Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) (Jawi: مجليس إحتفال علمي سكوله منڠه اݢام ماليسيا) adalah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Negeri, Rakyat dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SAN, SAR dan SABK) seluruh Malaysia yang bertemakan kesenian Islam dan juga berlandaskan ilmu pengetahuan.

Selain daripada MIISMAM, JAKIM juga turut menganjurkan dua acara lain untuk SAN, SAR dan SABK iaitu Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) dan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA).

Menurut JAKIM, acara MIISMAM ini diadakan adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara.[1]

Acara sunting

Antara acara yang dipertandingkan di MIISMAM Peringkat Kebangsaan menurut JAKIM ialah syarahan Bahasa Melayu (lelaki dan perempuan), syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan), syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan), kitabul maqal, khat (lelaki dan perempuan), Pembacaan Kitab Turath, nasyid (lelaki dan perempuan), Tilawah Al-Quran (lelaki dan perempuan), Tahfiz Al-Quran (lelaki dan perempuan), Kuiz Dini dan Bahas Ala-Parlimen.

MIISMAM juga dijalankan di Peringkat Negeri dan Peringkat Daerah di bawah Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, Sarawak tidak termasuk dalam acara MIISMAM.

Keputusan sunting

Senarai berikut merupakan keputusan rasmi acara MIISMAM Peringkat Kebangsaan yang disertai oleh wakil kontinjen dari 13 buah negeri seluruh Malaysia.

Kali Ke-4 (2017) [2]
Acara Kategori Tempat diperolehi
Johan Naib Johan Ketiga
Syarahan Bahasa Melayu Lelaki Kedah Selangor Terengganu
Perempuan Kelantan Sabah Wilayah Persekutuan
Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki Melaka Pahang Selangor
Perempuan Negeri Sembilan Perak Johor
Syarahan Bahasa Arab Lelaki Sabah Kelantan Wilayah Persekutuan
Perempuan Sabah Pulau Pinang Johor
Tilawah Al-Quran Lelaki Wilayah Persekutuan Kedah Johor
Perempuan Selangor Kedah Perak
Hafazan Al-Quran Lelaki Pahang Kedah Pulau Pinang
Perempuan Negeri Sembilan Sabah Perak
Nasyid Lelaki Kelantan Pulau Pinang Melaka
Perempuan Pahang Perak Kelantan
Seni Khat Lelaki Johor Terengganu Kedah
Perempuan Kelantan Selangor
Kuiz Terbuka Pahang Kelantan Kedah
Debat/ Bahas Ala Parlimen Terbuka Negeri Sembilan Johor Melaka, Pahang
Bacaan Kitab Turath Terbuka Perak Kelantan Kedah
Johan
Kelantan (3 Johan, 3 Naib Johan, 2 Ketiga)
Naib Johan
Pahang (3 Johan, 1 Naib Johan, 1 Ketiga)
Johan
Negeri Sembilan (3 Johan, 0 Naib Johan, 0 Ketiga)

Rujukan sunting