Ziraf (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Ziraf jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram (2,000 poun). Ziraf betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Ziraf, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Ziraf.

Zirafah
Julat zaman: 11.61–0 Ma
Miosen hingga Kini
Giraffe standing.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Spesies jenis
Giraffa camelopardalis
Spesies

See Taxonomy

Giraffa camelopardalis distribution2.png
Range map of extant Giraffa subspecies

Ziraf merupakan haiwan asli di Afrika berkait dengan rusa dan lembu namun diletakkan dalam keluarga berbeza iaitu Giraffidae di mana ia hanya mempunyai suatu spesies serumpun terdekatnya, Okapi.

PenamaanSunting

Nama haiwan ini merupakan serapan perkataan Bahasa Arab: زرافة, translit. zarāfah; ia bentuk ism atau kata nama daripada pengimbuhan kata kerja زَرَفَzarafa diertikan sebagai "bersegera" atau "cepat" (أَسْرَعَ‎),[2] maka kata terbitan ini dapat ditafsirkan sebagai "pejalan laju".[3]

TaksonomiSunting

Terdapat sembilan subspesies Zirafah yang diakui, dibezakan menurut warna dan variasi pola tompok badan dan tempat tinggal:

  • Zirafah Somalia (G.c. reticulata) — tompokan besar, berbentuk poligon bewarna merah gelap (liver-colored) yang dikelilingi oleh jaringan garis putih terang. Tompokan kadang-kala kelihatan merah tua dan mungkin turut terdapat dibahagian kaki. Habitat: timur laut Kenya, Ethiopia, Somalia.
  • Zirafah Angola atau Zirafah Kelabu (Smoky Giraffe - G.c. angolensis) — mempunyai tompok besar dan lekuk dibahagian tepi, merangkup keseluruhan bahagian kaki bawah. Habitat: Angola, Zambia.
  • Zirafah Kordofan (G.c. antiquorum) — tompokan lebih kecil tidak sekata yang turut menutupi bahagian dalam kaki. Habitat: barat dan barat daya Sudan.
  • Zirafah Masai atau Kilimanjaro (G.c. tippelskirchi) — tompokan sisi berceracak, berbentuk daun (vine-leaf) cokelat gelap pada latar kekuning-kuningan. Habitat: tengah dan selatan Kenya, Tanzania.
  • Zirafah Nubia (G.c. camelopardalis) — large, tompok segi empat perang chestnut berlatar putih tanpa tompokan pada bahagian dalam kaki atau dibawah below the hocks. Habitat: timur Sudan, timur laut Congo.
  • Zirafah Rothschild atau Baringo atau Uganda (G.c. rothschildi) — tompok perang gelap, bertompok atau berpetak dengan jalur bewarna krim kabur. Hocks may be spotted. Habitat: Uganda, tengah ke utara Kenya.
  • Zirafah Afrika Selatan (G.c. giraffa) — tompok bulat atau percikan, sesetengah dengan bentuk bintang pada latar keperangan, memanjang sehingga kebahagian kuku (hooves). Range: South Africa, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique.
  • Zirafah Thornicroft atau Rhodesia (G.c. thornicrofti) — tompok berbentuk bintang atau daun memanjang kebahagian kaki bawah. Habitat: timur Zambia.
  • Zirafah Barat Afrika atau Nigeria (G.c. peralta) — tompokan merah kekuningan, pucat. Habitat: Chad.

Sesetengah sumber menggabungkan Zirafah Kordofan dan West African, Nubia dan Rothschild, dan Angolan dan Afrika Selatan, menurut turutan kepada satu subspesies. Empat subspesies lain telah digambarkan, tetapi tidak dipersetujui sepenuhnya: Zirafah Tanjung (Cape Giraffe - G.c. capensis), Zirafah Lado (G.c. cottoni), Zirafah Congo (G.c. congoensis), dan Zirafah Transvaal (G.c. wardi). Sesetengah ahli sains malah mengkelaskan kesemua populasi kecuali Masai kepada satu subspesies.

TaburanSunting

 
Habitat zirafah

Ciri-ciriSunting

KepalaSunting

 
Zirafah menggunakan lidah mereka yang panjang dan mudah lentur bagi menambah jangkauan mereka. Contoh di Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan ('National Museum of Natural History), Washington, DC.

Antara ciri-ciri zirafah adalah mata dan telinga yang besar, belakangnya yang mencerun curam dari bahu ke bahagian belakang, Kaki seperti galah dengan tapak besar bagi menampung berat zirafah. Ekor halus dengan rambu hitam bagi menghalau lalat.

Leher zirafah yang panjang membolehkan mencapai pucuk pokok. Zirafah mempunyai tujuh vertebrata tengkuk yang dilonjongkan (jumlah yang sama seperti kuda dan manusia). Tulang ini membentuk kudup seperti tanduk yang dikenali sebagai osikon dan diselitupi dengan kulit; osiko-osikon ini lebih menonjol dalam kalangan jantan dari betina.

