Yatt Hamzah

(Dilencongkan dari Yatt)

Haryati "Yatt" Hamzah (lahir 13 April 1980) ialah seorang pengacara televisyen, model dan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Muar, Johor.[1][2][3]

Yatt Hamzah
Kelahiran
Haryati binti Hamzah

(1980-04-13) 13 April 1980 (umur 40)
PendidikanIjazah Sarjana Komunikasi & Pengajian Media
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengacara, pelakon, peragawati
Tahun aktif2002–kini
Pasangan
  • Abdul Mutalib Abdul Shukor (2009-2015; bercerai)
  • Muhammad Zulfadhli Khairudin (k. 2016)
Anak4

KerjayaSunting

Yatt amat meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah lagi dan amat aktif dalam drama, pentomin dan teater hinggalah ke peringkat universiti. Antara filem dan drama yang pernah dibintanginya ialah Impak Maksima, Kecoh Betul, Rencong, Nasi Lemak Lebaran, Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Jejak, Gerak Khas, Masa Dulu2, Dilema Wanita, Mat Jenin, Bella dan Ular Emas.[4]

Dalam bidang pengacaraan pula, bakat Yatt menyerlah kerana selain sibuk dengan rancangan Interaktif Sukan di TV1, Sajian Bayu dan 4C (Cergas, cantik, Ceria, Citarasa) di TV2, Yatt dilamar pula oleh TV9 untuk mengacarakan sebuah rancangan bual bicara santai Nasi Lemak Kopi O di samping Aziz Desa.

Selain berlakon, mengacara dan menjadi peragawati fesyen, Yatt juga laris sebagai duta produk dan model iklan. Antara iklan-iklan yang pernah dibintanginya termasuklah Pond's, Yamaha, Pringles, She Cologne, Bintang Fesyen, Rosken, Binary, Ratu Sari dan Sport Elect.

Setelah bertudung, Yatt kerap pula menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama.[5]

Kehidupan peribadiSunting

Yatt telah melangsungkan majlis pernikahannya 29 Mac 2009 dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2 Februari 2008 setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.[6] Mereka memiliki seorang anak bernama Suci Hanania Malika. Tetapi perkahwinan mereka menemui titik noktah pada 25 Ogos 2015. Mereka bercerai talak satu dihadapan hakim mahkamah syariah setelah Yatt memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu.[7]

Pada 27 Februari 2016, Yatt selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Muhammad Zulfadhli Khairudin, di dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut.[8]

Yatt terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2016, namun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.[9]

Pada 15 September 2020, beliau mengalami keguguran cahayamata kelima akibat keracunan makanan selepas makan di sebuah restoran.[10]

FilemografiSunting

FilemSunting

DramaSunting

TelevisyenSunting

  • Interaktif Sukan
  • Smart-G
  • Sajian Bayu
  • 4C (Cergas, Cantik, Ceria, Citarasa)
  • Nasi Lemak Kopi O

RujukanSunting

  1. ^ Haryati Hamzah atau Yatt ManggaOnline. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  2. ^ Zulqarnain Abu Hassan (17 Mei 2019). Yatt Hamzah perlahankan urusan duniawi Sinar Harian. Dicapai pada 19 September 2019.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (28 April 2017). Yatt bersyukur masih disayangi peminat Berita Harian. Dicapai pada 19 September 2017.
  4. ^ myMetro Raudhah buka pintu hati Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  5. ^ Siti Nursyahidah Abu Bakar (1 Januari 2015). Yatt Hamzah ayu dengan imej baru Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  6. ^ Budiey (31 Mac 2009). Gambar Wedding Pelakon Yatt dan Abdul Mutalib Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2009.
  7. ^ Nor Akmar Samudin (26 Ogos 2015). Yatt Hamzah, Abd Mutalib sudah cerai Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2015.
  8. ^ Yatt Hamzah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Zulfadli Astro Awani. 27 Februari 2016. Dicapai pada 19 September 2016.
  9. ^ Yatt Hamzah bersyukur terselamat dalam nahas jalan raya Berita Harian. 27 Mac 2016. Dicapai pada 21 September 2016.
  10. ^ Georgie Joseph (16 September 2020). Yatt Hamzah keguguran Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2020.

Pautan luarSunting