Tun Laila Tun Rafaee

Tun Laila binti Tun Rafaee (Jawi: تون ليلى بنت تون رافاي; lahir Ogos 1998), lebih dikenali sebagai Tun Laila, merupakan seorang peguam dan selebriti internet dari Malaysia.[1] Beliau mengundang beberapa kontroversi dan kritikan sebagai seorang peguam, antaranya adalah ketika memberikan pendapat beliau sebagai seorang peguam dalam kes Nik Elin Zurina & Tengku Yasmin Nastasha lwn. Kerajaan Kelantan.

Tun Laila Tun Rafaee
تون ليلى تون رافاي
Tun Laila pada 2023
Kelahiran
Tun Laila binti Tun Rafaee

(1998-08-00) 0 Ogos 1998 (umur 25) hari tidak sah
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (LLB)
PekerjaanPeguam

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Tun Laila binti Tun Rafaee dilahirkan di Melaka, Malaysia pada Ogos 1996. Walau bagaimanapun, beliau mempunyai kampung di Miri, Sarawak, Malaysia. Beliau mempunyai lapan orang adik-beradik termasuk dirinya. Beliau mempunyai susur jalur keturunan Megat Terawis, Bendahara Perak.

Tun Laila menyambung pelajaran ke Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dengkil, Selangor, Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Kerjaya undang-undang sunting

Tun Laila berjaya menghabiskan tempoh amali sebagai seorang peguam (Inggeris: Chambering) selama sembilan bulan. Beliau merupakan salah seorang barisan peguam di pasukan pembelaan Siti Bainun Ahd Razali lwn. Bella. Pada Februari 2024, beliau memberikan pendapat tentang kes Perundangan Islam di Kelantan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di aplikasi TikTok sehingga menarik perhatian orang ramai dan menerima banyak kritikan, khususnya daripada penyokong Perikatan Nasional. Walau bagaimanapun, beliau mendapat pujian daripada penyokong Kerajaan Perpaduan, kerana berani menjelaskan isu itu menurut kefahaman beliau sebagai seorang peguam.

Kehidupan peribadi sunting

Tun Laila dapat berbahasa Melayu, Inggeris dan dialek Sarawak. Beliau juga mempunyai asas pertuturan Mandarin.

Beliau turut menerima reviu berbayar daripada beberapa jenama terkenal di Malaysia seperti Coffee Bean, Sports Direct dan Secret Recipe.

Rujukan sunting