1Malaysia Development Berhad

(Dilencongkan dari 1MDB)

1Malaysia Development Berhad (juga dikenali sebagai 1MDB) merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Sehingga April 2015, 1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menterinya, Najib Razak.

1Malaysia Development Berhad
Nama dahuluTerengganu Investment Fund
Jenis/bentuk sahSyarikat Berhad
IndustriPelaburan strategik
Ditubuhkan25 Jun 2009; 14 tahun yang lalu (2009-06-25)
Ibu pejabatMenara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingAsri Hamidon (Pengerusi)
HasilTidak-termasuk
PemilikKementerian Kewangan Malaysia
Tapak webwww.1mdb.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 28 Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Keputusan adalah sabitan pertama Najib yang berdepan puluhan pertuduhan lain dalam skandal 1MDB.[1] Antara kes lain yang sedang dibicarakan ialah berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion, meminda laporan audit 1MDB dan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta milik SRC. Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan itu.[2]

Pada 23 Ogos 2022, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.[3][4]

Kawalan korporat sunting

1MDB diuruskan secara profesional dan sistematik berdasarkan sistem uji dan imbang yang meliputi barisan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan senior. Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Pada awal Mac 2015, berikutan desakan kuat oleh orang awam dan barisan parti pembangkang di Malaysia, terdapat beberapa isu melibatkan ketelusan pengurusan kewangan syarikat yang dilihat goyah oleh masyarakat terhadap 1MDB. PM Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB telah mengarahkan Akauntan Negara untuk mengaudit status kedudukan kewangan 1MDB.[5]

Pinjaman 1MDB sunting

Berdasarkan rekod semasa, berikut adalah pinjaman yang dibuat oleh 1MDB  bagi melancarkan beberapa projek besar yang melibatkan pembangunan hartanah komersial dan Janaan Kuasa Bebas (IPP). Berdasarkan harga semasa hartanah dan projek, jumlah keseluruhan pinjaman yang sepatutnya berada dalam tanggungan 1MDB adalah kira-kira RM 42 bilion[6][7]:

  • Pembelian Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Tenaga Powertek Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan. Jumlah pinjaman RM8.5 bilion.[8]
  • Pembelian Genting Sanyen Power Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Kuasa). Jumlah pinjaman RM2.3 bilion.[9]
  • Pembelian Jimah Energy dengan jumlah pinjaman RM1.2 bilion.[9]
  • Pembelian 70 ekar tanah TRX di Jalan Tun Razak berjumlah RM320 juta, kira-kira RM64.00 setiap kaki persegi.[9]
  • Pembelian 495 ekar tanah di bekas Lapangan Terbang Sungai Besi TUDM (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM363.5 juta iaitu RM 91.00 setiap kaki persegi.[9]
  • Pembelian 234 ekar tanah di Air Itam di Pulau Pinang berjumlah RM1.38 bilion, kira-kira RM135.00 setiap kaki persegi.[9]

Walaubagaimanapun, tanah TRX terletak berhampiran dengan sebidang tanah yang baru dijual pada harga RM7,000.00 setiap kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran adalah RM3,000.00 setiap kaki persegi nilai sebenar tanah ini adalah RM 6 bilion. Oleh itu, Kerajaan Malaysia didakwa telah kehilangan lebih RM 5 bilion kerana 1MDB dibayar hanya RM320 juta.[10]

Berhubung dengan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi, 1MDB dibayar RM 363.5 juta untuk 495 ekar – iaitu pada RM91 setiap kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran untuk tanah ini adalah RM1,000 setiap kaki persegi. Kerajaan kehilangan kira-kira RM 20 bilion.[10]

Tanah di Pulau Pinang adalah berkualiti rendah dan mempunyai lebih daripada 1,000 setinggan. Namun, 1MDB membayar RM1.3 bilion iaitu pada RM135 kaki persegi.[10]

