Terowong air Pahang-Selangor

Terowong air Pahang-Selangor merupakan terowong air yang menghubungkan Selangor dan Pahang.Kerja-kerja pembinaan fizikal terowong untuk projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor dijangka bermula pada 1 Jun 2009 dan siap 2014. Air mentah 1,890 juta liter sehari di salurkan dari Karak, Pahang ke Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.Panjang terowong 44.6 km dan bernilai RM1.3 bilion.

Pembinaan projek itu melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong penyaluran, Empangan Kelau, pembinaan muka sauk, stesen pam dan juga paip air.

Anggaran kos projek pembinaan dijangka sebanyak RM3.751 bilion di mana ia turut melibatkan kos pengambilan balik tanah dan penempatan semula Orang Asli di Sungai Temir.

Projek tersebut dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Japan Bank For International Cooperation (JBIC) yang telah ditandatangani pada 31 Mac 2005. Anggaran kos berjumlah RM3.936 bilion dan sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) (75 %) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan (25 %).

Majlis tandatangani kontrak sunting

Majlis tandatangan diadakan di Kuala Lumpur.Pengarah Pasukan projek itu Datuk Ir Ismail Mat Noor menyatakan projek ini hasil usaha sama antara IJM Corp Bhd, UEM Builders Bhd dan Shimizu Corporation, Nishimatsu Construction Co Ltd. Turut hadir ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui.

Kerja-kerja pembinaan tiga komponen lain bagi projek penyaluran air mentah iaitu Empangan Klau, Muka Sauk dan Stesen Pam Semantan serta Saluran Paip dijangka dimulakan pada Mac 2010.Projek itu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025, dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2014.[1]

Hak Orang Asli sunting

Orang Asli Sungai Temir, Lembah Klau, Raub ditempatkan semula di Projek Penempatan Semula Sungai Bilut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur asas. Pada Oktober 2010, setiap keluarga akan menerima sebuah rumah setingkat dengan keluasan 65.03 meter persegi dengan tiga bilik tidur dan satu bilik air, elaun bantuan sara hidup sebanyak RM683 sebulan selama 48 bulan dan bayaran pampasan nilai bangunan serta tanaman selain penyediaan kemudahan seperti bekalan air, elektrik, dewan orang ramai dan tadika. Pada 9 Oktober 2009, seramai 123 ketua isi rumah di kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Temir - (110 setuju pindah, 13 enggan pindah).[2]

Tarif air sunting

Selangor akan membayar kerajaan negeri Pahang sebanyak RM80 juta setahun. Rundingan tarif air di Selangor dijangka selesai pada 30 Jun 2009.Perjanjian Jual-Beli Air Mentah Pahang Selangor menetapkan 10 sen bagi setiap meter padu.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting