Nanoha Takamachi (Jepun: 高 町 な の は,, Hepburn: Takamachi Nanoha) ialah watak utama fiksyen dalam siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri anime ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, dan Manga-nya yang lain iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Nanoha ialah seorang manusia biasa yang tinggal di dimensi Earth @ Bumi. Kemudian, secara tidak sengaja, Nanoha bermimpi mengenai seekor feret yang cedera. Nanoha bertemu dengan feret itu secara tidak sengaja dan dikurniakan kuasa sekaligus mengangkat tarafnya menjadi Mage @ Ahli Sihir dari dimensi Bumi, seperti Yagami Hayate dan Gill Graham. Feret tersebut merupakan Familiar @ haiwan penjaga dari dimensi lain, bernama Yuno Scrya yang meminta tolong dari Nanoha untuk mengumpulkan Jewel Seed @ Lost Logia. Dalam memenuhi tuntutan tersebut, Nanoha bertemu saingannya yang bernama Fate testarossa. Intelligent Device milik Nanoha ialah Raging Heart. Pada musim kedua dan ketiga, Nanoha telah bekerja sebagai Pegawai Time Space Administration Bureau @ Jabatan Angkasa Bureau.

Takamachi Nanoha
Watak 'Magical Girl Lyrical Nanoha'
Kemunculan pertama

Disuarakan oleh

Yukari Tamura
Profil
Dunia Asal

Dimensi Bumi, Bandar Uminari
Keluarga

Takamachi Shiro
Takamachi Momoko
Takamachi Kyouka
Takamachi Miyuki
Informasi
Sistem Magis

Sistem Mid Childa
Familiar

Yuno Scrya
Intelligent Device

Raging Heart / Raging Heart Excellion

Personaliti sunting

Nanoha dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya turut menjadi seorang yang lemah lembut dan penyayang. Dia yang mempunyai kedua-dua sahabat yang baik iaitu Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura membuatkan dirinya menjadi seseorang yang menghargai persahabatan. Biarpun begitu, Nanoha juga seorang yang tegas, contohnya Nanoha pernah menampar Alisa kerana Alisa membuli Suzuka. Pertemuannya dengan Fate Testarossa membuktikan Nanoha ialah seorang manusia yang mengambil berat akan hal orang lain. Dia cuba membantu Fate untuk keluar daripada kehidupan silamnya yang penuh dengan kegelapan. Nanoha juga merupakan ibu yang tegas, contohnya layanannya terhadap Takamachi Vivio lebih tegas berbanding Fate. Sikap yang paling kontra bagi Nanoha ialah dia seorang yang gigih dalam mencapai sesuatu contohnya dia berusaha keras untuk meningkatkan taraf Raging Heart.

Sejarah Kehidupan sunting

Nanoha dalam Musim Pertama dan Nanoha First Movie sunting

 
Nanoha mengelak serangan Fate Testarossa

Sebagai permulaan cerita, Nanoha ialah seorang budak perempuan yang comel yang berada di Gred Tiga di sebuah Sekolah Rendah. Nanoha bersahabat dengan Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura yang merupakan anak jutawan. Nanoha gemar membantu orang tuanya, Takamachi Shiro dan ibunya, Takamachi Momoko dalam perniagaan di Kedai Kek Midoriya. Nanoha juga mempunyai hubungan baik dengan kakak dan abangnya, Takamachi Miyuki dan Takamachi Kyouka. Kyouka sukakan kakak Suzuka, iaitu Shinobu Tsukimura. Nanoha pergi ke sekolah dengan menaiki bas awam. Hubungan Nanoha dengan ahli keluarganya sangat baik.

Pada suatu malam, Nanoha dikurniakan mimpi yang pelik, iaitu seekor feret meminta tolong kepada Nanoha. Nanoha tersedar daripada mimpi dan agak tidak menghiraukan mimpinya. Ketika Nanoha pulang dari sekolah bersama-sama rakannya, Nanoha menemui Yuno Scrya yang mengalami luka parah dalam bentuk feret. Nanoha membawa feret tersebut pergi berjumpa dengan doktor haiwan yang terdekat untuk rawatan. Nanoha tinggalkan feret tersebut di hospital itu dan pulang ke rumahnya. Pada malam hari, Nanoha diseru lagi dan mendapat visi mengenai feret tersebut. Nanoha berlari ke hospital dan terkejut melihat seekor rasaksa lumpur menyerang feret itu. Nanoha melihat feret itu yang bernama Yuno. Yuno berkomunikasi dengan Nanoha melalui telepati, dan mengatakan tujuannya datang ke dimensi Bumi. Semuanya berkaitan dengan Lost Logia yang dikenali sebagai Jewel Seed. Jewel Seed merupakan artifak kuno yang bertaburan di serata-rata dimensi Bumi, dan Jewel Seed ialah benih yang mudah terangsang dan mudah diaktifkan serta boleh membawa bahaya kepada penduduk setempat.