Jika dinilai semula semua aset 1MDB sedia ada, ia boleh disifatkan berjumlah RM 52 bilion sekiranya dicairkan. Namun persoalan pangkal, bagaimana 1MDB dapat membeli tanah TRX dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi pada kadar harga yang terlalu jauh lebih rendah daripada kadar harga pasaran sebenar?. 1MDB hanya boleh menggunakan wang cairan aset untuk membayar balik pinjaman sekiranya ia berjaya menjualnya sebagai tanah atau selepas pembangunan. Setakat bulan April 2015, kemajuan TRX adalah sangat perlahan dan tidak ada kerja dilakukan di atas tanah Sungai Besi. Secara logik, tiada sebarang janaan wang akan berlaku ketika proses pembinaan dan pembangunan, hanya kadar aliran wang keluar dijangka terus melambung dan mungkin merancakkan jumlah hutang 1MDB.[10]

Pada 23 April 2015, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menyuarakan kritikannya kepada cara pentadbiran Najib Razak dan Mahathir membuat kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia melabur RM1 juta di dalam syarikat 1MDB dan berdasarkan rekod, 1MDB kemudian meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak RM42 bilion.[9]

“Syarikat dengan modal RM1 juta ringgit tanpa aset tidak boleh meminjam 42,000 kali ganda melebihi modal tanpa cagaran. Tetapi, 1MDB boleh melakukannya kerana mendapat jaminan kerajaan. Dalam erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang itu. Jika 1MDB kehilangan wang, kerajaan akan menanggung kerugian. Namun, operasi 1MDB tidak diselia oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dana kerajaan.”[10]

Kontroversi sunting

Kemasukan aktif 1MDB dalam projek mega multi bilion ringgit seperti di Tun Razak Exchange, walaupun 1MDB dilihat masih mentah atau baru dalam ertikata penubuhannya telah mendapat kritikan hebat dari Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang Malaysia yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, secara terbuka telah menyoal kewibawaan dan nilai tauliah yang dimiliki oleh syarikat. Beliau memberitahu Parlimen bahawa rekod syarikat 1MDB "tidak memiliki alamat syarikat dan tidak mengambil sebarang pengaudit kewangan." Beliau juga bertanyakan bagaimana Perdana Menteri boleh memberi kebenaran pada syarikat untuk menjalankan projek mega seperti ini.[11]

Janaan perolehan RM 425 juta ringgit antara tanggal 25 September 2009 dan 31 Mac 2010 telah meningkatkan kritikan pedas dan kontroversi tentang tahap ketelusan akaun kewangan 1MDB. Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua menanyakan soalan samada Perdana Menteri Najib Razak, yang juga sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ada memberi suntikan aset kepada 1MDB dari wang kerajaan yang disalurkan dalam bentuk hak milik tanah kepada syarikat.[12][13]

Pada sesi parlimen Oktober 2010, 1MDB memberi penjelasan bahawa akaun syarikat telah di audit penuh dan dimeterai tandatangan oleh KPMG, dan ditutup pada 31 Mac 2010. Deloitte pula telah menilai dan menganalisis kertas kerja, dan Ernst & Young menyediakan saranan percukaian kepada 1MDB.

1MDB telah meminta 6 bulan tambahan dalam laporan tahunan bermaksud untuk difailkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 September 2013. Dalam pada itu, pertukaran 3 auditor akaun sejak tahun 2009 telah menimbulkan keraguan munasabah.[14][15]

Walaubagaimanapun 1MDB kemudiannya telah memberikan maklumat penuh berkenaan informasi asas syarkat termasuk alamat berdaftar kepada SSM seperti yang diwajibkan dalam undang-undang Malaysia. Syarikat juga mempunyai laman sesawangnya tersendiri iaitu www.1mdb.com.my.

Pemindahan hak milik Lapangan Terbang Sungai Besi telah berlangsung pada Jun 2011 dimana Bandar Malaysia akan dibina disitu, suatu kawasan pembangunan integrasi antara komersial, penempatan, dan persekitaran hijau berteknologi tinggi.[16]

Telah dilaporkan 1MDB mempunyai hutang purata berjumlah RM42 bilion, menyebabkan bon-bon yang dikeluarkan oleh pengeluar akan diturun taraf sebagai "status leceh" menurut penarafan agensi seperti Standard and Poor's dan Fitch Ratings.[17][18][19] Ia juga telah dilaporkan bahawa kabinet Malaysia menolak suntikan tunai RM3 bilion untuk menyempitkan pilihan bayaran semula hutang 1MDB tepat pada masa.[20][21][22]

