Pontianak Harum Sundal Malam II

Pontianak Harum Sundal Malam II ialah sebuah filem seram Malaysia 2005 yang telah diarahkan oleh Shuhaimi Baba.[1] Ia diterbitkan oleh Pesona Pictures, dan merupakan filem susulan bagi Pontianak Harum Sundal Malam. Tayangan perdana pada 24 November 2005.[1]

Pontianak Harum Sundal Malam II
PengarahShuhaimi Baba
Penulis
  • Shuhaimi Baba
  • Halina Samad
Dibintangi
Diedarkan olehPesona Pictures
Tarikh tayangan
24 November 2005 (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Selepas kematian Marsani, Meriam terus menghantui seluruh keturunan Marsani. Bermula dengan membuatkan Zali hilang ingatan lalu menghilangkan diri. Serta merampas anak Asmadi kerana beranggapan itu adalah anaknya. Meriam bersumpah untuk membalas dendam selagi miliknya tidak dipulangkan sepenuhnya. Maria kemudian bertemu Joyo, seorang guru kuda kepang, telah diamanahkan untuk menjaganya. Namun begitu, Joyo mengkhianati amanah ini apabila beliau dikuasai nafsu dan ingin memiliki Meriam yg kini telah bersatu dengan Maria. Manakala Bayang kini diamanahkan untuk memujuk Meriam agar mengembalikan semula jasad Maria kepada mereka, sekaligus menamatkan segala dendam diantara Meriam dan keturunan Marsani.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Penampilan khas sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-19 Pengarah Filem Terbaik Suhaimi Baba Menang
Filem Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam 2 Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Rusdi Ramli Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Tercalon
Lakon Layar Terbaik Suhaimi Baba, Halina Samad Tercalon
Cerita Asal Terbaik Suhaimi Baba Tercalon
sinematografi Terbaik Mohd Filus Tercalon
Penyunting Terbaik Kamaruddin Abu Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Shamsul Cairel Tercalon
Penata Seni Terbaik Kamarul Nizam, Aida Buyong Menang
Penata Bunyi Terbaik Ibrahim Ellias Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ida Nerina Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik Ku Seru - Ajai Menang
Pereka Costum/Busana Terbaik Dee Hasnan Tercalon
Poster Terbaik Pesona Pictures Sdn Bhd Tercalon

Lagu tema sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Ku Seru" (nyanyian Misha Omar) Shuhaimi BabaAjai4:25
Jumlah masa: 4:25


Rujukan sunting

  1. ^ a b "Ulasan Filem : Pontianak Harum Sundal Malam 2". www.sultanmuzaffar.blogspot.com. 2005-11-11. Dicapai pada 2020-04-07.

Pautan luar sunting