Corgi Wales

baka anjing dari Wales

Corgi Wales[a] atau hanya corgi[b][5] ialah sejenis anjing gembala kecil yang berasal dari Wales. Nama corgi diterbitkan daripada perkataan bahasa Wales cor dan ci (yang bermutasi kepada gi), yang masing-masing memaksudkan "kerdil" dan "anjing".

Corgi Wales
Corgi Wales Pembroke dan Cardigan
Negara asalWales
Trait
Berat Jantan
  • Cardigan: 14–17 kilogram (31–37 lb)
  • Pembroke: Tidak lebih daripada 14 kilogram (31 lb)
Betina
  • Cardigan: 14–17 kilogram (31–37 lb)
  • Pembroke: Tidak lebih daripada 11 kilogram (24 lb)
Tinggi Jantan
  • Cardigan: 27–32 sentimeter (11–13 in)
  • Pembroke: 25–30 sentimeter (9.8–11.8 in)
Betina
  • Cardigan: 27–32 sentimeter (11–13 in)
  • Pembroke: 25–30 sentimeter (9.8–11.8 in)[1]
Bulu
  • Cardigan: Pendek atau sederhana panjang, bertekstur keras, kalis cuaca dengan lapis bulu bawah baik
  • Pembroke: Sederhana panjang dengan lapis bulu bawah padat dan lurus
Warna
  • Cardigan: Mana-mana wanra, dengan tanda-tanda putih atau tanda-tanda putih
  • Pembroke: Merah, sabel, perang kekuning-kuningan, atau hitam dan sawo matang dengan tanda-tanda putih atau tanda-tanda putih tersebut pada tungkai, brisket, dan leher[2]
Jangka hayat
  • Cardigan: Purata 12 tahun dua bulan[3]
  • Pembroke: Purata 12 tahun tiga bulan[4]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Dua baka berasingan diiktiraf: corgi Wales Pembroke dan corgi Wales Cardigan. Perbezaan fizikal terlihat antara kedua-dua baka. Mengikut piawaian baka, secara keseluruhan, anjing Cardigan lebih berat dan lenih tinggi. Ekornya mempunyai bentuk berbeza dan pemotongan ekor anjing sebelum ini dilakukan terhadap corgi sebelum amalan itu sebahagian besarnya diharamkan.

Dari segi sejarah, anjing Pembroke telah diatributkan kepada influks anjing bersama dengan penenun Flemish dari sekitar abad ke-14, manakala anjing Cardigan diatributkan kepada anjing yang dibawa bersama para peneroka Norse, khususnya leluhur bersama bagi anjing gembala Sweden.

Anjing Pembroke ialah yang lebih popular antara kedua-duanya, namun masih muncul dalam senarai baka anjing rentan United Kingdom daripada The Kennel Club.[6] Corgi Wales Pembroke mendapat kepopularan kerana Ratu Elizabeth II secara peribadi memiliki lebih daripada 30 ekor anjing Pembroke atau silangan corgidachshund, yang dikenali sebagai dorgi.

Sejarah sunting

Pembrokeshire dan Cardiganshire merupakan bekas kaunti pertanian yang bersebelahan di South West Wales.[7] Corgi Wales ialah anjing gembala lembu, jenis anjing gembala yang dirujuk sebagai "penumit", yang bermakna bahawa ia menggigit tumit (atau menumit) haiwan lebih besar untuk memastikan ia terus bergerak.[8] Gabungan ketinggian rendahnya dari paras tanah dan ketangkasan semula jadi corgi Wales membolehkannya mengelakkan telapuk lembu.[8] Istilah "corgi" sama ada memaksudkan anjing cur atau anjing kerdil (cor = "kerdil", gi = lenitif bagi ci," anjing") dalam bahasa Wales, yang tidak diniatkan untuk menghina saiz anjing, sebaliknya sebagai istilah deskriptif semata-mata.[7][9] Kisah berlainan telah diceritakan tentang asal usul Corgi; sesetengah pihak percaya bahawa kedua-dua baka moden ini ber-evolusi daripada keleluhuran bersama,[10] manakala yang lain mengatributkan pengimportan corgi Wales Pembroke kepada penenun Flemish mulai sekitar abad ke-10.[11] Teori-teori lanjut tentang asal usul keragaman Pembroke mencadangkan bahawa ia mungkin telah berasal daripada baka-baka gembala Eropah tengah dari kawasan di sekitar Jerman moden. Bergantung pada masa pengimportan anjing ini ke Wales, baka-baka tersebut mungkin sama ada deutsche Bracke ("anjing pemburu Jerman") atau dachshund.[9]

