Batu karang
Batu karang adalah sebarang organisma laut yang tidak bertulang belakang, yang tergolong di dalam kelas Anthozoa (filum Cnidaria) yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu rangka (di dalam atau di luar), yang berbentuk seperti batu, duri, atau seperti kulit. Ini termasuklah yang membina terumbu di lautan tropika.
Batu karang | |
---|---|
![]() | |
Dendrogyra cylindricus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | Ehrenberg, 1831
|
Subkelas dan Order pupus | |
Alcyonaria |
Batu karang juga dapat dimaksudkan dengan rangka kepada 'haiwan-haiwan' ini, terutamanya batu-batu karang yang berbentuk seperti batu. Terdapat lebih kurang 1000 spesies batu karang yang menyerupai batu, lebih kurang 100 spesies jenis yang berduri dan hitam, yang digelar Antipatharia; lebih kurang 1200 spesies jenis berduri atau gorgonian (Gorgonacea); dan batu karang biru (Coenothecalia).
Walaupun batu karang dapat menangkap plankton menggunakan sel sengatan pada tentakelnya, haiwan ini mendapat sebahagian besar zatnya dari alga satu-sel simbiotik yang dipanggil zooxanthellae. Akibatnya, kebanyakan batu karang bergantung kepada cahaya matahari dan tumbuh di air yang jernih dan cetek, lazimnya di kedalaman tidak melebihi 60 m (200 ka).
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
|
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Coral |
- University of Southern Mississippi - Coral Reef Resource Guide Diarkibkan 2012-02-07 di Wayback Machine
- NOAA Ocean Service Education - Corals
- NOAA CoRIS - Coral Reef Biology