Coca-Cola

(Dilencongkan dari Coca Cola)

Coca-Cola SF ialah minuman ringan berkarbonat dan berperisa khas yang dikeluarkan oleh The Coca-Cola Company :(NYSE:KO) dari Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.

Coca-Cola
JenisMinuman ringan
PengeluarThe Coca-Cola Company
Negara asalAmerika Syarikat
Diperkenalkan1886
WarnaCaramel E-150d
Produk berkaitanPepsi
Irn Bru
RC Cola
Cola Turka
Zam Zam Cola
Mecca Cola
Virgin Cola
Parsi Cola
Qibla Cola
Evoca Cola
Corsica Cola
Breizh Cola
Afri Cola
Laman webwww.coca-cola.com
Coca-Cola
Musium World of Coca-Cola di Las Vegas Strip pada tahun 2000
Logo Coca-Cola-SF

Air minuman ini pada asalnya dikembangkan sebagai suatu minuman berubat pada hujung abad ke-19; nama air ini sempena dua bahan utama dalam ramuan asal menghasilkan minuman ini iaitu daun koka dan kacang kola.[1] Pemasaran dan pengiklanan giat bijak dilakukan Asa Griggs Candler berjaya memasyhurkan Coke dalam kalangan orang ramai sehingga mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20.[2] Walaupun minuman ini sekali-sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola-SF masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Malah, ia merupakan jenama ketiga "paling berharga" seluruh dunia selepas Apple dan Google SF dalam suatu kajian "jenama global terbaik" dijalankan firma Interbrand.[3]

Rumusan sunting

Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa rumusan minuman Coca-Cola merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali "7X" yang selama ini dianggap sebagai komponen kamiran untuk Coca Cola. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui "X" itu merujuk kepada apa — walaupun adalah dipercayai pekerja Coca Cola mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik keatas resipi Coca-Cola. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahi sains pemakanan — melalui kaedah analisis yang moden — mampu mengenalpasti komposisi produknya, satu fakta yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Namun, terdapat khabar angin yang menyatakan resipi asal Coca Cola mengandungi kekacang mongolia, dan pada pertengahan 80-an apabila rahsia ini dibongkar oleh kerajaan Mongolia, mereka telah menaikkan harga komoditi ini. (Coca Cola telah membeli kekacang mongolia secara senyap melalui beberapa pengedar). Akibatnya, Coca Cola[4] terpaksa menggantikannya dengan kekacang mongolia tiruan. Selepas itu, sama ada disebabkan usaha mereka untuk membuat keuntungan apabila ramuan rahsia mereka menjadi semakin mahal, atau perisa tiruan mereka tidak menjadi (dan syarikat ini memerlukan lebih masa agar orang ramai melupakan rasa Coca-Cola yang sebenar), 'Coke' yang baru telah diperkenalkan.

Model pengeluaran francais sunting

Pengeluaran dan pengedaran Coca-Cola adalah mengikut model francais. Syarikat Coca-Cola hanya menghasilkan sari sirap yang dijual kepada pelbagai pembotol yang memegang francaisnya di seluruh dunia. Para pembotol ini menghasilkan minuman siap dengan mencampurkan sari sirap dengan air turas dan gula (ataupun pemanis buatan). Selepas mengisikan minuman dalam tin dan botol, mereka akan menjual dan mengedarkannya kepada kedai runcit, restoran, mesin layan diri, dan pengedar perkhidmatan makanan. Biasanya, pembotol-pembotol juga dikehendaki bertanggungjawab untuk kesemua pengiklanan dan promosi jualan di dalam kawasan mereka.

Syarikat Coca-Cola merupakan pemilik saham minoriti bagi beberapa pembeli francais yang terbesar, seperti Coca-Cola Enterprises dan Coca-Cola FEMSA, tetapi hampir setengah daripada jumlah jualan sejagat adalah dihasilkan oleh pembotol-pembotol yang sepenuh bebas.

Oleh sebab gula dan pemanis ditambahkan oleh pembotol, kemanisan minuman Coca-Cola telah dikatakan berbeza-beza dari satu kawasan ke satu kawasan supaya dapat menyesuaikan rasa minuman kepada rasa orang tempatan.