Corgi Wales Cardigan telah diatributkan kepada pengaruh penetap Nordik di rantau ini.[12] Anjing dengan dimensi serupa wujud di Skandinavia moden, yang dipanggil anjing gembala Sweden[13] beberapa orang ahli sejarah mendakwa bahawa kedua-dua baka ini mengongsi leluhur bersama.[14] Pada lewat abad ke-19, peladang mula beralih daripada lembu kepada biri-biri, tetapi corgi tidak sesuai untuk bekerja dengan biri-biri. Keserupaan sesama corgi Wales telah diatributkan kepada pembiakbakaan silang antara kedua-duanya atau hanya pembiakbakaan terpilih daripada mereka yang berhasrat untuk memperdekat keragaman Cardigan dari segi sifat dengan keragaman Pembroke.[14]

Tarikh tercatat pertama untuk corgi yang muncul dalam gelanggang pertunjukan di Wales ialah tahun 1925. Kapten J. P. Howell mengadakan mesyuarat pembiak baka bagi kedua-dua keragaman Pembroke dan Cardigan dan membentuk Welsh Corgi Club dengan keanggotaan awal seramai 59 orang anggota. Piawaian baka umum dirangka dan corgi mula muncul dalam pertunjukan pengakuran. Sehingga titik ini, tiada baka antara kedua-duany yang dibiakbakakan secara khusus untuk penampilan. Para anggota kelab ini terutamanya berminat pada keragaman Pembroke, walaupun keragaman Cardigan juga muncul. Pada ketika itu, baka-baka ini dirujuk sebagai keragaman Pembrokeshire dan keragaman Cardiganshire; nama-nama ini kemudiannya disingkatkan. Terdapat sebilangan pertikaian sesama pembiak baka kedua-dua jenis dalam pertunjukan-pertunjukan awal, kerana para hakim yang merupakan pembiak baka bagi salah satu jenis kerap memihak kepada jenis masing-masing.[15] Corgi Wales muncul dalam Crufts—pertunjukan anjing yang diadakan setiap tahun di United Kingdom—buat pertama kali pada tahun 1927.[16]

Kejohanan pertama dianugerahkan pada pertunjukan Cardiff pada tahun 1928 kepada seekor corgi Pembroke merah putih betina bernama Shan Fach. Baka-baka ini terus dihakimi bersama-sam sehingga tahun 1934, apabila The Kennel Club mengiktiraf setiap baka secara berasingan. Dalam pendaftaran awal itu, kira-kira 59 ekor corgi Cardigan dan 240 ekor corgi Pembroke disenaraikan dalam buku-buku pedigri. Keputusan tentang baka yang dalamnya setiap anjing tergolong kadang-kadang diserahkan kepada padad pemilik, yang bebas untuk memilih mana-mana yang paling sesuai menurut mereka.[15] Anjing pertama yang dinamai best in show dalam pertunjukan pengakuran terbuka ialah Ch. Bowhit Pivot.[17]

