Sony LocationFree ialah sebuah jenama bagi kumpulan produk dan teknologi berkaitan dengan penstriman media yang dipasarkan sekitar tahun 2004 hingga 2007. Ianya menggunakan sambungan Internet bagi penstriman saluran television (termasuklah saluran digital dan satelit) atau kandungan media melalui DVD atau DVR yang dimainkan melalui rangkaian di rumah[3]. Selain itu, LocationFree ini juga boleh dipasang melalui konsol PlayStation Portable bagi membolehkan kandungan media yang distrim diperlihatkan[1].

Sony LocationFree
Stesen utama model LF-PK1.
Jenis produkMedia penstriman, Unit rangkaian[1]
PemilikSony
Diperkenalkan2004
Ditamatkan2023[2]
SloganWherever you go, your home entertainment will follow

Terdapat dua komponen utama dalam rangkaian LocationFree ini; stesen utama LocationFree ialah unit asas yang menyambungkan kesemua peranti media di dalam rumah yang ingin distrim seperti pemain cakera DVD atau kotak atas set dan unit ini akan disambung ke Internet bagi penstriman dari jauh. Komponen kedua ialah klien atau penerima iaitu mana-mana peranti sesuai yang boleh memaparkan kandungan media yang distrim melalui stesen utama LocationFree seperti penerima media LocationFree, konsol PlayStation Portable atau komputer.

Sony mengumumkan penamatan perkhidmatan fungsi "Net AV" yang menawarkan perkhidmatan penstriman kandungan media melalui sambungan Internet, di mana produk di bawah jenama LocationFree ini tidak lagi boleh digunakan selepas 28 Februari 2023[2].


Sejarah sunting

Seawal tahun 2000, Sony memperkenalkan terma "Airboard", iaitu produk dan teknologi berkaitan dengan televisyen IT peribadi yang bakal dipasarkan untuk pasaran Jepun[4]. Salah satu ciri daripada produk "Airboard" ialah membolehkan pengguna mengakses maklumat dan kandungan media di mana-mana sahaja di dalam rumah menerusi kaedah "location free access"[4][5]. Produk seumpama iPad ini dikatakan gagal mendapat tempat di pasaran oleh kerana harga jualan yang terlalu mahal[6], selain daripada kurang sokongan daripada pihak pengurusan Sony itu sendiri[6].

Disebabkan kegagalan Airboard, Sony bertindak dengan mengubah produk ini kepada LocationFree[7], yang menawarkan pengalaman menonton televisyen dan kandungan media lain di mana-mana sahaja. Menurut Satoru Maeda, ketua bagi produk Sony LocationFree TV pada ketika itu[5], beliau mempunyai visi untuk mengubah cara pengguna berinteraksi dengan televisyen, di mana beliau merasakan bahawa pengalaman pengguna berinteraksi dengan televisyen masih lagi berada di takuk lama apabila mereka perlu berada di depan televisyen itu sendiri jika ingin menonton[8].

Produk LocationFree mula didedahkan kepada umum dalam acara Ekspo Electronik Kepenggunaan (CES 2004) di Amerika Syarikat[9]. Ianya terdiri daripada tiga peranti; unit asas, paparan skrin sesentuh bersaiz 12 inci dan paparan peribadi bersaiz 5.8 inci[9]. Unit asas yang dipertunjukkan ini menyokong sambungan rangkaian tanpa wayar berjenis 802.11a/b/g[10]. Perbezaan ketara di antara produk LocationFree yang ditayangkan ini dengan produk Airboard ialah pengguna boleh membawa paparan peribadi dan menonton kandungan media atau saluran televisyen dari mana-mana sahaja di luar rumah, berbanding Airboard yang mengehadkan tontonan menggunakan rangkaian di dalam rumah[10].

