Adam Kadir

sasterawan dan ahli politik Malaysia

Tan Sri Adam Kadir ialah seorang sasterawan, penulis dan negarawan Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia pada 1995 hingga 1996.

Tan Sri

Adam Kadir

P.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P. LL.M., M.Sc.
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-11
Dalam jawatan
13 Jun 1995 – 30 November 1996
Didahului olehVadiveloo Govindasamy
Digantikan olehMohamed Yaacob
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuantan
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehAbdul Rahim Abu Bakar|
Digantikan olehFauzi Abdul Rahman
Butiran peribadi
LahirAdam bin Abdul Kadir
1942 (umur 81–82)
Kuantan, Pahang

Pendidikan sunting

Adam memperoleh ijazah sarjana undang-undang (L.L.M.) dalam undang-undang komersil dan korporat dari Universiti London. Sebelum itu, beliau memperoleh ijazah sarjana sains (M.Sc.)dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat pada 1973 selepas menamatkan ijazah sarjana muda sastera dari Universiti Malaya pada 1967. Beliau menamatkan sebuah program dalam pengurusan lanjutan di Sekolah Perniagaan Universiti Harvard pada 1981.[1]

Kerjaya sunting

Politik sunting

Adam pernah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat Malaysia di Parlimen Kuantan dari 1986 hingga 1990. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah pada 1987. Beliau kemudiannya dilantik sebagai senator pada 1990 dan dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 1995. Dalam tempoh itu, beliau turut dilantik sebagai Presiden Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) dan Persatuan Parlimen Komanwel, Cawangan Malaysia.[1]

Dalam parti politik, beliau pernah menjadi ahli Jawatankuasa Disiplin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Beliau juga telah dilantik sebagai presiden pertama Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) yang ditubuhkan pada Mac 2010.[2]

Perusahaan sunting

Adam memulakan kerjayanya sebagai penerbit dalam Kementerian Penerangan dan Penyiaran pada 1967, selepas menamatkan pengajian. Beliau menyertai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai penolong setiausaha pada 1970. Beliau berhenti dan menyertai Aseambankers pada 1973 sebagai pengurus pembangunan projek. Beliau berpindah ke Kumpulan Syarikat PERNAS sebagai pengurus besar dan pengarah dari 1975 hingga 1981. Dari 1982-1986, beliau menjadi usahawan dengan perusahaan sendiri yang dinamakan Kumpulan Wineka. Pada 1997, beliau kembali ke Wineka selepas penggal beliau di Dewan Negara berakhir.

Adam pernah menjadi Pengerusi Jengka Sdn Bhd, sebuah syarikat kayu Pahang, dari 1983 hingga 1987. Beliau pernah menduduki lembaga pengarah dalam pelbagai syarikat bagi keusahawanan termasuklah PBS Multinational Merchant Bank, Malaysia General Investments Corporation Berhad, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Perusahaan Pertanian Pahang.

Adam telah dilantik sebagai pengarah dan pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Berhad untuk tempoh dua tahun bermula 1 Mac 2005. Beliau dilantik semula ke jawatan yang sama pada 1 Mac 2008m untuk tempoh setahun, yang sepatutnya berakhir pada 28 Februari 2009. Walau bagaimanapun, kerajaan telah membuat keputusan membatalkan kontrak pelantikannya sebagai pengerusi bukan eksekutif melalui dua pucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan bertarikh 23 Mei 2008 dan 26 Mei 2008.[3]

Penulisan sunting

Adam Kadir ialah seorang penulis di Malaysia. Beliau menulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu, dan penulisannya muncul di Far Eastern Economic Review, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, The New Straits Times, Berita Harian, Berita Minggu, The Star dan The Sunday Star. Setiap Rabu, ruangan pojok mingguannya akan diterbitkan dalam Utusan Malaysia di bawah segmen Ruang dan Waktu.

Pada pertengah 1960-an, sementara beliau giat sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya, beliau menulis secara mingguan dalam ruangan Angin Dari Kampus, mengenai apa yang berlaku dalam universiti Malaysia, dalam Mingguan Malaysia. Beliau pernah menerbitkan sebuah novel dan empat buah buku.

Antologi Writings on the Faces ialah sebuah kumpulan penulisannya dalam kolum di The Sunday Star bernama Speakers Corner. Sense of Proportion pula ialah kumpulan rencana yang pernah tersiar di dalam The Edge. Penerbitan ISU: Ekonomi, Politik, Sosial dan Budaya pula mengandungi 111 rencana yang pernah tersiar dalam kolum mingguannya di Utusan Malaysia.

Senarai karya sunting

  1. Adam Kadir (1969). Gerhana Di Hati. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu.
  2. Adam A. Kadir (1992). The Die Isn't Cast. Kuala Lumpur: Wineka P & C.
  3. Adam Kadir (2003). Writings on the Faces. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. ISBN 9789837205154.
  4. Adam Kadir (2003). Ruang dan Waktu. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. ISBN 9789837205161.
  5. Adam Kadir (2007). Liku Berkarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836296535.
  6. Adam Kadir (2008). ISU : Ekonomi, Politik, Sosial, Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836298225.
  7. Adam Kadir (2009). Sense of proportion. Petaling Jaya: MPH Pubs. ISBN 9789675222207.
  8. Ruang dan waktu ,Golden Books Centre, 2003.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

  •   Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2004)
  •   Pahang
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2006)
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1993)

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Tan Sri Adam Kadir @ [POS]: POS MALAYSIA BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-08.
  2. ^ "Kerugian Sebenar Pos Malaysia RM227 Juta - Awang Adek - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-05-05. Dicapai pada 2024-02-08.
  3. ^ "Dipecat dari Pos Msia, Adam Kadir bawa ke mahkamah". Malaysiakini. 2011-02-08. Dicapai pada 2024-02-08.