Corgi Wales Cardigan terus kekal lebih jarang daripada corgi Pembroke dengan hanya 11 pendaftaran yang dibuat pada tahun 1940. Kedua-dua baka terselamat daripada Perang Dunia Kedua, walaupun corgi Cardigan yang berdaftar dengan The Kennel Club hanya berjumlah 61 ekor menjelang penamat peperangan.[15] Corgi Pembroke pula menjadi sangat popular semasa tahun-tahun pascaperang di United Kingdom; pada tahun 1953, ia diperingkatkan sebagai baka keempat paling popular oleh The Kennel Club, di belakang kokerspaniel Inggeris, anjing gembala Jerman, dan anjing Peking.[18] Pada tahun 1955, reserve Best in Show dalam Crufts ialah corgi Wales Pembroke bernama Kaytop Maracas Mint.[19] Baka-baka corgi merosot dari segi kepopularan: doktor veterinar Brian Singleton mencadangkan dalam The Times pada tahun 1963 bahawa ini disebabkan oleh isu dengan perangai baka-baka ini.[20] Corgi Wales Cardigan tersenarai dalam senarai pertama The Kennel Club bagi Baka Asli Rentan pada tahun 2006.[21] Senarai ini adalah untuk baka-baka yang mendaftarkan kurang daripada 300 ekor anjing pada mana-mana tahun tunggal;[22] pernah ada 84 ekor corgi Cardigan yang didaftarkan pada tahun 2006. Selepas peningkatan awal, ini menurun kepada 46 ekor pada tahun 2010, tetapi kemudian meningkat kepada angka tertinggi sejak senarai itu bermula pada tahun 2015, dengan sejumlah 124 ekor anak anjing yang didaftarkan.[21] Pada tahun 2013, corgi Wales Pembroke juga ditambahkan, kerana terdapat hanya 241 ekor anak anjing yang didaftarkan pada tahun itu. Walaupun The Kennel Club atas sebab ini menyalahkan pengimportan baka-baka anjing asing,[22] The Daily Telegraph pula atas sebab penurunan menyalahkan larangan terhadappemotongan ekor yang diperkenalkan pada enam tahun sebelum itu.[23] Walau bagaimanapun, tahun 2015 menyaksikan peningkatan sebanyak 34% dari segi bilangan pendaftaran corgi Pembroke; kepopularan corgi di Instagram dikreditkan atas perubahan itu. Corgi Pembroke dikeluarkan daripada senarai Baka Asli Rentan pada tahun 2016.[24][25]

Amerika Syarikat sunting

Pada tahun 1933, corgi Wales pertama dibawa ke Amerika Syarikat oleh pembiak baka Amerika Pn. Lewis Roesler, untuk Merriedip Kennels milik beliau di Berkshire Hills di Massachusetts. Beliau sebelum ini terkenal kerana pembiakbakaan anjing gembala lama Inggeris. Roesler membeli seekor corgi Pembroke, Little Madam, di Stesen Paddington di London dengan harga £12. Dengan keinginan pasangan untuk anjing itu, beliau melawat beberapa buah kenel corgi dan membeli seekor anjing bernama Captain William Lewis. American Kennel Club (AKC) pertama kali mendaftarkan corgi Wales pada tahun 1934 sebagai satu baka tunggal dan Little Madam ialah haiwan berdaftar pertama bagi baka ini. Perinduk pertama didaftarkan kemudian pada tahun itu oleh En. E.M. Tidd di Oakland, California, daripada seekor anjing betina bernama Toots yang telah dibeli oleh beliau di Kanada.[17]

Tidd mengimport Ch. Bowhit Pivot untuk susur galur pembiakbakaan beliau pada tahun 1935, lalu mendaftarkannya dengan AKC sebagai Sierra Bowhit Pivot. Sebagai tambahan kepada gelaran Britishnya, ia menjadi corgi pertama yang dianugerahi status juara di Amerika Syarikat dan anjing sedemikian pertama yang dinamai Best of Group pada pertunjukan pengakuran di Amerika Syarikat. Pembroke Welsh Corgi Club dibentuk pada tahun 1937[17] dan pertunjukan pertama diadakan di Giralda Farms milik Geraldine Rockefeller Dodge di New Jersey. Ikutan Perang Dunia Kedua, import dari United Kingdom termasuk Rozavel Uncle Sam, yang mendominasi litar pertunjukan untuk corgi. Pada tahun 1949, ia menjadi corgi Pembroke pemenang pertama bagi best-in-show dalam pertunjukan pengakuran terbuka di Amerika Syarikat. Menjelang tahun 1998, corgi Wales Pembroke telah menjadi baka ke-37 paling popular anjing di Amerika Syarikat.[26]

Sepasang corgi Wales Cardigan diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1931 tetapi anggota pertama baka itu yang berdaftar dengan AKC ialah Blodwen of Robinscroft pada tahun 1935. Ia tidak pernah mendapat undian di Amerika Syarikat yang diberikan kepada corgi jenis Pembroke. Pada tahun 1997, kira-kira 752 ekor corgi Wales Cardigan didaftarkan dengan AKC berbanding dengan 8,281 ekor corgi Pembroke.[26]

