Henry V dari England
Henry V (Bahasa Wales: Harri V) (16 September 1387 – 31 Ogos 1422[1][2]) juga dipanggil sebagai Henry dari Monmouth adalah Raja England bermula pada tahun 1413 sehingga kematian beliau pada tahun 1422. Beliau merupakan raja England kedua dari kerabat Lancaster. Meskipun tempoh pemerintahan beliau yang singkat, kejayaan besar pasukan tentera Henry dalam Perang Seratus Tahun menentang Perancis, terutamanya kemenangan terkenal beliau dalam Pertempuran Agincourt pada tahun 1415, menjadikan England salah sebuah kuasa tentera terkuat di Eropah.[3] Seperti dioperakan oleh Shakespeare, Henry diingati dan dirayakan sebagai salah seorang raja-pahlawan terhebat dari England pada Zaman Pertengahan.
Henry V | |
---|---|
![]() | |
Raja England (lagi...) | |
Pemerintahan | 21 Mac 1413 – 31 Ogos 1422 (9 tahun, 163 hari) |
Kemahkotaan | 9 April 1413 |
Didahului oleh | Henry IV |
Diikuti oleh | Henry VI |
Pemakaman | Westminster Abbey, London |
Pasangan | Catherine dari Valois |
Anakanda | Henry VI dari England |
Kerabat | Kerabat Lancaster |
Ayahanda | Henry IV dari England |
Bonda | Mary de Bohun |
Pada zaman remaja beliau, iaitu zaman pemerintahan ayah beliau Henry IV, Henry memperolehi pengalaman ketenteraan berperang dengan Welsh dalam pemberontakan Owain Glyndŵr dan menentang bangsawan keluarga Percy dari Northumberland yang berkuasa dalam Pertempuran Shrewsbury. Henry mendapat dan meningkatkan pengaruh dalam kerajaan England di sebabkan masalah kesihatan raja yang semakin memburuk, akan tetapi perselisihan antara ayah dan anak mengakibatkan konflik politik kepada kedua-duanya. Selepas bapa beliau meninggal dunia pada tahun 1413, Henry menaiki takhta dan meneruskan tuntuan England ke atas takhta Perancis yang tertangguh buat sekian lama.
Pada tahun 1415, Henry memulakan perang dengan Perancis di sebalik Perang Seratus Tahun yang masih berlangsung (1337–1453). Kejayaan ketenteraan beliau diraih dengan kejayaan terkenal beliau dalam Pertempuran Agincourt (1415) dan menyaksikan beliau hampir menakluk seluruh Perancis. Mengambil kesempatan daripada pepecahan politik di Perancis, beliau menakluk sebahagian besar wilayah Perancis dan Normandy kemudian diduduki oleh orang Inggeris buat kali pertama sejak tahun 1345–1360. Selepas berbulan-bulan berunding dengan Charles VI dari Perancis, Perjanjian Troyes (1420) mengakui Henry V sebagai pemangku raja dan pewaris raja ke atas takhta Perancis. Beliau kemudian mengahwini anak perempuan Charles, Catherine dari Valois.
Berdasarkan perjanjian ini, kelihatan seolah-olah ia akan menghasilkan sebuah kesatuan antara kerajan beraja Perancis dan England, bagi Raja Henry. Kematian secara tiba-tiba dan tidak dijangka di Perancis dua tahun kemudian membawa England kepada pertikaian berpanjangan bagi penganti dan juga anak lelaki beliau yang masih bayi,[4] yang memerintah sebagai Henry VI di England dan Henry II di Perancis.
NotaSunting
- ^ a b c Allmand, Christopher (September 2004). "Henry V (1386/7–1422)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford, England: Oxford University Press.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanHenryV
tidak disediakan - ^ Ross, C. (1999-07-28). "Henry V, king of England". Encyclopædia Britannica.
- ^ Ross 1999.
RujukanSunting
- Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.
- Henry V. The Practice of Kinship, edited by G.L. Harris (Oxford, 1985)
- P. Earle, The Life and times of Henry V (London, 1972)
- H.F. Hutchinson, Henry V. A Biography (London, 1967)
- Juliet Barker, Agincourt: Henry V and the Battle That Made England (London, 2005)
- J.H. Fisher, The Emergence of Standard English (Lexington, 1996)
- Ian Mortimer, 1415: Henry V's Year of Glory, (Bodley Head, London, 2009)
Pautan luarSunting
- J. Endell Tyler. Henry of Monmouth:Memoirs of Henry the Fifth Volume 1, Volume 2 at Project Gutenberg
- Templat:Genealogics name
- Henry V Chronology
- About.com - Biography of Henry V
- Britannia: Monarchs of England - Henry V
- Columbia Encyclopedia: Henry V
- Official site of the Royal family: Henry V
- A BBC piece presenting an alternative version of Henry V
- Interview by Jason McCrossan with author Ian Mortimer about Henry V 1415
- Illustrated history of Henry V
- Karya oleh atau mengenai Henry V dari England di perpustakaan (katalog WorldCat)
|