Charles-Louis de Secondat, Baron de La Brède et de Montesquieu, atau lebih dikenali dengan nama pendeknya Montesquieu (18 January 1689 – 10 February 1755), merupakan seorang hakim, cendekiawan dan filsuf politik dari Perancis.

Montesquieu
Lakaran awanama bertarikh 1728
Kelahiran18 Januari 1689
Meninggal dunia10 Februari 1755(1755-02-10) (umur 66)
Paris, Perancis
EraFalsafah abad ke-18
FalsafahFalsafah Barat
SekolahPembaharuan
Liberalism klasik
Kepentingan utama
Falsafah politik
Idea cemerlang
Pemisahan kuasa-kuasa pemerintah/kerajaan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman

Beliau dikenali atas penerangannya mengenau teori pemisahan kuasa yang diterapkan dalam banyak perlembagaan diggubal dalam negara-negara seluruh dunia.

Biografi sunting

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga pentadbir kepada Jacques de Secondat (1654-1713) dan Marie-Françoise de Pesnel (1665-1696), baronne de La Brède. Beliau sendiri anak saudara Jean-Baptiste de Secondat, Baron de Montesquieu. Setelah menghabisi persekolahannya mengaji bidang perundangan di collège de Juilly, beliau terlibat dalam parlimen Bordeaux pada tahun 1714.

Beliau mula dibesarkan ketika dua peristiwa penting dalam kerajaan-kerajaan paling penting di Eropah: Kerajaan England mengisytiharkan diri sebagai suatu kerajaan berperlembagaan berikutan suatu revolusi penting yang bergolak dalam negeri tersebut, serta penggabungan kerajaan-kerajaan ia dan Scotland pada tahun 1707 untuk membentuk Kerajaan Great Britain. Di Perancis pula, kemangkatan Raja Louis XIV pada tahun 1715 setelah usia yang sangat panjang membawa kepada suatu pemerintahan berwakil memandangkan putera yang mengambil alih takhtanya, Louis XV sangat muda. Kedua-dua perubahan kerajaan ini sangat mempengaruhi pemikiran Montesquieu sehingga beliau banyak memetik kepada kedua-dua perkara ini dalam penulisannya.

Beliau meninggal pada 10 Februari 1755 akibat demam panas. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Sainte-Geneviève Gereja Saint-Sulpice di Paris.

Pemikiran sunting

Bidang sejarah sunting

Montesquieu melihat peristiwa sejarah lebih boleh diringkaskan kepada suatu pergerakan yang utama.[perlu rujukan]

Bidang politik sunting

Montesquieu menyatakan terdapat dua kuasa kerajaan atau pemerintah yang wujud iaitu melalui penguasa (yakni dalam seseorang tokoh seperti raja atau sultan dan pentadbiran; kuasa yang memerintah dibahagikan kepada badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman di mana ketiga-tiga cabang ini saling diasingkan antara satu sama lain tanpa melebihi satu kepada yang lain. Idea ini dianggap radikal pada zamannya memandangkan ia menyingkirkan peranan cabang pihak yang berpengaruh dalam kerajaan Perancis feudal pada ketika itu, iaitu agamawan, bangsawan dan rakyat yang kesemuanya diwakili Estates-General.

Senarai karya sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ousselin, Edward (2009). "French Political Thought from Montesquieu to Tocqueville: Liberty in a Levelled Society? (review)". French Studies: A Quarterly Review. 63 (2): 219.
  2. ^ Montesquieu. "Ms 2500 : Arsace et Isménie". Bibliothèque municipale de Bordeaux.
  3. ^ Voir Montesquieu, Œuvres et écrits divers II (Œuvres complètes, t. VIII), Oxford, Voltaire Foundation, 2003.

Pautan luar sunting