Ujian percubaan perkhidmatan dan produk LocationFree telah dijalankan oleh Sony di Jepun pada 12 Februari 2005, di mana pengguna boleh melihat sendiri fungsi LocationFree[11]. Dalam ujian ini, Sony menggunakan unit LocationFree dengan nombor model "LF-X1" dan "LF-X5", dan melakukan penstriman secara langsung rakaman video dari lokasi Amerika Syarikat dan Osaka, Jepun[11]. Steve Wozniak, pengasas bersama syarikat Apple juga dilaporkan pernah memiliki unit terawal LocationFree semasa beliau melakukan lawatan ke Jepun[12], mengatakan bahawa "ianya sangat mengagumkan apabila...berjalan-jalan sambil menonton televisyen".

Pada bulan Julai 2007, Sony melancarkan model pertama LocationFree selepas ianya diintegrasi bersama jenama VAIO. Model VAIO LF-V30 merupakan unit asas LocationFree dan mula dipasarkan pada bulan September tahun yang sama dengan harga pengenalan $250[13].


Perkakasan sunting

Unit utama sunting

Unit utama atau stesen utama LocationFree adalah unit yang menyambungkan kepada beberapa pemain media bagi tujuan penstriman kandungan media yang dipasang pada alatan media tersebut[14]. Menerusi unit utama ini, kandungan media digital yang dimainkan boleh distrim secara langsung kepada klien yang menyokong ciri LocationFree seperti komputer atau PlayStation Portable yang dipasang dengan perisian LocationFree Player. Unit ini juga boleh disambung kepada jaringan yang menyediakan sambungan Internet bagi membolehkan kandungan media digital distrim melalui unit utama LocationFree kepada klien dari luar rangkaian rumah, membolehkan pengguna menonton kandungan media dari mana-mana sahaja.

LF-PK1
Model LF-PK1 mula diperkenalkan kepada umum pada bulan Oktober 2005 untuk pasaran Jepun, pasaran Amerika Syarikat pada bulan Januari 2006[15] dan pasaran Eropah pada bulan Mei 2006[14]. Terdapat modul jaringan tanpa wayar 802.11b/g, di mana unit ini boleh dijadikan sebagai titik capaian (AP) apabila disambungkan kepada penghala rangkaian di rumah[16]. Model ini hanya boleh mendaftar sehingga empat klien berasingan, namun begitu tiap-tiap klien memerlukan lesen berasingan bagi mengaktifkan perisian LocationFree Player dan memaparkan kandungan yang distrim melalui unit ini[16].
Pada bulan Februari 2006, model LF-PK1 ini telah dianugerahkan penganugerahan utama NetKADEN anjuran Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun[15], yang mengiktiraf produk, industri atau komoditi Jepun yang memberi kepentingan kepada ekonomi serantau serta kebaikan kepada pengguna[17].
LF-PK20
Model LF-PK20 menawarkan beberapa ciri tambahan selain penambahbaikan berbanding model terdahulu. Model ini menggunakan fungsi pemampatan video berjenis MPEG4 (H.264)[18], yang menawarkan paparan video yang lebih berkualiti walaupun distrim melalui sambungan rangkaian yang perlahan[19]. Selain itu, model ini juga menyokong pengekodan MPEG-2 yang biasanya digunakan dalam DVD yang memaparkan paparan imej yang lebih baik apabila ditonton secara langsung menggunakan jaringan di rumah[18].
Model ini mula dipasarkan untuk pasaran di Jepun bermula 20 Oktober 2006[19].
LF-B10 dan LF-B20
Model LF-B10 dipasarkan serentak bersama model LF-B20 dan produk terbaru di bawah jenama LocationFree iaitu LocationFree TV Box (LF-BOX1)[20] bermula Oktober 2006. Perbezaan di antara kedua-dua model ini ialah model LF-B10 hanya menggunakan sambungan Ethernet sahaja bagi menyambungkan unit ini kepada jaringan di rumah[21], manakala model LF-B20 memiliki sambungan tanpa wayar 802.11a/b/g[22] yang membolehkan ianya disambungkan kepada penghala secara tanpa wayar selain terdapat sambungan Ethernet[22]. Model ini menggunakan fungsi pemampatan video berjenis MPEG4 (H.264), berbanding MPEG-2 yang digunakan pada model terdahulu[21].
LF-V30
Tidak banyak penambahbaikan yang ditambah dalam model ini berbanding model LF-B20. Ciri utama yang ditambah dalam model ini ialah penambahan komponen video berdefinisi tinggi[23]. Selain itu, model ini merupakan model pertama di bawah jenama LocationFree yang kini telah diintegrasikan bersama jenama VAIO[23].

