Kampung Lot Seri Jaya

Kampung Lot Seri Jaya merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Binjai, Kemaman dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Lot Seri Jaya
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Lot Seri Jaya
Mohor rasmi Kampung Lot Seri Jaya
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Daerah Kemaman
MukimChukai
KampungKampung Lot Seri Jaya
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
24000
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Lot Seri Jaya di Peta Google

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Kedatangan penduduk dari Daerah Besut dan Kelantan telah membuka Kampung Lot Seri Jaya pada tahun 1973

Sebelum dikenali sebagai Kampung Lot Seri Jaya, ia dikenali sebagai Kampung Che Lah disebabkan saorang hartawan yang bernama Abdullah Bin Ibrahim dan keluarganya menetap disini.

Kampung ini sebenarnya telah diterokai sejak awal tahun 1960 oleh beberapa penduduk yang berasal dari daerah Marang, Kuala Terengganu dan warga tempatan sendiri seperti Allahyarham Muda Ali, Allahyarham Zainal dan Allahyarham Syed Yahya.

Disebabkan peluang perkerjaan amat susah, mereka meninggalkan kampung dan kembali semula pada pertengahan tahun 1974 dan bersama sama membangun kampung.

Mohd Zin @ Nordin Abd Rahman telah menukar nama kampung ini pada tahun 1973 memandang sudah empat kali kampung ini dibuka tetapi tidak berjaya.

Kampung Lot Seri Jaya ditadbir oleh J3K Kg. Batu 4. Binjai.

Ketika pilihanraya umum 1974 terdapat 40 peratus penduduk kampung menyokong parti PSRM yang dipimpin oleh Kassim Ahmad.

Surau Kampung Lot Seri Jaya dibina pada Tahun 1975

Pada tahun 1975 dua unit pasukan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan.

Satu unit menggunakan alamat Kg Che Lah dan satu lagi alamat Kg. Lot Seri Jaya.

Air bersih mula disalur pada Tahun 1978

Tenaga letrik mula dipasang pada Tahun 1978

Jalan laterit mula dibina Tahun 1978

Menteri Pertanian, YB Datuk Sharif Ahmad menyerah sijil lembu pawah kepada penduduk kampung pada Tahun 1978

Balairaya dibina pada Tahun 1979

Gelanggang Batminton / Takraw dibina pada Tahun 1980

Jalan berturap dibina pada Tahun 1982

Pada Tahun 1993 remaja Kampung Lot Seri Jaya telah menubuhkan persatuan belia yang dinamakan Persatuan Belia Seri Jaya.

Pada Tahun 1994 mereka menubuhkan Cawangan UMNO Kg Lot Seri Jaya.

Setelah tersiarnya berita dalam ruangan Forum Berita Harian, “ Penduduk Kampung Lot Seri Jaya Mahukan Kemajuan” maka jalan masuk yang lebih selesa dibina pada Tahun 1995

Pada Tahun 1996 Kampung Lot Seri Jaya terpilih mewakili Kampung Batu 4 menyertai pertandingan kebersihan dan keindahan kampung peringkat daerah Kemaman.

Selepas Pilihanraya Umum ke 10 Tahun 1999 pentadbiran kerajaan telah berpindah dari Barisan Nasional kepada PAS telah menyaksikan pengurusan kampung juga bertukar kepada Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)

Pada Pilihanraya Umum ke 11 Tahun 2004 Barisan Nasional kembali memerintah Negeri Terengganu

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai dengan rasminya dibuka pada 1 Januari 2005

Tahun 2006 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K ) Kampung Lot Seri Jaya telah diwujudkan.

YM Tuan Kechil Tuan Tengah dilantik sebagai Pengerusi J3K yang pertama.

Pada Tahun 2010 sebuah Balairaya baru dibina.

Pada Januari 2014 Surau Kampung Lot Seri Jaya dibaik pulih.

1 Januari 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Jaya (SKSJ) dibuka.

Pada April 2014 pertukaran Pengerusi J3K diantara Mukhatar A. Rahman menggantikan YM Tuan Kechil Tuan Tengah.

Pada April 2014 Perserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Lot Seri Jaya membuat bayaran pendaftaran untuk memilik tanah RTB.

Pada Jun 2014 Komuniti Sihat Permata Negara (KOSPEN) telah ditubuhkan

Pada Oktober 2014 Balairaya telah diubahsuai dengan pembinaan stor tambahan dengan kos bernilai RM20 Ribu

Pada Oktober 2014 tempat memasak dan stor Surau telah di baiki dengan dengan kos bernilai RM20 Ribu.

Pada Jun 2015 Pejabat Daerah Kemaman telah menimbun tanah di perkarangan Balairaya baru.

Menimbun batu crusherun di perkarangan Balairaya pada 5 Oktober15

Membina gelanggang takraw di perkarangan Balairaya pada 14 Oktober15

1 Oktober 2015 pergabungan diantara Kg Lot Seri Jaya dan Taman Koperasi Perdana di bawah pentadbiran J3K Kg Lot Seri Jaya dengan melantik dua orang wakil dari Taman Koperasi Perdana menyertai Jawatankuasa J3K Kg Lot Seri Jaya

Penambahan tiga orang wakil dari Taman Koperasi Perdana berkuatkuasa 1 Ogos 2016

Surau Sementara Taman Koperasi Perdana dibuka pada 11 Mei 2017

Menubuh Jawatankuasa Sementara Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Koperasi Perdana pada 13 Mei 2017

Membina Pos Kawalan Keselamatan (Sementara) Taman Koperasi Perdana pada 21 Julai 2017


Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Lot Seri Jaya, Chukai, Terengganu adalah 24000.[4]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2018-01-04.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-01-04.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-01-04.
  4. ^ Carian Poskod