Reka bentuk sunting

 
Versi pertama botol yang termasyhur ini dikeluarkan pada tahun 1916.

Sebahagian besar Logotip Coco-Cola yang termasyhur telah dikatakan dicipta oleh Frank Mason Robinson, rakan kongsi John Pemberton, pada tahun 1885. Adalah Robinson yang memberikan nama kepada minuman ini, dan beliau juga memilih askara kursif yang tersendiri untuk logo itu. Muka taip yang digunakan merupakan askara Spencer telah diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan untuk tulisan tangan yang rasmi di Amerika Syarikat pada waktu itu.

Botol Coca-Cola yang serupa termasyhur, dan digelarkan "botol kontur" dalam syarikat, telah dicipta oleh Earl R. Dean. Menurut legenda, selepas menerima pesanan untuk botol yang benar-benar tersendiri daripada pembotol Benjamin F. Thomas, Dean memutuskan untuk menentukan adakah bentuk kedua-dua bahan di belakang nama produk (iaitu, koka dan kekeras kola) dapat bertindak sebagai ilham. Beliau mencari dalam Ensiklopedia Britannica dan dengan cepatnya terpaksa menyingkirkan gagasan itu. Bagaimanapun, beliau masih menyelak-nyelak halaman sewaktu ternampak sebuah gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung serta alur tersendiri.

Pada November 1915, Syarikat Root Glass mempatenkan reka bentuk botol itu, dan memulakan pengeluaran pada tahun 1916. Telah dikatakan bahawa pemilik Syarikat Root Glass menjadi salah seorang yang terkaya di Indiana oleh sebab botol ini, sedangkan Dean tidak mendapat apa-apa selain daripada gaji biasanya.

Pengiklanan sunting

 
Pelbagai jenis bentuk dan saiz botol. Direka bentuk supaya dapat dikecam sejagat, dan telah ditanda dagangkan.

Pengiklanan Coca-Cola membawa kesan yang utama terhadap kebudayaan Amerika, dan sering diberi penghargaan kerana merekacipta imej moden Santa Claus sebagai orang tua yang berpakaian merah dan putih; bagaimanapun, imej itu memang telah pun menjadi biasa sebelum Coca-Cola memulakan promosi imej itu pada tahun-tahun 1930-an dalam kempen-kempen pengiklanan musim sejuknya.[1] Pada 1970-an, sebuah lagu daripada iklan Coca-Cola berjudul "Aku Ingin Mengajari Dunia Bernyanyi" ("I'd Like to Teach the World to Sing"), yang digubah oleh Roquel Billy Davis, menjadi lagu single yang disuka ramai, tetapi tiada buktinya bahawa jumlah jualan minumannya bertambah.

Pengiklanan Coke merebak kerana salah satu daripada matlamat Woodruff adalah untuk memastikan bahawa setiap orang di Bumi minum Coca-Cola sebagai minuman pilihannya. Pengiklanan Coke hampir sentiasa ada, khususnya di kawasan-kawasan selatan Amerika Utara, seperti Atlanta yang merupakan tempat asal Coke.

Cogan kata pengiklanan Coca Cola telah banyak kali ditukar dalam sejarah panjangnya, termasuk "Berhenti sejenak yang menyegarkan" ("The pause that refreshes"), "Aku ingin membelikan dunia sebotol Coke" ("I'd like to buy the world a Coke"), "Coke ialah itu" ("Coke is it"), dan banyak lagi.

Kritikan sunting

 
Monyet minum Coke
 
Coca-Cola kilang pembotolan. 8 Januari 1941, Montreal, Kanada.

Legenda bandar dan kegunaan luar biasa sunting

Legenda bandar mengenai Coca-Cola yang terlalu banyak telah menyebabkan "Halaman Rujukan Legenda Bandar" ("Urban Legends Reference Pages") untuk mengekhaskan satu bahagian yang berasingan dalam laman webnya untuk "Legenda Coke". Satu dakwaan yang palsu mengatakan bahawa pada suatu masa, Coke berwarna hijau, ataupun dikarbonatkan secara tidak sengaja sewaktu seorang kerani memancutkan sirap ke dalam gelas yang salah.