Penerima sunting

LocationFree TV
Pada bulan Oktober 2004, Sony mula memasarkan unit penerima LocationFree TV, iaitu panel televisyen LCD mudah alih yang memaparkan kandungan media yang distrim daripada unit asas LocationFree secara tanpa wayar atau menggunakan sambungan Ethernet[24]. Terdapat dua model yang ditawarkan iaitu model LF-X1 yang menawarkan paparan skrin bersaiz 12.1 inci dan LF-X5 yang menawarkan paparan skrin bersaiz 7 inci[24][25]. Selain daripada memaparkan kandungan media dari unit asas, LocationFree TV juga boleh digunakan untuk melayari laman web atau menyambungkan kad ingatan Memory Stick dan melihat kandungan media di dalamnya[26].
LocationFree TV Box
LocationFree TV Box dengan nombor model LF-BOX1 merupakan unit penerima yang berfungsi menerima kandungan yang distrim menerusi unit utama LocationFree[20]. LF-BOX1 ini disambung kepada televisyen melalui sambungan RCA dan menerima kandungan penstriman daripada unit asas melalui sambungan Ethernet[27]. Menurut Sony, produk ini dipasarkan kepada pengguna yang ingin melihat kandungan dari unit asas LocationFree namun tidak memiliki komputer yang dipasang dengan perisian LocationFree Player. Unit penerima ini mula dipasarkan serentak dengan unit asas model LF-B10 dan LF-B20 bagi pasaran Eropah bermula pada bulan Oktober 2006[27].


Perisian sunting

NetAV sunting

NetAV ialah sejenis fungsi yang membolehkan unit asas LocationFree yang disambung kepada rangkaian di rumah distrim melalui sambungan Internet dari mana-mana lokasi luar rumah. Dengan fungsi ini, pengguna hanya perlu menyambungkan peranti mereka kepada sambungan Internet dan mengakses kandungan media di rumah yang telah disambung kepada unit asas LocationFree[28]. Bagi mendapatkan paparan yang jelas, Sony menyatakan bahawa NetAV memerlukan sambungan jalur lebar dengan kelajuan muat turun dan muat naik minimum sebanyak 300 kbps dan ianya tidak menyokong sambungan modem analog[29]. Selain itu, NetAV menggunakan servis DNS dinamik iaitu nama domain pelayan akan dikemaskini setiap 5 minit jika pengguna memilih Easy Setup sewaktu konfigurasi awal bagi mengelakkan sambungan terputus jika berlaku perubahan pada konfigurasi alamat IP awam[1].

LocationFree Player sunting

LocationFree Player ialah sebuah perisian yang dibangunkan Sony bagi memaparkan kandungan media digital yang distrim melalui unit asas LocationFree. Di peringkat awal produk LocationFree dipasarkan, pengguna perlu menggunakan LocationFree TV jika ingin menonton kandungan yang distrim dari unit asas. Sewaktu unit asas dengan model LF-PK1 dilancarkan sekitar tahun 2005, kandungan media yang distrim dari unit asas kini boleh ditonton menerusi perisian LocationFree Player yang dipasang dalam komputer.

Versi awal perisian ini hanya boleh dipasang dalam komputer dengan sistem operasi Windows 2000 Professional dengan SP4 atau Windows XP Home atau Professional SP1 atau berikutnya. Pada bulan Oktober 2005, kemaskini sistem perisian untuk konsol mudah alih PlayStation Portable versi 2.50 dilepaskan, dengan penambahan aplikasi LocationFree Player[30] bagi membolehkan pemain menonton kandungan dari unit asas LocationFree secara tanpa wayar dalam rangkaian yang sama[30] atau menggunakan sambungan Internet jika ingin menonton di mana-mana sahaja[31].

Pada bulan Mac 2006, pembangunan perisian LocationFree Player untuk sistem operasi Windows Mobile dan telefon bimbit telah diberikan kepada syarikat ACCESS Co. Ltd. yang berpangkalan di Jepun[32]. Perisian yang dibangunkan dijangka digunakan untuk unit asas LocationFree dengan model LF-PK1[32]. Pada bulan April pula, syarikat Kaga Electronics yang berpangkalan di Jepun menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan perisian LocationFree Player untuk sistem operasi Mac OS X oleh kerana mereka sudah mendapatkan lesen penggunaan teknologi LocationFree daripada Sony[33][34]. Perisian ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan bulan Mei 2005 bagi pasaran Jepun dan global[34].

Pada bulan Februari 2012, perisian LocationFree Player telah dibangunkan untuk sistem operasi Android secara tidak rasmi oleh orang perseorangan dengan nama pena mgschwan dan ianya menyokong hampir kesemua model unit asas LocationFree[35]. Namun begitu beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama LocationFree pada perisian yang dibangunkannya atas sebab hak cipta dan memilih untuk menunggu kebenaran dari Sony sebelum melancarkan secara rasmi[35]. Tidak lama selepas itu, Sony telah memberi kebenaran dan beliau melancarkan perisian seumpama LocationFree Player dengan nama ThereTV[36].


