Sara
Sara ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2001 arahan Along Kamaludin dengan skrip oleh Yasmin Yaacob.[2] Ia mengisahkan Sara, seorang gadis kaya yang ingin membeli sebidang tanah di luar bandar milik Manaf, yang tidak berminat untuk menjual. Dibintangi oleh Ida Nerina dan Shamsul Ghau Ghau,[3] filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2001 dan merupakan keluaran sulung Tayangan Unggul.[4][5]
Sara | |
---|---|
Pengarah | Along Kamaludin |
Penulis | Yasmin Yaacob |
Dihasilkan oleh | (eksekutif)
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Indra Che Muda |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 102 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.3 juta |
Pecah panggung | RM176,080 |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang masalah pembelian tanah di sebuah kampung di Tanjung Harapan. Manaf berasal dari kampung tersebut dan merupakan seorang lelaki yang ringkas tetapi berpendirian tegas. Manaf yang berpendidikan luar negara, pulang ke kampungnya setelah tamat pengajian. Tujuannya pulang ke kampung adalah kerana tidak mahu melihat orang-orang kampung 'disalahgunakan' oleh orang bandar. Manaf juga ada bakat mengukir dan sayangkan binatang. Dia kemudian membuka kolam memancing, mengusahakan chalet dan menjual ikan pekasam. Cerita ini seterusnya menemukan Manaf dengan Sara, seorang gadis lincah dan berpendidikan barat serta mempunyai ego tersendiri. Sara datang ke kampung tersebut untuk membeli tanah, maka bermulalah perkenalan Manaf dan Sara. Sara yang merasa tercabar dengan sikap degil Manaf yang enggan melepaskan tanah miliknya itu bersetuju mengahwini Manaf semata-mata inginkan tanah pusaka Manaf. Pergolakan timbul sebelum dan selepas berkahwin. Biarpun menjadi suami isteri, masing-masing melakukan hal sendiri. Dalam pergolakan itu berputik cinta di hati Sara.
Pelakon
sunting- Ida Nerina sebagai Sara[6][7][8]
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Manaf[9][10][11]
- Zahim Albakri sebagai Johan
- Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Kassim
- Zami Ismail sebagai Pak Mat
- Piee sebagai Pak Bakar
- Soosan Ho sebagai Khaty[12]
- Eja sebagai Rozita
- Loloq sebagai Salleh[13]
- Ropie Cecupak sebagai Zahid
- Kamaliah Mat Dom sebagai Tukang Urut
- Mak Jah sebagai Kaabi
Penerbitan
suntingSara ialah filem sulung terbitan Tayangan Unggul sejak penubuhannya pada 1996.[2][14][15] Ia juga merupakan filem pertama arahan Along Kamaludin selepas berjaya mencipta nama sebagai pelakon.[16][17][18]
Rosyam Nor terpaksa menolak tawaran untuk berlakon watak Manaf kerana terlibat dengan tugas lain. Tempat beliau digantikan oleh Shamsul Ghau Ghau. Nasha Aziz menjalani uji bakat untuk memegang watak Sara. Bagaimanapun Nasha didapati tidak bersesuaian untuk bergandingan dengan Shamsul. Para pelakon menjalani latihan di bawah bimbingan pelakon teater, Fatimah Abu Bakar selama sebulan sebelum penggambaran dimulakan.[19] Kos pembikinan dianggarkan berjumlah RM1.3 juta manakala kos promosinya mencecah RM300,000. Penggambaran dijalankan selama 50 hari di Kuala Lumpur dan 3 lokasi di Perak, iaitu Lenggong, Taiping dan Tapah.[20] Skop Productions milik Yusof Haslam mengendalikan urusan pengedaran.[21][22]
Tema
suntingAkmal Abdullah, menulis untuk Berita Minggu berpendapat bahawa tema yang dipaparkan dalam Sara masih relevan dengan suasana semasa, iaitu permasalahan yang tidak pernah berkesudahan kerana persoalan hak milik tanah yang sering menjadi isu sejagat.[23]
Keluaran dan sambutan
suntingSara pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mei 2001,[2] bagaimanapun ia dikeluarkan secara rasmi pada 28 Jun 2001.[5][24] Majlis pratonton filem ini diadakan di pawagam TGV, Suria KLCC, beberapa hari sebelum tayangan perdana rasmi.[25] Kutipan yang diterima untuk filem ini ialah sebanyak RM176,080.[26]
Anugerah
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2001 | Festival Filem Malaysia ke-15 | Pengarah Harapan | Along Kamaluddin | Menang |
Rujukan
sunting- ^ "Catatan penerbitan Sara". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2008. Dicapai pada 7 Februari 2013.
- ^ a b c Hanisah Selamat (11 Mac 2001). "Sara jadi bukti kebolehan Along". Berita Minggu. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Daut Noor (21 Februari 2001). "Shamsul, Ida berpasangan dalam Sara". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "(Khabarnya...)". Berita Harian. 4 Februari 2001. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ a b Zul Husni Abdul Hamid (27 April 2001). "Sara mula tayang Jun ini". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Hartati Hassan Basri (5 Mac 2001). "Diri Ida dalam Sara". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Hanisah Selamat (1 Jun 2001). "Eja gusar tunggu Sara". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Izza Safinaz Ibrahim (5 Julai 2001). "Sara bawa Ida mengembara". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Nor Akmar Samudin (5 Mac 2001). "Shamsul sahut cabaran". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (9 Mac 2001). "Shamsul tempuh pengalaman baru dalam Sara". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Nor Akmar Samudin (21 Jun 2001). "Shamsul sahut cabaran demi Sara". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Soosan Ho bukti artis bukan Melayu berbakat". Berita Harian. 6 Mac 2001. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Bakal muncul di filem". Berita Harian Singapura. 1 Mac 2001. m/s. 10.
- ^ "Sara - Karya generasi muda". Utusan Malaysia. 6 Julai 2018. Dicapai pada 4 Januari 2011.
- ^ Meor Shariman (25 Jun 2001). "Along's big gamble" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Akmal Abdullah (23 Jun 2001). "Komedi Sara bersahaja, matang". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Sara... menguji pengarah muda". Utusan Malaysia. 2 Mac 2001. Dicapai pada 3 Januari 2011.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (22 Jun 2001). "Sara - Bukan filem percubaan Along". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Januari 2011.
- ^ "Filem Sara dihasilkan dalam diam-diam". Utusan Malaysia. 11 Mac 2001. Dicapai pada 4 Januari 2011.
- ^ Hanisah Selamat; Zul Husni Abdul Hamid (6 Mac 2001). "Belanja produksi Sara hanya RM1 juta". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Nor Akmar Samudin (19 April 2001). "Yusof giat promosi Sara". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Skop Production edar filem Sara". Utusan Malaysia. 20 April 2001. Dicapai pada 4 Januari 2011.
- ^ Akmal Abdullah (1 Julai 2001). "Sara sentuh jiwa penonton". Berita Minggu. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Opie (29 Jun 2001). "Sara kisah dua budaya". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Ellyna Ali (24 Jun 2001). "Muslihat Sara kuasai tanah pusaka Manaf". Berita Minggu. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Sani Salleh (7 Julai 2001). "Kutipan Sara sederhana". Harian Metro. Dicapai pada 4 Januari 2020.