Di leher Yuno, terdapat sebutir permata bulat yang berwarna merah darah. Permata itu dikenali sebagai Raging Heart. Nanoha mendengar arahan daripada Yuno untuk membaca mentera. Apabila mantera dibaca, sistem Raging Heart telah diaktifkan dengan mengangkat Nanoha menjadi Master-nya. Nanoha yang terkejut selepas mengalami Transformation kepada form Barrier Jacket, segera memandang ke hadapan dan cuba menyerang rasaksa lumpur tersebut. Akhirnya rasaksa lumpur tersebut berjaya ditewaskan, dan Jewel Seed berjaya di perolehi dan di simpan dalam Raging Heart. Sejak daripada itu, apabila setiap Jewel Seed yang di aktifkan, Nanoha akan mengumpulnya, dan menyimpannya dalam Raging Heart.

 
Nanoha dan Fate akhirnya menjadi sahabat baik

Suatu hari, semasa Nanoha sedang mengumpulkan Jewel Seed, tiba-tiba, dia dikejutkan dengan serangan seorang Mage yang berasal dari dimensi lain. Serangannya amat kasar dan menakutkan. Walaubagaimanapun, Nanoha cuba berkomunikasi dengannya. Nanoha juga memerhatikan Mage tersebut yang mempunyai mata yang sangat menawan, dan rambutnya sangat panjang. Tetapi, Nanoha merasakan Mage tersebut seperti berada dalam kesedihan. Nanoha cuba bersahabat dengan Mage tersebut, tetapi seekor Familiar yang berbetuk serigala bernama Arf Testarossa melarang Master daripada bersahabat dengan Nanoha. Nanoha cuba menyelami kehidupan gadis tersebut. Nanoha juga cuba memperkuatkan kuasa Mana-nya agar dia dapat berdiri setanding dengan Mage tersebut yang bernama Fate Testarossa.

Perlawanan demi perlawanan berlaku di mana Nanoha handal dalam penembakan jarak jauh dan Fate pula handal dalam menguasai lawan dalam kepantasan. Senjata Fate, iaitu jenis Intelligent Device yang bernama Bardiche ialah sejenis senjata yang ganas dan kasar. Dalam perlawanan mereka, Fate seorang yang pendiam. Namun, sikap Nanoha yang mengambil berat menyebabkan Fate akhirnya membuka mulut. Fate melakukan semua itu, demi Ibunya, Precia Testarossa. Sehinggalah suatu hari, pertarungan yang kuat berlaku, menyebabkan pihak Jabatan Angkasa Bureau melalui Chrono Harlaown terpaksa menghentikan pertarungan mereka berdua, dan Fate ditangkap dan dikurung dalam sel tahanan.

Maklumat yang diperolehi melalui Fate membolehkan pihak Jabatan Angkasa Bureau menyerbu Garden Of Time untuk memberkas Precia Testarossa. Nanoha, Arf dan Yuuno turut membantu dengan bertarung dengan askar robot milik Precia. Fate juga akhirnya membantu Nanoha dengan menewaskan robot ibunya. Kematian Precia Testarossa dan penahanan Fate menamatkan siri musim pertama ini. Fate akhirnya memperolehi kehidupan yang bahagia di sisi keluarga angkat-nya, Lindy Harlaown dan Chrono Harlaown. Nanoha pula kembali ke sekolah bersama-sama rakan baiknya.