Coca-Cola telah menjadi sasaran legenda bandar yang mencela bahawa minuman itu mengandungi terlalu banyak asid (nilai pHnya sebanyak 2.5 merupakan pertengahan antara cuka dengan asid gaster), ataupun air berkarbonatnya membawa kesan yang terancam.

Legenda bandar biasanya merupakan "fakta melawak", umpamanya:

  • "Peronda lebuh raya menggunakan Coke untuk membersihkan darah daripada lebuh raya selepas kemalangan."
  • "Terdapatnya orang yang pernah mati sewaktu menyertai pertandingan minum Coke."
  • "Coke boleh melarutkan gigi jika dibiarkannya semalaman."

Kesemua dakwaan ini adalah palsu. (Sedangkan peronda lebuh raya tidak menggunakan Coca-Cola untuk tujuan ini, telah dibuktikan dalam rancangan televisyen "MythBusters" bahawa Coca-Cola merupakan agen pencuci pencuci yang baik.)

  • Untuk maklumat lanjut mengenai keasidan dan rasa bimbang terhadap kesihatan, sila lihat subbahagianKeasidan di bawah.

Satu kegunaan Coke yang luar biasa adalah sebagai bahan kawalan karat — asid fosforik di dalam Coke dapat menukarkan oksida besi menjadi ferum fosfat. Oleh sebab itu, ia boleh dipergunakan untuk rawatan antikakisan peringkat permulaan bagi barang-barang besi dan keluli. Menurut berbagai-bagai laman web, asid dalam Coca-Cola juga boleh dipergunakan untuk menyadur anod titanium.[2]

Bertentangan dengan kepercayaan popular, kokaina, iaitu ekstrak daun koka, tidak pernah ditambahkan ke dalam Coca-Cola secara langsung. Oleh sebab kokaina memang wujud dalam daun koka, terdapatnya sedikit kokaina juga di dalam minuman. Pada hari ini, Coca Cola menggunakan daun koka "terpakai" yang telah menjalani proses ekstrak kokaina untuk memberi rasa pada minumannya. Oleh sebab proses ini tidak dapat mengekstrak alkaloids kokaina pada peringkat molekul, minuman itu masih mengandungi kesan perangsang.[3]

Kesan jangka panjang kepada kesihatan sunting

Sedangkan ramai pakar pemakanan percaya bahawa "minuman bergas dan makanan yang kaya dengan kalori tetapi tidak bernutrien boleh padan dengan diet yang baik", telah dianggapi secara am bahawa Coca-Cola dan minuman bergas yang lain adalah berbahaya jika terlalu meminumnya, khususnya terhadap kanak-kanak yang minumnya sebagai ganti dan bukannya sebagai pelengkap untuk diet seimbang.[4] Kajian telah mendedahkan bahawa peminum minuman bergas mempunyai pengambilan yang lebih rendah untuk kalsium (boleh mengakibatkan osteoporosis), magnesium, asid askorbik, riboflavin, dan vitamin A.[5]

Coca-Cola juga membangkitkan kritikan untuk penggunaan kafeinanya.[6] Industri minuman bergas telah menganggap kebanyakan daripada kritikan ini sebagai mitos bandar.[7] Terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Coco-Cola boleh menagihkan, walaupun kebenaran cakap ini masih belum dipastikan.

Keasidan sunting

Sejak 1920-an, banyak bukti telah dikemukakan untuk memastikan bahawa Coca-Cola tidaklah lebih berbahaya berbanding minuman bergas yang serupa, ataupun jus buah-buahan berasid seperti jus epal Mr Juicy. Dalam keadaan yang biasa, keasidannya tidak mengakibatkan bahaya yang langsung.[8]

Uji kajian 2005 oleh Akademi Pergigian Pediatri Amerika mendapati bahawa pH mulut selepas berkumur dengan Coca-Cola adalah 5.5, 5.6, and 5.7 in 5, 10, dalam jangka masa 20 minit (masing-masing). Tiada satu pHnya yang termasuk dalam julat genting untuk merosakkan enamel gigi. Diet Coke didapati mempunyai asid yang kurang sedikit. Diarkibkan 2006-02-18 di Wayback Machine

Kesaksamaan uji kajian ini boleh dipersoalkan. Pada tahun 2003, xxx mendapat bantuan sebanyak AS$1 juta] daripada Coca-Cola untuk membiayai penyelidikan pendidikannya.