Badan dan kakiSunting

Corak tompokan badan memberikan tahap penyamaran tertentu.

Ketinggian melampau zirafah bererti untuk minum ia perlu mengangkangkan kakinya, malah melutut. Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam darah dengan tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

Zirafah turut memiliki kaki hadapan yang panjang. Bagaimanapun, kaki hadapan mereka hanya 1/10 lebih panjang berbanding kaki belakang. Struktur tulang pada bahagian tengkuk secara asasnya tidak berbeza berbanding kuda lain.

Perubahan kepada struktur Zirafah, terutamanya bagi sistem kitaran darah. Jantung Zirafah, yang mampu mencecah sehingga 24 paun (10 kg), perlu menghasilkan hampri seganda berbanding tekanan darah normal bagi mamalia besar untuk mengatasi graviti bagi mengekalkan bekalan darah kepada otak. Pada bahagian atas leher, sistem pengawalan tekanan yang rumit yang dikenali sebagai rete mirabile menghalang aliran darah berlebihan kepada otak apabila Zirafah menundukkan kepalanya untuk minum. Begitu juga, saluran darah pada bahagian bawah kaki berada dalam keadaan tekanan tinggi (kerana berat cecair menekan keatasnya). Pada haiwan lain tekanan sebegitu akan memaksa darah keluar melalui dinding kapilari: Zirafah, sebaliknya, mempunyai sarung kulit tebal pada bahagian kaki bawah yang mengekalkan tekanan tinggi (extravascular) sama seperti baju-g juruterbang.

TabiatSunting

PemakananSunting

Zirafah merupakan haiwan herbivor yang mendapatkan makanan di persekitaran savana kering, tnamun ia mempunyai kelebihan berbanding haiwan lain kerana ketinggian ia. Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut akasia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Malah, kebanyakan pokok seperti acacia telah membangunkan strategi tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan.

Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yangpanjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.

Biasanya zirafah memerlukan kawasan ragut sekitar 160 kilometer persegi / 62 batu persegi. Makan, minum dan aktiviti lain berlaku pada pagi dan petang sekitar 12 jam berehat pada malam, waktu tengahari yang panas pula ditumpukan kepada pengunyahan mamahan agar banyak nutrien dapat diserap lanjut sepanjang pencernaan ia.

Pencarian dan perebutan pasanganSunting

Zirafah-zirafah jantan bersaing sesama untuk mendapatkan pasangan yang ingin dikawankan; dua ekor pesaing akan berlaga dengan menghayun dan dan menggesel leher, malah melaga kepala. Ia lebih kerap dikalangan haiwan muda apabila baru tiba.

Zirafah jantan menentukan kesuburan pasangan betinanya dengan merasai air kencing ia untuk mengesan estrus dalam proses pelbagai peringkat yang dikenali sebagai tindak balas Flehmen.

PembiakanSunting

Tempoh bunting zirafah selama 457 hari atau antara 14 hingga 15 bulan yang melahirkan seekor anak dan kadang-kala jarang 2 semasa musim kemarau. Induk melahirkan anak secara berdiri di mana uri kandungan pecah apabila anak zirafah jatuh ke tanah. Anak zirafah yang baru lahir mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter.

Anak yang baru dilahirkan mempunyai berat 70 kilogram atau 155 paun selama 10-30 hari. Dalam tempoh beberapa jam selepas dilahirkan, anak zirafah mampu berlari dan sukar dibezakan dengan yang telah berusia beberapa minggu; bagaimanapun, untuk dua minggu pertama, ia menghabiskan banyak masa duduk diam dikawal oleh ibunya daripada sebarang pemangsa kepada singa, harimau bintang, dubuk, dan anjing liar. Hanya 25 hingga 50 peratus anak Zirafah mencapai dewasa; yang mana mempunyai tempoh hayat antara 20 dan 25 dahun liar dan 28 dalam tahanan.

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Muller, Z.; Bercovitch, F.; Brand, R.; Brown, D.; Brown, M.; Bolger, D.; Carter, K.; Deacon, F.; Doherty, J. B.; Fennessy, J.; Fennessy, S.; Hussein, A.A.; Lee, D.; Marais, A.; Strauss, M.; Tutchings, A. & Wube, T. (2016). "Giraffa camelopardalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T9194A136266699. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T9194A136266699.en.
  2. ^ "قاموس معاجم: معنى زَرَفَ". Maajim. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  3. ^ Kingdon, J. (1997). The Kingdon Field Guide to African Mammals. Academic Press. m/s. 339–44. ISBN 978-0-12-408355-4.

Pautan luarSunting