Senarai negara mengikut sistem kerajaan

rencana senarai Wikimedia

Berpresiden / Republik terasing sunting

Sistem presiden penuh sunting

Dalam sistem presiden penuh, presiden sekaligus merupakan ketua negara dan ketua pemerintah.

Sistem presiden separuh sunting

Sistem ini dipimpin seorang presiden dan seorang perdana menteri, di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif yang benar namun sebahagian peranannya dilaksanakan perdana menteri yang mengetuai badan perundangan.

Republik berparlimen sunting

Dalam sistem ini, perdana menteri mengetuai badan eksekutif dan badan perundangan pemerintah secara aktifnya. Walau bagaimanapun, seorang presiden turut dilantik sebagai ketua negara yang simbolik.

Sistem pemerintahan beraja sunting

Raja berperlembagaan sunting

Perdana menteri mengetuai badan-badan eksekutif dan perundangan pemerintah dengan raja atau ratu sebagai ketua negara yang hanya melaksanakan kuasa yang dibenarkan pemerintah, rakyat atau wakil mereka.

Kerajaan Komanwel sunting

Sistem raja berperlembagaan di mana Raja Charles III bertindak sebagai ketua negara pemerintah yang bebas. Dalam setiap negara Alam Komanwel ini, baginda bertindak sebagai ketua negara tersebut dengan gelaran yang berpadanan. Baginda juga melantik Gabenor Jeneral mewakili setiap negara selain United Kingdom di bawah naungan baginda. Badan-badan eksekutif dan perundangan pemerintah diketuai perdana menteri secara aktifnya.

Raja berperlembagaan separuh sunting

Perdana Menteri (atau setaraf) merupakan eksekutif aktif negara, tetapi raja masih memiliki kuasa politik yang kukuh yang boleh digunakan secara bebas bergantung pada kebijaksanaannya.

Sistem beraja mutlak sunting

Negara beraja di mana raja melaksanakan kesemua kuasa pemerintahannya termasuk badan eksekutif.

Teokrasi sunting

Negara tanpa demokrasi berasaskan agama negara di mana ketua negaranya dipilih berdasarkan hierarki beragama.

Negara satu parti sunting

Negara tanpa demokrasi di mana kuasa politik bertumpukan kepada sebuah parti politik tunggal yang digabungkan operasinya bersama hierarki pemerintah.

Negara junta tentera sunting

Peralihan sunting

Nota sunting

  1. ^ Republik Demokratik Arab Sahrawi ialah suatu pemerintah buangan yang beribupejabat di Tindouf, Algeria. Kebanyakan kawasan negara tersebut dibawah kepungan tentera Maghribi dengan sedikit sahaja kawasan yang berada di bawah pemerintah tersebut.
  2. ^ Sebuah pemerintah sementara pimpinan seorang ketua penasihat (Ketua Hakim terbaru yang bersara) serta suatu kumpulan penasihat berkecuali yang dilantik rakyat mengambil alih tugas kerajaan yang sedia ada selama tiga bulan sewaktu berlangsungnya pilihan raya parlimen. Sambil itu juga, Presiden Bangladesh turut mempunyai bidang kuasa ke atas kementerian-kementerian pertahanan dan luar negeri pemerintah.
  3. ^ Switzerland secara tepatnya langsung tiada presiden mahupun perdana menteri - Presiden Gabungan Switzerland hanyalah primus inter pares dalam Majlis Persekutuan Switzerland iaitu majlis eksekutif yang dianggotai 7 orang ahli yang bertindak sebagai pemerintah serta ketua negara Switzerland.
  4. ^ Biskop Urgell dan Presiden Perancis berkhidmat sebagai putera bersama secara ex-officio.
  5. ^ Emiriah ini merupakan sebuah persekutuan negeri-negeri beraja mutlak dengan presiden persekutuan dipilih antara emir-emir berketurunan tersebut.
  6. ^ Pemerintah Iran menggabungkan unsur bentuk republik tdengan presiden yang dilantik secara bebas; serta unsur teokrasi smelalui Pemimpin Agung yang bertanggungjawab terhadap kepolisian negara Iran. Pemimpin Agung dipilih melalui Majlis Para Ahli, di mana calon-calon majlis tersebut serta jawatan presiden dipilih oleh Majlis Penjaga.

Pautan luar sunting