Tengku Amalin A’ishah Putri

Adinda Sultan Kelantan

Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra (diputerakan pada 26 Jun 1984) merupakan puteri tunggal dan anakanda bongsu kepada Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Yang Amat Mulia Tengku juga merupakan adinda kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.

Tengku Amalin A'ishah Putri
Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri
Tengku Maharani Putri
Tempoh3 Mac 2019 – kini
KeputeraanTengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
(1984-06-26) 26 Jun 1984 (umur 39)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganYAM Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda Abdul Qawi (k. 2013)
Anakanda
Butiran
1. YM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
2. YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
3. YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
4. YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaSultan Ismail Petra
BondaRaja Perempuan Tengku Anis
AgamaIslam

Pendidikan sunting

Tengku Amalin memulakan pendidikan awal di Tadika Tengku Anis. Yang Amat Mulia meneruskan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Zainab 2 sebelum menyambung ke pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlang. Yang Amat Mulia melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) (Kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (lIUM). Yang Amat Mulia kemudiannya meneruskan lagi minat dan cita-citanya dengan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Undang-undang (LLM) di University of Melbourne, Australia.

Kerjaya sunting

Setelah tamat belajar pada 20 Jun 2006, Tengku Amalin menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Antara kes kendaliannya ialah kes Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff menyembur mata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penyembur. Tengku Amalin juga pernah mendapat kritikan daripada para ulama di Kelantan serta menimbulkan konstroversi di negeri itu kerana menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang pelajar sekolah agama kerana hanya memakai serban sewaktu menunggang motosikal sebelum ditahan pihak penguat kuasa di Kubang Kerian pada Januari 2009.

Pada 15 Julai 2009 iaitu setelah tiga tahun menjawat jawatan majistret, Tengku Amalin berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Sivil) dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar sehingga 15 Julai 2012. Tugasnya ialah mendengar dan menentukan pertikaian antara litigasi dalam kes sivil, dan hukuman mereka jika sabit kesalahan.

Pernikahan sunting

Tengku Amalin telah melangsungkan pernikahan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, anakanda saudara Sultan Brunei di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan pada 27 Jun 2013.

Cahaya mata sunting

Tengku Amalin telah dikurniakan dengan tiga orang puteri dan seorang putera iaitu Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri (diputerakan pada 13 April 2014), Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri (diputerakan pada 24 Jun 2016), Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri (diputerakan pada 12 Februari 2020) dan Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra (diputerakan pada 26 Jun 2022).

Gelaran kebesaran sunting

Tengku Amalin telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Maharani Putri bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V pada 3 Mac 2019.

Panggilan dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Tengku Amalin A'ishah Putri
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 26 Jun 1984 - 3 Mac 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
  • 3 Mac 2019 - 28 September 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
  • 28 September 2019 - kini : Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra

Nama penuh berserta gelaran rasmi beliau ialah:

Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K.

Penghargaan sunting

Tengku Amalin telah dianugerahkan:[1][2]

Penghargaan Kelantan sunting

  •   Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK) (26 Jun 2006)

Penghargaan Luar Negara sunting

Penghargaan Brunei sunting

  •   Pingat Jubli Emas Sultan Brunei (5 Oktober 2017)

Eponim sunting

Keturunan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  2. ^ "Kelantan princess honoured".
  3. ^ Royal Ark

Pautan luar sunting