Baka moden sunting

 
Seekor corgi Wales Cardigan (kiri) dan seekor corgi Wales Pembroke (kanan)

Kedua-dua baka corgi Wales, Cardigan dan Pembroke, dinamai sempana kaunti asal susul masing-masing di Wales. Anjing-anjing ini mengongsi beberapa trait serupa, seperti lapis bulu, yang kalis air dan gugur secara purata dua kali setahun. Tubuh corgi Cardigan adalah lebih panjang sedikit daripada yang pada corgi Pembroke; kedua-dua baka mempunyai tungkai pendek, yang meletakkan tubuh dekat dengan tanah.[11][12] Ia tidak mempunyai garis luar begitu berbentuk segi empat sama seperti terier tipikal, dan juga tidak mempunyai tubuh begitu memanjang seperti yang pada dachshund.[27] Hanya perbezaan kecil yang ada dari segi rupa bentuk kepala terlihat; kedua-duanya kelihatan mirip rubah. Kepala corgi Wales Cardigan biasanya lebih besar daripada kepala corgi Pembroke setara dan mempunyai hidung lebih besar.[1] Beberapa hari ikutan kelahiran mungkin diperlukan untuk warna sebenar lapis bulu corgi muncul dan ini jelas terbukti pada anjing dengan tanda-tanda triwarna atau hitam dan sawo matang.[27] Corgi dalam era moden kerap bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Corgi Cardigan dan corgi Pembroke yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan – dikenali secara percakapan sebagai "larian gila".[28] Corgi Wales pernah digunakan untuk menjaga kanak-kanak.[13]

Corgi Wales Cardigan sunting

 
Corgi Wales Cardigan

Perbezaan antara kedua-dua baka termasuk struktur tulang, panjang tubuh, dan saiz. Corgi Cardigan merupakan baka lebih besar antara kedua-duanya dengan telinga membulat besar dan ekor sepanjang 12 inci (30 cm), mirip rubah, dan mengalir terletak separas dengan tubuh.[10] Walaupun corgi Cardigan diizinkan untuk memiliki lebih banyak warna daripada corgi Pembroke, putih tidak patut mendominasi lapis bulunya.[29] Corgi Cardigan ialah anjing berlapis bulu ganda dengan lapis bulu luar yang padat, bertekstur agak kasar, dan sederhana panjang. Lapis bulu bawah anjing ini pendek, lembut dan tebal.[13] Menurut piawaian baka, baka ini berdiri setinggi 10.5–12.5 inci (27–32 cm) pada paras kelasa dan patut berukuran seberat 30–38 paun (14–17 kg). Struktur rangka corgi Cardigan berbeza daripada corgi Pembroke kerana lengkung lebih besar yang wujud pada kedua-dua tungkai hadapan yang sepadan di sekeliling sangkar rusuk haiwan berkenaan. Sebagai tambahan, corgi Cardigan adalah lebih berat daripada corgi Pembroke dengan jisim tulang lebih tumpat.[1]

Bilangan warna bulu lebih banyak terdapat pada baka Cardigan berbanding dengan baka Pembroke dengan piawaian baka yang mengizinkan pelbagai cahaya warna merah, sabel, dan brindle. Penandaan putih dijangkakan pada baka corgi ini dan satu tanda putih dengan lapis bulu hitam diizinkan untuk mempunyai titik-titik sawo matang atau brindle menurut peraturan pertunjukan pengakuran. Penandaan merle terdapat pada baka ini, walaupun ini biasanya terbatas kepada merle biru.[2] Beberapa kriteria penyingkiran digunakan dalam piawaian baka untuk tujuan pertunjukan pengakuran. Ini termasuk telinga labuh, lapis bulu putih, mata biru, atau hidung hitam tidak padu pada anjing tanpa pewarnaan merle.[30]