Nanoha dalam Musim Kedua sunting

 
Linker Core Nanoha direntap oleh Yagami Shamal

Dalam A's, Nanoha dan Yuno bergabung dengan Jabatan Angkasa Bureau, sebagai ahli sihir sementara, menetap di demensi Bumi untuk bekerja sama dengan Fate Testarossa yang telah pulih daripada tekanan emosi. Persahabatan mereka semakin erat. Episod pertama dalam A's, Nanoha diserang oleh Yagami Vita. Nanoha hampir pitam dan Raging Heart hampir musnah kerana dipukul dan dihentam oleh senjata Vita iaitu Graf Eisen. Fate, Arf, dan Yuno tiba pada tepat masanya. Fate dan Arf bertarung dengan Yagami Vita, sementara Yuno menyembuhkan luka Nanoha. Fate dan Arf berjaya menangkap Vita, malangnya seorang lagi musuh, Yagami Signum muncul dan terus menghentam Fate, dengan senjatanya, Laevatein. Bardiche tidak dapat menghalang Laevatein kerana Signum menyerang secara mengejut dengan menggunakan Cartridge System iaitu form Load Cartridge, Purple Lightning Flash. Bardiche hanya sempat menyebut form Defencer Form, tetapi akhirnya Fate tewas dan Bardiche mengalami kerosakan. Tetapi Bardiche merupakan Intelligent Device yang mempunyai 2 keistimewaan yang tidak terdapat pada senjata lain, iaitu membaik pulih, form Recovery Form dan kepantasan, form Blitz Rush dan Sonic Form. Oleh itu, Bardiche boleh diperbaiki dalam hanya beberapa saat. Nanoha pula yang tidak dapat bertahan melihat rakan-rakannya dibelasah Guardian Knight mula mencari jalan sendiri iaitu dengan membuka form Starlight Breaker biarpun Raging Heart berada dalam keadaan kritikal. Ketika itu juga Yagami Shamal merentap Linker Core Nanoha, menyebabkan Nanoha mendapat kecederaan yang lebih parah. Akhirnya pertarungan antara mereka tamat, setelah Nanoha dan Fate tewas kepada mereka berdua yang merupakan sebahagian daripada Guardian Knight.

Setelah itu, Nanoha dan Fate kembali kepada kehidupan asal. Nanoha memperkenalkan Fate kepada sahabatnya, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Fate menetap di dimensi Bumi kerana ingin memerhati kegiatan Guardian Knight. Begitu juga dengan Lindy Harlaown dan Chrono Harlaown. Lindy mengambil Fate sebagai anak angkat, dan oleh itu nama Fate bertukar menjadi Fate Testarossa Harlaown, ataupun Fate T Harlaown. Bardiche dan Raging Heart dinaik taraf dengan penginstallan form Load Cartridge, iaitu satu sistem yang sama dengan Wokenritter's Belka yang digunakan oleh Guardian Knight. Oleh itu, Nama Bardiche dan Raging Heart ditukar kepada Bardiche Assault dan Raging Heart Excellion.

Kemudian, secara tidak sengaja, Nanoha dan Fate bertemu dengan Yagami Hayate. Yagami Hayate merupakan sahabat kepada Arisa dan Suzuka. Hayate mengalami sakit lumpuh dan hanya mampu berkerusi roda. Melalui luaran, Hayate hanya kelihatan seperti budak-budak biasa yang mengalami masalah lumpuh. Suatu hari, Nanoha, Fate, Arisa dan Suzuka pergi melawat Hayate di hospital. Secara tidak sengaja, mereka terjumpa dengan Vita pemegang Graf Eisen, Signum pemegang Laevatein, Shamal pemegang Klarer Wind, dan Zafira yang merupakan Guardian Beast. Mulai dari detik itu, Nanoha dan Fate mulai sedar bahawa Guardian Knight mempunyai ikatan dengan Hayate.

Guardian Knight mendapati Hayate merupakan Master kepada Book Of Darkness. Oleh kerana Hayate merupakan Master kepada Book Of Darkness, maka Guardian Knight mula berkhidmat di bawah jagaan Hayate. Hayate tidak pernah menganggap Guardian Knight sebagai orang suruhan, tetapi sebaliknya menganggap mereka sebagai sebahagian keluarga sendiri. Hayate melarang Guardian Knight daripada mengisi Book Of Darkness yang mengandungi 666 muka surat. Tetapi, secara rahsia, Guardian Knight mengisi Book Of Darkness dengan Linker Core Mage kerana ingin menggelakkan Book Of Darkness menghancurkan Hayate. Guardian Knight amat menyayangi Hayate dan sangup bertaruh nyawa demi Tuan mereka. Sehingga peringkat konflik, Nanoha dan Fate bertarung dengan Guardian Knight. Fate lebih gemar bertarung dengan Yagami Signum dan Fate mempunyai perasaan kasih terhadap Signum. Begitu juga dengan Nanoha yang lebih gemar bertarung dengan Yagami Vita dan menyayangi Vita seperti adik sendiri.

