Mat Sentol
Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol (lahir 26 Julai 1933) ialah salah seorang pelakon di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar 1950-an ,1960-an dan 1970-an. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.[2]
Mat Sentol | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Rasip bin Yahya 26 Julai 1933[1] |
Nama lain | Mat Sentol |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1956–1998 |
Pasangan | Jamilah Kasri (berkahwin) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan awal
suntingKerjaya
suntingBeliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Hang Tuah arahan Phani Majumdar pada tahun 1956, sebagai Penari Istana Pahang.
Selain berlakon dan mengarah, dia juga berbakat dalam bidang animasi, penulis skrip drama dan filem, jurusolek artis dan penggunaan kesan khas yang mana beliau mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya. Mat Sentol kini menetap di Johor Bahru bersama keluarganya menguruskan syarikat berkaitan pengiklanan filem.[3]
Filem terakhir lakonan beliau ialah Jibon pada tahun 1998 arahan Nahar Akhbar Khan.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | ||||
1956 | Hang Tuah | Penari Istana Pahang | Filem pertama, pelakon tambahan | ||
1958 | Sumpah Pontianak | Sentol | |||
1959 | Mahsuri | ||||
1960 | Pak Pandir Moden | ||||
Noor Islam | Tando | ||||
Tun Fatimah | Askar Portugis | ||||
1961 | Siti Zubaidah | ||||
Yatim Mustapha | Selamat | ||||
Jalak Lenteng | Kadok | ||||
1963 | Tajul Ashikin | Bujang | |||
Gila Talak | Pak Imam | ||||
Masuk Angin Keluar Asap | Pak Imam | Penampilan khas | |||
1964 | Mat Tiga Suku | Mat | Filem arahan pertama | ||
Pontianak Gua Musang | Maidin | ||||
1965 | Tiga Botak | Mat | |||
1966 | Dua Kali Lima | Mat | |||
Anak Dara | Untong | ||||
1967 | Mat Bond | Mat Bond | Beliau mengarahkan bersama M. Amin | ||
Mat Raja Kapor | Mat Bond / Mat Raja Kapor | ||||
1968 | Mat Lanun | Mat | |||
Si Murai | Kancil | ||||
1969 | Mat Toyol | Mat | |||
1971 | Mat Karong Guni | Mat | |||
Mat Magic | Mat | Beliau mengarahkan bersama John Calvert | |||
1972 | Dara-Kula | — | |||
1979 | Mat Tenggek | Mat | |||
Penagih Dadah | |||||
1985 | Mat Spy | Mat Spy | |||
1988 | Mama Mau Kahwin | Filem arahan terakhir | |||
1998 | Jibon | Amat | Filem terakhir |
Iklan
suntingTajuk |
---|
Ding Dang |
Tora Datang Lagi |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Jangan Tidur Lagi | Dirinya sendiri / tetamu undangan | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2022 | Festival Filem Malaysia ke-32 | Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman | Menang |
Rujukan
sunting- ^ "Saya Berjalan Kaki Dikatakan Hidup Melarat" - Mat Sentol.
- ^ Meor Yusof Aziddin (13 September 2012). "Mat Sentol: Seniman yang dipinggirkan". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-27. Dicapai pada 25 Februari 2014.
- ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.