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan telah menyuntik dana sebanyak RM950 juta kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai kredit tersedia. Beliau menyifatkan, dana berkenaan adalah bagi membantu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB secara sementara sebelum syarikat itu membuat tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka pada September 2015.[23]

Pada 23 April 2013, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan maklumat bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Pulau Cayman, United Kingdom. Rafizi merujuk maklumat yang terkandung dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoal kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.[24]

Walaubagaimanapun, menerusi wawancara soal jawab bersama TV3 pada 9 April 2015, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menyatakan wang 1MDB tidak disimpan di Pulau Cayman sebaliknya berada diluar negara bagi menjana nilai pertukaran wang asing. Najib menambah wang itu akan dibawa balik ke Malaysia apabila tiba waktu yang sesuai.[25]

Telah dilaporkan oleh portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times menerusi email yang merujuk ahli kewangan Pulau Pinang Jho Low, yang mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz telah berjaya menyedut wang US$700 juta dari ikatan usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International.[26][27][28] Email tersebut juga telah memaklumkan bahawa Jho Low telah memiliki pinjaman yang disahkan oleh Perdana Menteri bernilai US$1 bilion tanpa mendapatkan kebenaran dari Bank Negara terlebih dahulu.[29][30]

Isu pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji sunting

Pada 7 Mei 2015, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang pada masa kini merupakan milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman. Pembelian tanah itu melibatakan saiz kira-kira 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji dari 1MDB.[31]

Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, beliau menyifatkan usaha pembelian ini sebagai suatu bentuk usaha menyelamatkan (bail-out) 1MDB. Menurut beliau, tanah itu dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu kira-kira pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi kepada Tabung Haji. Rafizi menambah, nilai jualan RM 188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Beliau menambah, mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta).[31]

Dalam pada itu, Datuk Johan turut menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.[31]

Dalam perkembangan lain, terdapat 3 orang yang berpengaruh dalam pentadbiran Lembaga Tabung Haji yang mempunyai kaitan dengan syarikat 1MDB mereka ialah: Ismee Ismail, Datuk Johan Abdullah dan Abdul Samad Alias.

  • Ismee Ismail ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, beliau juga ialah Ahli Lembaga 1MDB.[32]
  • Datuk Johan Abdullah ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, beliau juga ialah Pengerusi sebuah anak syarikat 1MDB iaitu Edra Global Energy Sdn Bhd. Edra memperoleh aset janaan tenaga dari Powertek (dulu dikenali sebagai Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.[32]
  • Abdul Samad Alias ialah panel pelaburan Tabung Haji, beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri iaitu Najib Razak.[32]

Pada 8 Mei 2015, bekas perdana menteri Mahathir bin Mohamad sekali lagi menemplak aktiviti pembelian tersebut dan beliau mahukan rancangan pembelian itu dibatalakn serta merta. Beliau berkata "wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar. Kini Tabung Haji membeli 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar".[33]

Namun pada 9 Mei 2015, berikutan cemuhan dan persoalan yang terlalu banyak ditimbulkan oleh rakyat Malaysia, Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini. Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata penjualan tanah itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Najib Razak. Azeez berkata sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu kedepan.[34]

Namun begitu sehingga 30 Julai 2015, Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu dari dari 9 Mei 2015. Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian jual beli ketika ini.[35]

Isu pelaburan KWSP dalam 1MDB sunting

Pada 11 Jun 2015, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah memberitahu Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat pelaburan strategik, 1MDB adalah sebanyak RM200 juta. Beliau menambah pendedahan isu KWSP terhadap Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion itu berjaminan pajakan sewa oleh kerajaan Persekutuan.

“Pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank.” katanya.[36]

Isu bilion ringgit dalam akaun Najib sunting

portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times telah menggunakan email bocor yang mengaitkan hartawan Pulau Pinang Jho Low, mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib, menerusi Jho Low telah berjaya menyedut US$700 juta hasil; dari permuafakatan niaga antara 1MDB dan syarikat eksplorasi minyak terkemuka dunia PetroSaudi.[37][38][39] Sebuah email mendedahkan Jho Low mendapat pinjaman mudah dari Perdana Menteri najib Razak bernilai US$1 billion tanpa mendapat kebenaran dari Bank Negara.[40][41]

Terdapat juga dakwaan keras dari Wall Street Journal yang mengatakan 1MDB sengaja meninggikan nilai belian aset tenaga di Malaysia menerusi penglibatannya dalam Kumpulan Genting pada tahun 2012. Genting kemudian didakwa memberi sumbangan kewangan ini kepada suatu yayasan yang dilindungi dibawah Perdana Menteri Najib Razak, beliau mempergunakan wang tersebut untuk tujuan kempen Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Umum Malaysia 2013.[42][43][44]

Menerusi dakwaan keras Wall Street Journal, jumlah wang yang tersangat besar berjumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) telah dimasukkan kedalam suatu akaun simpanan di AmBank dan Affin Bank, yang mana kedua-kedua akaun tersebut penamanya adalah Najib, Perdana Menteri Malaysia.[45][46]

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh SPRM untuk meneliti tentang kes pendepositan wang ke akaun peribadi Najib, hasilnya 6 akaun simpanan dari kedua-dua bank telah dibekukan. Tetapi tidak menyatakan akaun milik siapa dibekukan.[47][48] Menurut sumber tertinggi, tiga daripada enam akaun yang dibekukan adalah milik Najib Razak.[49][50] The Wall Street Journal mendedahkan dengan terperinci butiran pemilikan akaun, transaksi secara online untuk menepis cemuhan dari Najib Razak dan penyokongnya.[51][52][53]

Urus niaga terbesar yang melibatkan pendepositan wang ke akaun Najib telah berlaku dalam dua masa iaitu sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 2013 diadakan.

Dalam perkembangan lain, Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

"Wang yang diambil dari SRC International merupakan pendedahan yang mengejutkan kerana wang ini diberi pinjam oleh KWAP dan tidak pernah direkodkan," menurut laporan itu. Kementerian Kewangan berkata sebelum ini, SRC melaburkan dana itu dalam Gobi Coal & Energy Ltd, syarikat berpangkalan di Mongolia, namun butiran lanjut tidak didedahkan. Seorang pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, dakwa laporan itu, dikatakan mempunyai kuasa guaman ke atas akaun Najib, menurut dokumen yang diperoleh dari siasatan itu. Transaksi terbaru, menurut laporan itu adalah pada Februari tahun ini. Dokumen menunjukkan SRC International memindahkan RM10 juta ke sebuah akaun milik “Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak” di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.[54]

Isu pemecatan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kaitannya dengan 1MDB sunting

Menurut suatu laporan tanggal 21 Mei 2015, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin mengakui mahu Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat susulan beban hutang yang wujud dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kenyataannya itu merupakan pandangan peribadi beliau yang disuarakan pada pertemuan tertutup antara pemimpin dan ahli UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. “Itu pandangan saya yang dibuat pada kursus politik anjuran Biro Latihan, bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham". Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO, kenyataannya berhubung 1MDB bukan sesuatu yang baharu kerana beliau sebelum ini pernah menggesa supaya kerajaan tidak melakukan ‘bailout’ terhadap syarikat itu.[55]

Pada 28 Julai 2015, melalui suatu pemberitahuan khas Perdana Menteri oleh Najib Razak sendiri, beliau telah menamakan barisan Kabinet Malaysia 2015 baharu. Menerusi pengumuman khas itu, secara rasminya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari barisan Jemaah Menteri dan jawatan beliau itu digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan relevan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia bahawa disebabkan kelantangan beliau menegur Perdana Menteri dalam isu-isu dana 1MDB yang tidak jelas dan menimbulkan pelbagai bentuk logika persoalan. [56]

Tambahan dari itu, terdapat perkembagan pelik hanya dalam tempoh kurang 48 jam dari tanggal 28 Julai 2015. Ini kerana pengumuman rombakan Kabinet berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.[57]

Empat berita lain yang diumumkan serentak dengan rombakan Kabinet ialah:

  1. 1. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia;
  2. 2. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin;
  3. 3. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
  4. 4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Najib dihukum penjara 12 tahun sunting

Pada 28 Julai 2020, bekas perdana menteri, Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.[58][59]