 
Nanoha terpaksa membuka form Force Burst untuk menewaskan Yagami Reinforce Eins

Dalam pertarungan Nanoha dan Fate dengan Guardian Knight, 2 orang masuk campur dan mencuri Linker Core Guardian Knight. Guardian Knight lenyap, dan Hayate menjadi marah dan melepaskan Kuasa Book Of Darkness. Jasad Yagami Hayate diambil alih oleh Yagami Reinforce Eins. Yagami Reinforce Eins melancarkan serangan secara bertubi-tubi.

Nanoha bersama-sama dengan Fate terpaksa melawan Hayate dan Reinforce, sebagai Master kepada Book Of Darkness. Nanoha dan Fate juga terpaksa melindungi Arisa dan Suzuka daripada serangan Book Of Darkness yang di sasarkan oleh Yagami Reinforce Eins. Fate kemudian dipenjara oleh Book Of Darkness dan dilemparkan ke dalam mimpi silam. Mimpi itu mengenai Kehidupan silam yang amat diingginkannya. Dalam mimpinya, Fate hidup bahagia bersama Precia, Alecia, Linith dan Arf. Precia yang selalu mendera Fate berubah menjadi seorang ibu yang penyayang dalam mimpi Book Of Darkness. Fate amat inginkan kehidupan seperti itu. Tetapi Fate tahu bahawa semua itu hanya mimpi dari Book Of Darkness. Ketika itu pula Nanoha berlawan bermati-matian dengan Eins dan terpaksa membuka Raging Heart Excellion Extension.

Akhir sekali, Fate memutuskan untuk kembali ke dunia asal dan meninggalkan mimpi dan memori silam. Alecia menyerahkan Bardiche kepada Fate, dan Alecia hilang dari pandangan. Fate membuka form Zanber Form, dan mengaktifkan form Sprite Zanber untuk memecahkan penghadang Book Of Darkness. Akhir sekali, Fate berjaya keluar dan kembali ke dimensi Bumi. Ketika itu, Nanoha sedang menyerang Eins. Selepas itu, Fate dan Nanoha bersama-sama Guardian Knight serta Hayate berusaha untuk menentang serangan Book Of Darkness. Kemenangan akhirnya bepihak kepada mereka.

Nanoha dalam Musim Ketiga sunting

Musim ketiga, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS bermula setelah beberapa tahun Magical Girl Lyrical Nanoha A's ditamatkan. Ketika musim ketiga ini, Nanoha, Fate Testarossa, Yagami Hayate, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura telah mencapai 19 tahun. Mereka berlima berkawan baik dan sedang berada di tahap sekolah tinggi. Hayate yang lumpuh ketika dahulu, telah boleh berjalan kesan daripada pengorbanan Yagami Reinforce Eins. Nanoha masih menetap di Bandar Uminari bersama-sama dengan keluarganya yang mengusahakan Kedai Kek Midoriya.

Biarpun masih bersekolah tinggi, namun begitu, Nanoha masih aktif melibatkan diri dalam misi Jabatan Angkasa Bureau. Kedudukannya sebagai Pegawai Atasan dan Kapten Kumpulan Bintang @ Captain of Star Squad, menyebabkan dirinya turut menjadi sibuk menguruskan ahli kumpulannya yang terdiri daripada Vita, Nakajima Subaru dan Teana Lanster. Subaru seorang yang amat energetik dan aktif serta selalu bercakap. Manakala Teana pula lebih pendiam dan seorang yang bijak dalam mengatur strategi pertempuran. Dia ingin mengikut jejak langkah Fate Testarossa yang juga berperanan sebagai Enforcer Force bagi pertahanan kerajaan mereka. Subaru dan Teana bersahabat baik dengan Caro Lu Lushe dan Erio Mondial yang merupakan anak buah Fate.