Corgi Wales Pembroke sunting

 
Corgi Wales Pembroke dalam Corgi Symphony, 2019

Corgi Pembrokes menampilan telinga runcing[8] dan bertubuh agak kecil daripada corgi Cardigan. Ia rendah, cerdas, kuat, dan tegap dengan stamina cukup untuk bekerja seharian di ladang.[29] Ketinggian umum pada paras kelasa ialah 10–12 inci (25–30 cm), manakala anjing jantan baka ini patut mempunyai berat tidak lebih daripada 30 paun (14 kg) dan anjing betina pula seberat 25 paun (11 kg).[1] Ekornya lebih pendek daripada ekor corgi Cardigan yang dapat dicapai melalui pembiakbakaan atau pemotongan ekor.[29] Dari segi sejarah, corgi Pembroke merupakan baka dengan ekor kontot semula jadi (ekor sangat pendek). Oleh sebab kemunculan pemotongan ekor pada anjing,[8] ekor kontot tidak diusahakan secara agresif dengan pembiak baka yang tertumpu, sebaliknya, pada ciri-ciri lain dan ekor itu dipendekkan secara buatan jika perlu. Memandangkan sesetengah negara kini melarang pemotongan ekor, sesetengah pembiak baka sekali lagi mencuba untuk memilih anjing dengan gen untuk ekor kontot semula jadi.[31]

Lebih sedikit warna bulu muncul pada baka Pembroke. Ini termasuk merah, sabel, sawo matang, perang kekuning-kuningan, dan hitam, setiap satunya dapat hadir dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih. Lapis bulu putih atau kelabu kosong juga dapat dilihat, tetapi ini dianggap sebagai kecacatan serius untuk tujuan pertunjukan pengakuran.[2] Walau bagaimanapun, corgi Wales Pembroke tidak mempunyai kriteria penyingkiran khusus yang terdapat dalam piawaian baka.[30]

Corgi Wales Pembroke mempunyai dua lapis bulu yang berbeza-beza dari segi panjang di sepanjang tubuhnya. Lapis bulu pertama ialah lapis bulu dalaman lebih pendek yang kalis terhadap cuaca buruk, manakala lapis bulu luarannya lebih kasar dan lebih panjang, tetapi masih sederhana panjang. Panjang lapis bulunya berbeza-beza pada pelbagai bahagian tubuh. Helaian bulunya cenderung untuk menjadi lebih panjang dan lebih tebal di belakang tungkai hadapan dan tungkai belakang, serta di bawah tubuhnya. Sebagai tambahan, ia kelihatan mempunyai bulu lebih lebat di dada, di leher, dan di bahunya. Cirgi Wales Pembroke mempunyai lapis bulu gugur.[32]

Kesihatan sunting

 
Seekor corgi Wales Pembroke berusia 14 tahun

Menurut Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen The Kennel Club yang dijalankan pada tahun 2004, kedua-dua baka mempunyai purata jangka hayat serupa; umur median semasa kematian ialah 12 tahun 3 bulan untuk corgi Pembroke dan 12 tahun 2 bulan untuk corgi Cardigan. Punca utama kematian adalah serupa pada kedua-dua baka; punca primer merupakan kanser anjing dan usia lanjut. Walau bagaimanapun, baka Pembroke menunjukkan perkadaran kematian lebih tinggi yang diatributkan sama ada kepada kegagalan buah pinggang atau sumbatan uretra.[3][4] Tinjauan itu menunjukkan bahawa baka-baka ini menderitai kadar serupa bagi keadaan kesihatan berterusan dengan satu pengecualian: Manakala lebih daripada seperempat corgi Wales Pembroke yang ditinjau menghidap sesetengah jenis keadaan mata, hanya 6.1% daripada corgi Cardigan menghidapnya.[3][4] Keadaan mata yang tipikal pada baka-baka corgi termasuk atrofi retina progresif, yang berlaku dengan lebih kerap pada anjing berusia lebih daripada enam tahun, dan glaukoma anjing, yang lebih umum pada anjing lebih tua.[33] Katarak pada corgi dapat dirawat dengan pengekstrakan katarak.[34] Peratusan serupa dalam tinjauan itu dilihat pada kedua-dua baka untuk isu-isu yang berkaitan dengan pembiakan, seperti keperluan pembedahan caesar dan pengalaman kehamilan palsu. Keserupaan lanjut juga terlihat berkaitan dengan isu muskuloskeletal, termasuk artritis.[3][4] Walau bagaimanapun, displasia pinggul, yang umum pada sesetengah jenis anjing, adalah jarang pada baka-baka corgi.[33]

Impak kebudayaan sunting

Keluarga diraja British sunting

 
Gangsa Peringatan Permaisuri Bonda di The Mall, oleh Paul Day, yang menunjukkan baginda dengan dua ekor corgi

Ratu Elizabeth II mempunyai hubungan panjang dengan corgi dan baginda dilaporkan telah mengatakan "corgi ialah keluarga".[35] Selepas lawatan kepada Thomas Thynne, Marquess Bath ke-5 pada tahun 1933, Puteri Elizabeth dan Puteri Margaret memaklumkan kepada keluarga mereka bahawa mereka berkenan dengan corgi yang dimiliki oleh sang Marquess.[36][37] Ayahanda mereka, Putera Albert, Duke York (kemudian George VI), membeli corgi Pembroke bernama Rozavel Golden Eagle, daripada kenel Rozavel di Surrey. Ia dinamai semula Dookie.[38]

Puteri Elizabeth kemudian diberi seekor corgi Pembroke milik baginda sendiri, bernama Susan, sempena ulang tahun hari keputerian baginda yang ke-18 pada tahun 1944.[39] Baginda mempunyai hubungan erat dengan anjing itu, yang disembunyikan di bawah permaidani di dalam Pedati Diraja selepas pernikahan baginda dengan Putera Philip.[40] Susan menjadi leluhur bagi semua corgi yang kemudiannya dimiliki oleh keluarga diraja. Sang Ratu membiakbakakan 10 generasi anjing daripada Susan, dengan memiliki lebih daripada 30 ekor anjing secara peribadi, yang sama ada merupakan corgi Wales Pembroke baka tulen atau baka silang corgi/dachshund yang dipanggil dorgi.[41][42] Corgi-corgi berkenaan – dengan nama termasuk Whisky, Sherry, Mint, Dash, dan Disco – tidur di dalam bakul anyam yang diisi dengan kusyen di dalam bilik masing-masing. Diet anjing-anjing ini, yang disediakan oleh "cef gourmet", dilaporkan termasuk daging arnab dan daging lembu segar.[35]

Pada tahun 2018, corgi-corgi terakhir milik Ratu Elizabeth, dan yang diturunkan daripada Susan, dilaporkan telah mati.[43][35] Walau bagaimanapun, pada tahun 2021 semasa sekatan pergerakan COVID-19, putera baginda, Putera Andrew, memberi baginda seekor corgi bernama Muick. Ini diikuti dengan hadiah daripada puteri-puteri kepada Andrew, Beatrice dan Eugenie, seekor lagi corgi bernama Sandy untuk menandakan ulang tahun hari keputerian rasmi ke-95 baginda. Semasa kemangkatan Ratu pada September 2022, Putera Andrew dan bekas isteri baginda, Sarah, Duchess York, perlu menjaga Muick dan Sandy.[35]

Impak kebudayaan lain sunting

Corgi juga telah muncul di layar, di atas pentas, dan dalam novel. Corgi sebagai watak dimasukkan ke dalam fantasi-fantasi buku cerita Corgiville Fair, The Great Corgiville Kidnapping, dan Corgiville Christmas daripada pengarang dan juruilustrati Amerika Tasha Tudor.[44] Pada tahun 1963, corgi dipaparkan dalam filem Walt Disney Little Dog Lost,[45] yang membawa kepada peningkatan kepopularan untuk baka ini di Amerika Syarikat.[46] Adaptasi teater dihasilkan daripada The BFG oleh pengarang Wales Roald Dahl yang melawat United Kingdom secara bersiar-siar pada tahun 1991 memerlukan beberapa ekor corgi berlainan untuk membuat persembahan di atas pentas seperti yang milik Ratu Elizabeth.[47] The Queen's Corgi ialah sebuah filem animasi Belgium yang menggambarkan corgi Ratu.[48]

Dalam anime Cowboy Bebop, kru mempunyai seekor corgi Wales Pembroke amat cerdas, Ein, di atas kapal mereka.[49] Novel grafik Top Shelf, Korgi memainkan tradisi cerita rakyat tentang corgi sebagai haiwan tarikan pari-pari. Novel ini memaparkan "Mollies" (makhluk mirip pari-pari) yang hidup dalam hubungan rapat dengan tanah dan rakan Korgi mereka, yang berdasarkan dan menyerupai baka corgi Wales.[50]

Corgi muncul dalam segmen Ratu Elizabeth II dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012, apabila baginda diiringi oleh James Bond dari Istana Buckingham ke stadium.[51][52]

Siri animasi televisyen Amerika Infinity Train menampilkan sebuah negara corgi antropomorfik yang dikenali sebagai Coriginia yang diperintah oleh Raja Atticus, dengan gaya "Penyatu Corgi Cardigan dan Corgi Pembroke".[53]

Dalam sitkom Amerika Brooklyn Nine-Nine, watak Captain Holt dan Kevin Cozner bersama-sama memiliki seekor corgi Wales Pembroke bernama Cheddar. Cheddar berfungsi sebagai pelega komedi dan membuat kemunculan semula dalam episod-episod tertentu setiap musim.[54][55]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: کورݢي ويل‌س; bahasa Inggeris: Welsh corgi
  2. ^ Jawi: کورݢي, Sebutan bahasa Melayu: [kɔrgi]; Wales: corgi; bahasa Inggeris: corgi, /ˈkɔːrɡi/

