Benjamin Ze'ev (Theodor) Herzl (bahasa Hungary: Herzl Tivadar, bahasa Ibrani: בנימין זאב הרצל‎ Binyamin Ze'ev Herzl) (2 Mei 1860 - 3 Julai 1904) merupakan seorang wartawan dari Austria-Hungary berbangsa Yahudi yang dianggap sebagai bapa Zionisme politik moden.

Theodor Herzl
Theodor Herzl
Kelahiran
Benjamin Ze’ev Herzl

(1860-05-02)2 Mei 1860
Meninggal dunia3 Julai 1904(1904-07-03) (umur 44)
Dikebumikan1904–1949: Döblinger Friedhof, Vienna, Austria
1949–sekarang: Gunung Herzl, Jerusalem, Israel
31°46′26″N 35°10′50″E / 31.77389°N 35.18056°E / 31.77389; 35.18056
WarganegaraAustria-Hungary
PendidikanLaw
Pusat pendidikanUniversity of Vienna
PekerjaanPenulis, pengarah dan lain-lain
Terkenal keranaBapa pemodenan Zionism
PasanganJulie Naschauer (k. 1889–1904)
Tandatangan

Herzl dilahirkan di Budapest. Keluarganya berasal dari Zemun (yang kini berada di Serbia). Apabila Herzl berumur 18 tahun, keluarganya berpindah ke Vienna. Beliau menceburi bidang undang-undang di institusi pengajian, tetapi sangat berminat dalam kewartawanan dan kesusasteraan. Beliau bekerja sebagai wartawan untuk Neue Freie Presse yang beribu pejabat di Paris. Kemudian, beliau menjadi editor sastera Neue Freie Presse, dan mengarang beberapa komedi dan drama untuk teater Vienna.

Semasa berusia muda, Herzl menyerati persatuan Burschenschaft, yang memperjuangkan perpaduan rakyat Jerman. Karya awal beliau tidak menumpu kepada kehidupan orang Yahudi dan berisfat huraian dan bukannya politik.

Herzl membentangkan idea Zionisnya dalam dua karyanya Der Judenstaat (Negara Yahudi) dan Altneuland (Tanah Baru Lama).

Zionisme sunting

Herzl dikatakan mula mendalami Zionisme akibat Peristiwa Dreyfus, suatu peristiwa anti-Yahudi di Perancis. Seorang kapten tentera Perancis berbangsa Yahudi dijatuhkan hukuman kerana dituduh (palsu) menjadi perisik untuk pihak Jerman. Beliau juga menyaksikan himpunan anti-Yahudi di Paris berikutan kes itu. Pada masa itulah beliau berazam menentang fahaman anti-Yahudi. Berikut catatan dalam diari beliau bertarikh Jun 1895:

"Di Paris, seperti yang saya katakan, saya telah mencapai sikap yang lebih bebas terhadap faham anti-Yahudi. Atas semuanya, saya mengertikan kekosongan dan ketiadatujuan 'menentang' fahaman anti-Yahudi"

Herzl menyampingi karyanya dengan idea-idea Zionisme. Beliau berhasrat menggalakkan Zionisme di persada dunia. Herzl melawat banyak tempat untuk menyebarkan ideanya. Beliau disambut dengan meriah di Istanbul dan Sofia, tetapi dengan dingin oleh orang Maccabea di London. Pihak Zionis di Timur London pula melantik Herzl sebagai ketua Zionis.

Beliau merancang Kongres Zionis pertama di Basel dan dilantik sebagai Presiden Kongres, jawatan yang dipegang beliau sehingga meninggal dunia. Herzl juga menghadiri Konvensyen Hague, dan diterima dengan baik oleh negarawan yang lain. Pada Mei, 1901, beliau berjumpa dengan Sultan Turki, Abdul Hamid II. Namun, Sultan Hamid enggan memberi tanah Palestin kepada pihak Zionis.

Pada 1903, pihak British menawarkan sebidang tanah di Afrika Timur kepada pergerakan Zionis. Tawaran ini disambut baik oleh Herzl, tetapi ditolak oleh Kongres Zionis, yang berazam tekad menubuhkan Negara Yahudi mereka di Tanah Suci, "Israel".

Karya sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting