Ulang tahun perkahwinan

Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri.

Ulang tahun ke-25 (perak) atau ke-30 sering ditunggu-tunggu oleh keluarga baru, (dengan percutian keluarga), memandangkan betapa seringnya waktu ini serentak dengan berakhirnya fasa menjaga anak.

Beberapa kumpulan besar dalam masyarakat, terutamanya keluarga kembangan (termasuk cucu), mungkin mahu menyambut keraian seterusnya, seperti sambutan ulang tahun ke-40, ke-50 dan ke-60.

Adat sambutan mengikut kawasan sunting

Di United Kingdom dan serta negara-negara Komanwel, seseorang boleh menerima pesanan dari Ratu Elizabeth II bagi ulang tahun perkahwinan yang ke-60, 65, dan 70 serta mana-mana tahun selepas yang ke-70.[1] Ini boleh dilakukan dengan memohon kepada pihak Istana Buckingham, atau kepada pejabat Jeneral Gabenor negara komanwel.[2]

Di Kanada, seseorang boleh menerima pesanan daripada Jeneral Gabenor bermula pada ulang tahun ke-50 dan setiap lima tahun hingga tahun yang ke-60, lalu anda akan berpeluang menerima petisyen daripada Ratu Elizabeth II seperti negara Komanwel lain.[3]

Di Amerika Syarikat, seseorang boleh menerima ucapan daripada Presiden bagi mana-mana ulang tahun selepas yang ke-50. [4]

Di Australia, seseorang boleh menerima surat dari Jeneral Gabenor dan Perdana Menteri terkini atas ucapan tahniah bagi ulang tahun ke-60.[5]

Hadiah tradisonal
Tahun Britain Amerika Moden
Pertama Kertas Kertas Jam
ke-2 Kapas Kapas Tembikar
ke-3 Kulit haiwan Kulit haiwan Kristal, Kaca
ke-4 Buah, Bunga Linen, Sutera Perkakas rumah
ke-5 Kayu Kayu Barangan perak
ke-6 Gula Besi Kayu
ke-7 Kapas, Tembaga Kapas, Temaba Set meja
ke-8 Gangsa, Pasu Gangsa Linen, Tali
ke-9 Pasu, Dedalu Pasu Kulit haiwan
ke-10 Timah Timah, Aluminium Berlian
ke-11 Keluli Keluli Barang kemas fesyen
ke-12 Sutera, Linen Sutera Mutiara, Batu berwarna
ke-13 Tali Tali Tekstil, Bulu
ke-14 Gading Gading Barang kemas emas
ke-15 Kristal Kristal Jam tangan
ke-16 Tungsten Kutleri perak
ke-17 Firus Perabot
ke-18 Porselin
ke-19 Gangsa
ke-20 Tembikar Tembikar Platinum
ke-25 Perak Perak Perak sterling
ke-30 Mutiara Mutiara Berlian
ke-35 Karang Karang, Jed Jed
ke-40 Delima Delima Delima
ke-45 Nilam Nilam Nilam
ke-50 Emas Emas Emas
ke-55 Zamrud Zamrud Zamrud
ke-60 Berlian Berlian Berlian
ke-65 Nilam Bintang Nilam Bintang Nilam Bintang
ke-70 Platinum Platinum
ke-75 Berlian Berlian Berlian
ke-80 Oak Oak Berlian, Mutiara
ke-90 Granit Granit Berlian, Zamrud

Rujukan sunting

  1. ^ "Who is entitled?". The Monarchy Today. Dicapai pada 2007-05-17.
  2. ^ "Wedding anniversaries". The Monarchy Today. Dicapai pada 2007-05-17.
  3. ^ "Messages from the Governor General and Her Majesty The Queen". The Governor General. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-27. Dicapai pada 2007-10-24.
  4. ^ "White House Greeting". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-04. Dicapai pada 2007-05-17.
  5. ^ "Wedding anniversary achievements by country". Dicapai pada 2021-08-09.

Pautan luar sunting