Coca-Cola juga telah membangkitkan kritikan kerana penggunaan asid fosforiknya.[9].

Sirap glukosa berfruktosa tinggi sunting

Sejak akhir dekad- 1980-an di Amerika Syarikat, Coke telah dibuat daripada sirap glukosa berfruktosa tinggi sebagai untuk gula glukosa/fruktosa, kecuali Coke Kosyer untuk Passover ("Kosher for Passover") yang tidak boleh dibuat daripadanya. Penggantian ini telah disebabkan oleh harga gula yang semakin tinggi pada waktu ini. Terdapatnya beberapa kumpulan orang yang mengkritik langkah ini kerana jagung untuk sirap jagungnya mungkin datangnya daripada tumbuhan gen terganti.

Nota sunting

  1.   Barbara Mikkelson dan David P. Mikkelson, "Claus Yang Menyegarkan," snopes.com, 27 Februari 2001 (dicapai pada 10 Jun 2005).
  2.   Seeley, Bill. "Penganodan Diarkibkan 2006-02-25 di Wayback Machine". 1 Mei 1997 (dicapai pada 15 Januari 2006).
  3.   Rielly, Edward J (2003). Baseball and American Culture: Across the Diamond. Haworth Press. m/s. 133. ISBN 0-7890-1485-8.
  4.   Michael F. Jacobson, "Gula-gula Cecair: Bagaimana Minuman Bergas Menjejaskan Kesihatan orang Amerika," Pusat untuk Sains bagi Kepentingan Orang Awam (dicapai pada 10 Jun 2005).
  5.   Ibid; Russell Robertson, "Soda, Kalsium, dan Osteoporosis Diarkibkan 2005-12-12 di Wayback Machine," Healthlink—Medical College di Wisconsin (dicapai pada 10 Jun 2005).
  6.   "Labelkan Kandungan Kafeina untuk Makanan, Ahli-ahli Sains Memberitahu FDA", Pusat untuk Sains bagi Kepentingan Orang Awam, 31 Julai 1997 (dicapai pada 10 Jun 2005).
  7.   Coca-Cola Myths and Rumors Diarkibkan 2006-03-01 di Wayback Machine The Coca-Cola Company (accessed June 10, 2005); "Caffeine and Dehydration: Myth or Fact? Diarkibkan 2006-02-16 di Wayback Machine," Food Insight, July–August 2002 (accessed June 10, 2005).
  8.   Mikkelson dan Mikkelson, "Kesilapan Asid," 29 Ma 2004 (dicapai pada 10 Jun 2005); Mikkelson dan Mikkelson, "Tooth in Advertising," 27 Februari 2001 (dicapai pada 10 Jun 2005); Mikkelson dan Mikkelson, "CO2 Cepat, Terlalu Hebat," 2 April 2004 (dicapai pada 10 Jun 2005).
  9.   "Minuman Bergas Kola Mungkin Boleh Menyebabkan Ketumpatan Mineral Tulang yang Lebih Rendah pada Golongan Wanita Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine (dicapai pada 10 Jun 2005).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Veronique Greenwood (23 September 2016). "The little-known nut that gave Coca-Cola its name". BBC Future. Dicapai pada 23 Disember 2019. These days, the Coca-Cola recipe is a closely guarded secret. But it's said to no longer contain kola nut extract, relying instead on artificial imitations to achieve the flavour
  2. ^ Eschner, Kat (March 29, 2017). "Coca-Cola's Creator Said the Drink Would Make You Smarter" (dalam bahasa Inggeris). Smithsonian. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2019. Dicapai pada October 7, 2019. So Pemberton concocted a recipe using coca leaves, kola nuts and sugar syrup. "His new product debuted in 1886: 'Coca-Cola: The temperance drink,'" writes Hamblin.
  3. ^ "2015 Ranking". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2016. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  4. ^ "Coca-Cola Company: Strategic Choices". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-10. Dicapai pada 2019-01-06.

Pautan luar sunting