Kemunculan Nanoha pada musim ini kelihatan lebih matang serta tegas. Jikalau dahulu iaitu pada musim pertama, Nanoha amat lembut dan bersopan santun. Fate pula amat kasar dan kejam. Tetapi keadaan telah berubah di mana Nanoha lebih garang dan Fate lebih lembut. Jubah perlawanannya yang dahulunya kelihatan seperti budak sekolah, kini telah bertukar menjadi lebih kompleks dan cantik. Begitu juga anak didiknya yang memakai pakaian perlawanan sepertinya. Nanoha yang dahulunya selalu bertarung dengan Vita, kini menyayangi Vita. Nanoha selunya sibuk dengan latihan untuk memperkuatkan anak didiknya. Asas pembelajaran dan penekanan terhadap ilmu sihirnya ialah serangan dan tembakan @ shooting. Dalam StrikerS, Khazanah Logia yang Hilang ataupun Lost Logia masih dikaitkan dengan misi mereka. Cuma kali ini, ianya berbentuk Drones iaitu sebuah alat teknologi canggih yang mengunakan Jewel Seed sebagai punca kuasanya. Drones ini dihasilkan oleh Jail Scaglietti iaitu seorang saintis yang bijak dan agak gila. Fate seorang yang teliti kerana dia ialah orang yang pertama menyedari bahawa Jewel Seed terlibat dalam kes terbaru mereka.

Ketika terlibat dalam misi menyelamat, Kumpulan Kilat yang diketuai oleh Fate dan Kumpulan Bintang yang diketuai oleh Nanoha menemui seorang budak perempuan yang comel. Dia berada dalam keadaan yang tidak bermaya dan akhirnya budak itu pitam. Nanoha mengambil keputusan untuk memelihara budak perempuan itu yang bernama Vivio. Vivio dibawa pulang ke pengkalan mereka dan dijaga seperti anak kandung Nanoha dan Fate. Sejak itu, nama Vivio telah didaftarkan di bawah nama keluarga Takamachi menyebabkan namanya bertukar menjadi Takamachi Vivio. Ketika pertengahan musim ini, Vivio telah diculik oleh pihak musuh yang diketuai oleh Jail Scaglietti. Vivio sebenarnya ialah artificial human being iaitu dihasilkan oleh Jail melalui Projek Pengklonan Memori. Seperti Fate yang klon kepada Alecia Testarossa, Vivio pula ialah klon kepada Olive Segbrecht yang merupakan keturunan Saint King. Vivio menjadi sasaran musuh kerana dia boleh mengerakkan Saint Cradle. Dirinya telah diikat di kerusi dan kuasa dari dalam tubuhnya telah diserap. Nanoha dan Fate cuba sedaya upaya membawa Vivio pulang kembali ke sisi mereka.

Menjelang akhir musim Strikers, Fate ke pangkalan Jail Scaglietti untuk menahannya. Sementara itu, Nanoha pula ke Saint Cradle untuk mendapatkan Vivio kembali. Fate yang datang ke sarang Jail dibantu oleh Suster Schach dan Verossa. Verossa mampu mencari punca kuasa sistem utama yang mengawal strategi pihak musuh menggunakan form Verossa's Infinite Hunt. Di peringkat konflik, Fate bertarung sendiri dengan Jail Scaglietti dan telah berlaku satu insiden yang merungkai kisah silam Fate. Jail menceritakan bahawa dia ialah orang pertama yang mencipta Fate melalui Projek Fate iaitu Projek Pengklonan Memori dan orang yang menyempurnakannya ialah Precia Testarossa. Jail juga mengatakan bahawa dia adalah seperti ayah kepada Fate kerana dia-lah yang mencipta Fate. Jail juga menuduh Fate adalah sama seperti ibunya, Precia yang hanya membesarkan Erio dan Caro untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini membuatkan Fate menyedari kebenarannya, dan Fate kemudian mula bangun dengan mengaktifkan form Riot Zanber dan bentuk barunya, form Sonic Drive. Berlaku pertarungan yang sengit antara mereka berdua. Fate yang membuka form Zanber Form dengan sekuat hati, melepaskan amarah yang telah lama disimpan di jiwanya menghentam Jail. Setelah Jail ditangkap, bangunan mulai runtuh dan Fate diselamatkan oleh anak didiknya, Erio.

Ketika itu pula Nanoha yang berada dalam Saint Cradle menghampiri Vivio. Vivio yang gelombang otaknya dikawal telah menyerang Nanoha bertubi-tubi, sehinggakan memaksa Nanoha membuka form Blaster Mode yang boleh mengakibatkan dirinya mengalami kecedaraan. Berlakunya pertarungan hebat antara mereka berdua. Namun akhirnya Vivio tewas kerana Nanoha berjaya meng-seal kristal yang terdapat dalam Vivio. Nanoha dan Vivio pulang ke rumah. Kemudian di epilog akhir StrikerS, Nanoha tetap bertugas sebagai pengajar kepada mereka yang baru melatih ilmu sihir. Nanoha dan Fate serta Vivio hidup bahagia sebagai satu keluarga.

Rujukan sunting

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris