Cinta Jannah

(Dilencongkan dari Drama Cinta Jannah)

Cinta Jannah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, dan Fattah Amin. Siri ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 14 Ogos 2013 dan tamat pada 24 September 2013 menggantikan Demi Dia.[1][2][3]

Cinta Jannah
Genre
PenciptaNurul Hidayah Mohd Yusoff (idea asal)
Ditulis olehEja Lorena
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Nelydia Senrose
Aeril Zafrel
Lagu pembukaanAngin Syurga oleh Misha Omar
Lagu penutupAngin Syurga oleh Misha Omar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal
PenerbitJaspal S. Korotana
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Kuldip Singh
  • Azzalina Azahar
  • Loy Zami
Lokasi
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal14 Ogos 2013 – 24 September 2013
Kronologi
MengikutiDemi Dia
Diikuti olehLove You Mr. Arrogant
Pautan luar
Laman sesawang

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis sunting

Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim).

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sinopsis Cinta Jannah di Slot Akasia TV3". www.budiey.com. August 16, 2013.
  2. ^ "Drama Cinta Jannah gantikan Demi Dia". mStar Online. 13 Ogos 2013. Dicapai pada 11 Februari 2014.
  3. ^ (Hiburan) Slot drama terbaru di Akasia ‘Cinta Jannah’ Galaksi Media (13 Ogos 2013). Dicapai pada 12 Februari 2014.
  4. ^ Cinta Jannah (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 30 September 2019.
  5. ^ "Actress Nelydia Senrose brushes off recent stumble and sashays confidently forward". New Straits Times. 19 September 2016. Dicapai pada 11 Februari 2017.

Pautan luar sunting

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Cinta Jannah Berikutnya
Demi Dia Love You Mr. Arrogant