  • Bagi satu kes salah guna kuasa, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
  • Bagi tiga kes pecah amanah, hakim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan.
  • Bagi tiga kesalahan pengubahan wang haram pula, Najib itu dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan.[58][59]

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak, menjadikan tempoh hukuman penjara sebenar adalah 12 tahun.[58][59]

Sekiranya gagal membayar denda RM210 juta - yang merupakan lima kali ganjaran RM42 juta yang diterima oleh Najib - maka beliau akan dipenjara lima tahun lagi.[58][59]

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah Najib dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).[60]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Najib bersalah semua 7 pertuduhan
  2. ^ Sabitan Najib kes SRC kekal
  3. ^ Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
  4. ^ Najib tiba di Penjara Kajang
  5. ^ "Malaysian Leader Orders Auditor to Verify 1MDB Accounts". www.wsj.com. Wall Street Journal. 4 March 2015. Dicapai pada 5 March 2015.
  6. ^ "1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-25. Dicapai pada 2015-04-26.
  7. ^ "Malaysia's 1MDB faces fresh debt payment test, Reuters.com.". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-02. Dicapai pada 2015-04-26.
  8. ^ UPDATE 1-Malaysia state firm acquires Tanjong Energy for $2.8 bln, Reuters.com[pautan mati kekal]
  9. ^ a b c d e f M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  10. ^ a b c d e "1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-25. Dicapai pada 2015-04-26.
  11. ^ "Gov't 'gambling' on untested 1MDB". www.malaysiakini.com. 18 October 2010.
  12. ^ "Pua says 1MDB profits suspect". http://www.themalaysianinsider.com. 9 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-12. Dicapai pada 2015-04-19. External link in |journal= (bantuan)
  13. ^ "1Malaysia Development Berhad Malaysia Factbook". malaysiafactbook.com.
  14. ^ "Has 1MDB filed its accounts?". www.theedgemalaysia.com. 1 April 2014.
  15. ^ "Auditors highlight several critical areas in 1MDB's books". www.thestar.com.my. 22 April 2014.
  16. ^ "Agreements inked to develop Sungai Besi airport land into Bandar Malaysia". http://www.thestar.com.my. 15 June 2011. External link in |journal= (bantuan)[pautan mati kekal]
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada 2015-04-19.
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-01. Dicapai pada 2015-04-19.
  19. ^ http://www.themalaymailonline.com/money/article/1mdb-bonds-drop-to-junk-status-as-investors-consider-wind-down
  20. ^ http://www.theedgemarkets.com/my/article/cabinet-rejects-rm3-billion-1mdb-debt-repayment-options-narrow
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-07. Dicapai pada 2015-04-19.
  22. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada 2015-04-19.
  23. ^ http://www.bharian.com.my/node/40386 Kerajaan suntik dana RM950 kepada 1MDB, Berita Harian Online.
  24. ^ http://www.keadilandaily.com/1mdb-pindah-rm7-bilion-wang-rakyat-ke-pulau-cayman/ 1MDB pindah RM7 Bilion wang rakyat ke Pulau Cayman, Keadilan Daily.
  25. ^ (Inggeris)http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-money-not-kept-in-cayman-islands-says-najib Diarkibkan 2015-04-11 di Wayback Machine 1MDB money not kept in Cayman Island, says Najib, The Malaysian Insider.
  26. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/01/revealed-jho-lows-hand-in-1mdb-petrosaudi-deal/[pautan mati kekal]
  27. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 2015-04-19.
  28. ^ http://www.theedgemarkets.com/my/article/jho-low-accused-siphoning-us700m-1mdb
  29. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-20. Dicapai pada 2015-04-19.
  30. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 2015-04-19.
  31. ^ a b c Betulkah TH beli untuk bayar faedah pinjaman 1MDB?, SinarHarian Online
  32. ^ Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB, SinarHarian Online
  33. ^ BH Online,. (2015). Tabung Haji jual semula tanah dibeli daripada 1MDB di TRX. Retrieved 30 July 2015, from http://www.bharian.com.my/node/53847