Rujukan sunting

  1. ^ a b c "European launch of Sony LocationFree™ TV makes remote TV viewing on PSP an exciting reality". GamesIndustry.biz. 9 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2023. Dicapai pada 19 April 2024.
  2. ^ a b "ロケーションフリー「Net AV機能」終了のお知らせ" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Jepun). Sony. 29 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2023. Dicapai pada 19 April 2024.
  3. ^ Falcone, John (3 Disember 2007). "Review: Sony LocationFree TV no match for Slingbox". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2024. Dicapai pada 19 April 2024.
  4. ^ a b "Commercialization of Personal IT Television "airboard"" (Siaran akhbar). Sony. 7 September 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  5. ^ a b Shim, Richard (2 Januari 2002). "Behind the refashioning of Sony". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2023. Dicapai pada 23 April 2024.
  6. ^ a b Yoshida, Junko (24 Mei 2012). "Failure to launch: Why Sony never got AirBoard off the ground". EDN. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2022. Dicapai pada 23 April 2024.
  7. ^ "Prestij dan keunggulan nyata melalaikan SonySiri laporan tiga bahagian: Pertama". Borneo Post. 25 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2021. Dicapai pada 23 April 2024.
  8. ^ Schiesel, Seth (2 Disember 2004). "Sony Also Tries to Give the TV a Life Outside the Living Room". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  9. ^ a b Wiley, M. (8 Januari 2004). "CES 2004: Sony Does It In Style". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2023. Dicapai pada 23 April 2024.
  10. ^ a b Serizawa, Takanori (8 Januari 2004). "ソニーの隠し球は、家から飛び出す「Location Free」" (dalam bahasa Jepun). ITMedia News. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2022. Dicapai pada 23 April 2024.
  11. ^ a b "ロケーションフリーテレビ体験イベントのご案内" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Jepun). Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2015. Dicapai pada 19 April 2024.
  12. ^ Colker, David (11 April 2004). "Sony Aims to Amaze With Its Wireless TV". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2021. Dicapai pada 23 April 2024.
  13. ^ Block, Ryan (18 Julai 2007). "Sony makes LocationFree Vaio, introduces Vaio LF-V30 Base Station". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2024. Dicapai pada 22 April 2024.
  14. ^ a b Smith, Tony (17 Oktober 2006). "Sony Ericsson to bring LocationFree TV to P990i". The Register. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2024. Dicapai pada 20 April 2024.
  15. ^ a b "LOCATIONFREE RECEIVES THE FIRST "NetKADEN Grand Prize" FROM MINISTRY OF ECONOMY, TRADE AND INDUSTRY" (Siaran akhbar). Sony. 3 Februari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2022. Dicapai pada 20 April 2024.
  16. ^ a b "Sony LF-PK1 review". Tech Radar. 1 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2022. Dicapai pada 20 April 2024.
  17. ^ " NetKADEN Grand Prix". Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2007. Dicapai pada 20 April 2024.
  18. ^ a b "LF-PK20" (dalam bahasa Jepun). Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2023. Dicapai pada 19 April 2024.
  19. ^ a b "Sony Upgrades LocationFree Platform". CIO. 6 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2023. Dicapai pada 19 April 2024.
  20. ^ a b Farivar, Cyrus (6 September 2006). "Sony announces LocationFree LF-B10, LF-B20 and LF-BOX1". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2023. Dicapai pada 21 April 2024.
  21. ^ a b "Sony LF-B10 and LF-B20 LocationFree TV". TechCrunch. 6 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2016. Dicapai pada 21 April 2024.
  22. ^ a b Falcone, John (5 September 2006). "Look out, Slingbox: Sony announces new LocationFree TV models". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2023. Dicapai pada 21 April 2024.
  23. ^ a b Falcone, John (25 Oktober 2007). "Sony LF-V30 LocationFree TV review: Sony LF-V30 LocationFree TV". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 22 April 2024.
  24. ^ a b Shim, Richard (26 Oktober 2004). "Sony's location-free TV makes local shows portable". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2005. Dicapai pada 21 April 2024.
  25. ^ Morgenstern, Steve. "Sony LocationFree TV". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2023. Dicapai pada 21 April 2024.
  26. ^ Johnson, Steve (24 Februari 2005). "Sony LocationFree TV Review". the gadgeteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2023. Dicapai pada 21 April 2024.
  27. ^ a b McCarthy, Caroline (5 September 2006). "Sony expands LocationFree lineup". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2024. Dicapai pada 21 April 2024.
  28. ^ Hanlon, Mike (11 Februari 2005). "Sony's LocationFree TV - watch live TV from anywhere via the internet". New Atlas. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2022. Dicapai pada 22 April 2024.
  29. ^ "How to set static IP address or domain name and port number for NetAV.". Sony. 29 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2021. Dicapai pada 22 April 2024.
  30. ^ a b Adams, David (14 Oktober 2005). "PSP Firmware 2.50 Released". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2021. Dicapai pada 21 April 2024.
  31. ^ Cohen, Peter (13 Oktober 2005). "Handhelds compared: video iPod vs. PSP". Macworld. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2023. Dicapai pada 21 April 2024.
  32. ^ a b "Sony to license "Locationfree" software to ACCESS" (Siaran akhbar). Sony. 29 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2022. Dicapai pada 21 April 2024.
  33. ^ ""LocationFree" software for Mac OS X® Sony to license software to Kaga Electronics" (Siaran akhbar). Sony. 25 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2022. Dicapai pada 21 April 2024.
  34. ^ a b "Mac Player for Sony's LocationFree Coming Soon". CIO. 25 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2023. Dicapai pada 21 April 2024.
  35. ^ a b Stacy, Ian (5 Februari 2012). "Unofficial LocationFree Player for Android Spotted in Action". XDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2014. Dicapai pada 21 April 2024.
  36. ^ Stacy, Ian (20 Februari 2012). "ThereTV (LocationFree Player Client for Android) Officially Released". XDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 22 April 2024.