Kutipan sunting

  1. ^ a b c d Beauchamp 1999, m/s. 15.
  2. ^ a b c Beauchamp 1999, m/s. 16.
  3. ^ a b c d Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association Scientific Committee (2004). "Summary results of the Purebred Dog Health Survey for the Welsh Corgi Cardigan breed" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  4. ^ a b c d Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association Scientific Committee (2004). "Summary results of the Purebred Dog Health Survey for the Welsh Corgi Pembroke breed" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 April 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  5. ^ "Dog Breeds Journal". Dog Breeds Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  6. ^ "The Queen's Corgis designated a 'vulnerable' breed". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). 8 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2022. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  7. ^ a b Beauchamp 1999, m/s. 7.
  8. ^ a b c d Boorer 1975, m/s. 17.
  9. ^ a b Beauchamp 1999, m/s. 8.
  10. ^ a b Boorer 1975, m/s. 18.
  11. ^ a b McGreevy 1999, m/s. 300.
  12. ^ a b McGreevy 1999, m/s. 301.
  13. ^ a b c Bennett Woolf, Norman. "Welsh Corgis: Small Dogs With Big Dog Hearts" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  14. ^ a b Beauchamp 1999, m/s. 9.
  15. ^ a b c Beauchamp 1999, m/s. 10.
  16. ^ "Local Successes at Crufts'". Hull Daily Mail (dalam bahasa Inggeris) (12901). 10 Februari 1927. m/s. 8. Dicapai pada 21 Januari 2024 – melalui British Newspaper Archive.
  17. ^ a b c Beauchamp 1999, m/s. 13.
  18. ^ Steinkoff, Alan (21 Mac 1953). "Putting on Royal Dog". The Oil City Derrick (dalam bahasa Inggeris) (27636). m/s. 8. Dicapai pada 21 Januari 2024 – melalui Newspapers.com.  
  19. ^ "Supreme Champion At Cruft's". The Times (dalam bahasa Inggeris) (53159). 7 Februari 1955. m/s. 3.
  20. ^ "The Bulldog Breed IS All Wrong". The Times (dalam bahasa Inggeris) (55870). 28 November 1963. m/s. 14.
  21. ^ a b "Comparative Tables of Registrations for the Years 2006-2016 Inclusive: Pastoral" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  22. ^ a b Grossman, Samantha (5 November 2013). "Everybody Panic: Corgis Are On Their Way to Becoming Endangered". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  23. ^ Millward, David (3 November 2013). "Queen's favourite corgi endangered due to Labour law". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  24. ^ Winter, Stuart (12 Oktober 2015). "Corgi popularity on the rise thanks to social media". Daily Express (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  25. ^ Nagesh, Ashitha (7 Februari 2016). "Pembroke Corgis and Old English Sheepdogs are officially no longer endangered". Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  26. ^ a b Beauchamp 1999, m/s. 14.
  27. ^ a b Niccoli 1989, m/s. 6.
  28. ^ Hartnagle-Taylor & Taylor 2010, m/s. 82.
  29. ^ a b c Cunliffe 2000, m/s. 237.
  30. ^ a b Beauchamp 1999, m/s. 17.
  31. ^ Hausman & Hausman 1997, m/s. 275–277.
  32. ^ "Official Standard of the Pembroke Welsh Corgi" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  33. ^ a b Beauchamp 1999, m/s. 93.
  34. ^ Kim, Mu-young (2018). "Phacoemulsification for Cataract Secondary To Persistent Hyperplastic Tunica Vasculosa Lentis And Persistent Hyperplastic Primary Vitreous in a Welsh Corgi". Acta Veterinaria-Beograd (dalam bahasa Inggeris).
  35. ^ a b c d Zeldin-O'Neil, Sophie (11 September 2022). "Prince Andrew and Sarah Ferguson to care for the Queen's corgis". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  36. ^ Pierce, Andrew (1 Oktober 2007). "Hug for Queen Elizabeth's first corgi". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  37. ^ "Royal love affair with animals charted in intimate new shots". Hello (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2014. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  38. ^ "Royal family... and their pets". The Mail (dalam bahasa Inggeris). Adelaide, Australia Selatan, Australia: Perpustakaan Negara Australia. 4 Disember 1954. m/s. 67. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  39. ^ "Family pets" (dalam bahasa Inggeris). The British Monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  40. ^ "Princess, Phillip Take Honeymoon Joy Ride in Jeep". The Milwaukee Journal (dalam bahasa Inggeris). 22 November 1947. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  41. ^ Bennett, Will (10 April 2004). "Queen's moving tribute to her favourite corgi". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  42. ^ Haddon, Celia (20 April 2006). "Her devoted canine companions – cocker spaniels, labradors and, of course, corgis". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  43. ^ "End of an Era: Queen Elizabeth's Last Corgi Has Passed Away" (dalam bahasa Inggeris). 19 April 2018. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  44. ^ "Who is Tasha Tudor?" (dalam bahasa Inggeris). Tasha Tudor Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2016. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  45. ^ "Little Dog Lost" (dalam bahasa Inggeris). Institut Filem British. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2016. Dicapai pada 10 April 2016.
  46. ^ Living, Marin (10 Ogos 1974). "Mr. Snowshoes Has Proven Himself The Best Corgi In West". Daily Independent Journal (dalam bahasa Inggeris). m/s. 38. Dicapai pada 21 Januari 2024 – melalui Newspapers.com. Templat:Openaccess
  47. ^ "Corgis line up for royal role". The Times (dalam bahasa Inggeris) (64128). 18 September 1991. m/s. 6.
  48. ^ Keslassy, Elsa (12 Februari 2018). "Charades pre sells 'The Queen's Corgi' to key territories". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  49. ^ Russell, H.D. (14 Mac 2016). "Cowboy Bebop - Whatever Happens, Happens" (dalam bahasa Inggeris). The Escapist. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2016. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  50. ^ "Christian Slade" (dalam bahasa Inggeris). Top Shelf Productions. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2016. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  51. ^ Brown, Nic (27 Julai 2012). "How James Bond whisked the Queen to the Olympics". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  52. ^ "Action & Mystery exhibition inspired by GREAT British icons" (dalam bahasa Inggeris). Gov.uk. 1 November 2016.
  53. ^ Diarkibkan di Ghostarchive dan di Wayback Machine: "Atticus of Corginia | Infinity Train | Cartoon Network". youtube.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
  54. ^ Cheddar's Best/Fluffiest Moments! | Brooklyn Nine-Nine (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 21 Januari 2024
  55. ^ "Marc Evan Jackson Introduces Real-Life Cheddar To Brooklyn Nine-Nine Fans". News18 (dalam bahasa Inggeris). 28 Mac 2023. Dicapai pada 21 Januari 2024.

Rujukan umum dan kutipan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Baka haiwan Wales