Kampung Mengabang Panjang

Kampung Mengabang Panjang merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Mengabang Panjang
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Mengabang Panjang
Mohor rasmi Kampung Mengabang Panjang
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
MukimKuala Nerus
KampungKampung Mengabang Panjang
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21020
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Mengabang Panjang di Peta Google

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Kampung ini dahulunya dikenali dengan Kampung Merabang Panjang. Orang yang bertanggung jawab atau pengasas kepada pembukaan kampung ini ialah Encik Mina bin Ismail. Kampung ini dipercayai telah dibuka pada awal tahun 1825.

Mina bin Ismail adalah berketurunan Pattani, Thailand yang bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau juga telah berlayar ke merata ceruk hinggalah berkahwin dengan seorang gadis di Batu Rakit Pantai. Setelah tinggal menetap disitu, Mina terus menjadi seorang nelayan yang setia mengunjungi pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Bidong, Pulau Redang dan Pulau Karah untuk menangkap ikan.

Suatu hari, ketika beliau berlayar balik dari menangkap ikan di sekitar Pulau Bidong ke Batu Rakit, ribut dan angin tenggara telah melanda. Beliau telah mengambil keputusan untuk mendarat di pantai berhampiran.

Setelah angin reda, beliau telah mengamati dan amat terpesona dengan kawasan pantai sekitarnya yang amat cantik. Mina berfikir untuk menjadikan kawasan itu sebagai tempat tinggalnya. Sejak hari itu, beliau sentiasa singgah di pantai itu dan mula membuat pondok serta menanam berbagai jenis pokok seperti pokok Nyiur(Kelapa), pokok Rhu(Cemara) dan pokok Jambu Butir Banyak(Jambu Batu).

Sebulan kemudianya, Mina telah membawa bersama isterinya untuk tinggal di tempat yang baru tersebut. Selepas itu, barulah Mina menjemput beberapa rakannya untuk berkampung bersamanya di situ yang kedudukannya hampir setentang dengan kedudukan Pulau Bidong.

Pada peringkat awalnya, kampung ini hanya diduduki oleh sekitar sepuluh keluarga sahaja. Mereka terdiri daripada keluarga Mina bin Ismail, Abdullah bin Mamat, Mamat bin Ismail, Kassim bin Awang, Jusoh bin Yunus, Mamat Kope, Pek Tam Chik, Tok Bulat, Tahir bin Mina dan Ismail Tangkok.

Kampung ini mula dibuka sepenuhnya setelah Mina bin Ismail dan Ismail bin Tangkok bersetuju menamakan kampung ini. Kampung Merabang Panjang ini pada asalnya diambil sempena sebatang sungai yang mengalir dari Bukit Pecah Rotan ke Laut China Selatan yang mana di muaranya sejajar dengan pesisir pantai kampung berkenaan. Merabang pula adalah sebutan dan bahasa kampung yang merujuk kepada sungai yang bersaiz kecil(anak sungai). Seperti sesetengah negeri menyebutnya sebagai parit tetapi ada juga di sesetengah negeri menyebutnya paya.

Sungai yang panjang dari Mengabang Lekor mengalir sejajar persisir pantai kampung itu. Melihat hal ini, maka kedua-dua orang ini mencadangkan namanya "KAMPUNG MERABANG PANJANG" ikut sebutan orang kampung ketika itu. Bagaimanapun, sekitar tahun 1970an, ianya mula ditukar pula oleh pihak berwajib dengan nama "KAMPUNG MENGABANG PANJANG"v yang akhirnya terkenal hinggalah sekarang.

Kampung ini mempunyai pantai yang sangat cantik dan terpelihara daripada hakisan.

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21020.[4]


Rujukan sunting

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2017-12-23.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
  4. ^ Carian Poskod

Pautan luar sunting