18 orang pengikutnya dibawa ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Lt. Colonel Anson. Perempuan dan kanak-kanak yang bersama-sama dalam rombongan Sultan Ismail serta 27 ekor gajah semuanya ditinggalkan di Kedah. Berkenaan dengan penyerahan Sultan Ismail dan pengikutnya itu, Lt. Colonel Anson sendiri telah menulis:
"Pada 23 Mac (1876), Raja Ismail telah dibawa ke pejabat saya di Pulau Pinang, dan beliau teah menyerahkan kepada saya segala Alat Kebesaran Kerajaan Negeri Perak. Saya dapati beliau seorang tua yang baik (gentleman) dan menyukakan hati. Saya sangat belas kasihan kepadanya. Oleh sebab Alat Kebesaran itu ada di tangan beliau, itu menunjukkan beliau telah jadi Sultan (Perak) yang sebenarnya...Adalah satu kesilapan besar melantik (Raja) Abdullah yang tak ada apa gunanya itu."
— Haji Buyong bin Adil (1981), Sejarah Perak, Dewan Bahasa & Pustaka (Kuala Lumpur, hlm. 141)
Sultan Ismail serta Alat Kebesaran Kerajaan Perak dan beberapa orang pengikut baginda dengan segera dihantarkan oleh Lt. Colonel Anson ke Singapura dengan kapal perang H.M.S. Ringdove. Ringdove telah sampai di Singapura pada 26 Mac 1876. Setelah semua Alat Kebesaran itu diserahkan kepada Gabenor William Jervois, pada 27 Mac 1876, baginda telah dihantar ke negeri Johor dan diserahkan di bawah jagaan Maharaja Johor (Maharaja Abu Bakar) sementara dijalankan penyiasatan mengenai hal ehwal negeri Perak itu. Suatu Suruhanjaya Penyiasat dari pihak British berhubung dengan Perang Perak telah ditubuhkan pada bulan Jun dan Julai 1876. Akhirnya, kerajaan British memutuskan bahawa Sultan Abdullah, Laksamana Muhammad Amin Dato' Syahbandar Uda Maamor, Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles dan Sultan Ismail dibuang negeri ke Skudai, Johor.
Mangkat
suntingSultan Muda Ismail mangkat pada 4 September 1889. Beliau telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu dan telah diberi gelaran Marhum Mangkat di Sekudai.
Rujukan
sunting
Didahului oleh Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah |
Sultan Perak 1871-1874 |
Diikuti oleh: Sultan Abdullah Muhammad Shah II |