  34. ^ Themalaysianinsider.com,. (2015). Tabung Haji masih belum jual tanah TRX 1MDB, kata Azeez - The Malaysian Insider. Retrieved 30 July 2015, from http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-masih-belum-jual-tanah-trx-1mdb-kata-azeez Diarkibkan 2015-07-16 di Wayback Machine
  35. ^ The Rakyat Post BM Version,. (2015). Pelaburan KWSP dalam 1MDB hanya RM200 juta - Najib - The Rakyat Post BM Version. Retrieved 30 July 2015, from http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/11/pelaburan-kwsp-dalam-1mdb-hanya-rm200-juta-najib/ Diarkibkan 2015-08-16 di Wayback Machine
  36. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/01/revealed-jho-lows-hand-in-1mdb-petrosaudi-deal/[pautan mati kekal]
  37. ^ "Jho Low allegedly siphoned off US$700 million from 1MDB, says website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 7 July 2015.
  38. ^ "Jho Low accused of siphoning US$700m from 1MDB". Dicapai pada 7 July 2015.
  39. ^ "'Jho Low email said Najib approved US$1bn loan'". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-20. Dicapai pada 7 July 2015.
  40. ^ "Jho Low claims Najib okayed 1MDB's US$500 million loan to PetroSaudi, says Sarawak Report". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada 7 July 2015.
  41. ^ "WSJ: Najib used 1MDB's funds for GE13". Dicapai pada 8 July 2015.
  42. ^ "Bersih 2.0 says GE13 rigged, shocked over links to 1MDB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada 8 July 2015.
  43. ^ "Roadshow unnecessary, just come clean on 1MDB's objectives, Kit Siang tells BN". Dicapai pada 8 July 2015.
  44. ^ Tom Wright and Simon Clark (2 July 2015). "Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader Najib's Accounts Amid 1MDB Probe". WSJ. Dicapai pada 8 July 2015.
  45. ^ "Special team to probe graft allegations against Malaysia PM Najib Razak". The Economic Times. Dicapai pada 8 July 2015.
  46. ^ "Task force freezes bank accounts as pressure mounts on PM Najib". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-30. Dicapai pada 8 July 2015.
  47. ^ Niluksi Koswanage (7 July 2015). "Malaysia Task Force to Freeze Accounts in Najib Money Probe". Bloomberg.com. Dicapai pada 8 July 2015.
  48. ^ "3 frozen accounts belong to Najib, sources say". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada 8 July 2015.
  49. ^ "Three frozen accounts belong to PM, says source". Dicapai pada 8 July 2015.
  50. ^ Sarawak Report. "SENSATIONAL FINDINGS! - Prime Minister Najib Razak's Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail MALAYSIA EXCLUSIVE!". Sarawak Report. Dicapai pada 8 July 2015.
  51. ^ "DocumentCloud Document Viewer". Dicapai pada 8 July 2015.
  52. ^ "Take legal action against WSJ, PM urged - Nation - The Star Online". Dicapai pada 8 July 2015.
  53. ^ Themalaysianinsider.com,. (2015). Siasatan 1MDB dedahkan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Najib - The Malaysian Insider. Retrieved 30 July 2015, from http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berbilion-ringgit-dimasukkan-ke-akaun-najib-hasil-siasatan-ke-atas-1mdb Diarkibkan 2015-07-27 di Wayback Machine
  54. ^ Retrieved 30 July 2015, from http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/21/tpm-akui-beritahu-pm-pecat-ahli-lembaga-1mdb/ Diarkibkan 2015-05-25 di Wayback Machine
  55. ^ Harian, W. (2015). Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib. Sinarharian.com.my. Retrieved 30 July 2015, from http://www.sinarharian.com.my/nasional/muhyiddin-digugurkan-dari-kabinet-najib-1.413765
  56. ^ Portal Islam dan Melayu,. (2015). Cerita pelik lima pengumuman serentak hari ini…. Retrieved 30 July 2015, from http://www.ismaweb.net/2015/07/cerita-pelik-lima-pengumuman-serentak-hari-ini/ Diarkibkan 2015-07-30 di Wayback Machine
  57. ^ a b c d Najib Razak: Malaysian ex-PM gets 12-year jail term in 1MDB corruption trial
  58. ^ a b c d Najib Razak, Malaysia’s Former Prime Minister, Found Guilty in Graft Trial
  59. ^ Malaysia court upholds guilty verdict for former PM Najib

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting