Michael Wong (penyanyi)

Michael Wong Kong Leong (Bahasa Cina: 王光良; pinyin: Wáng Guāngliáng; Jawi: مايكل ووڠ), lahir 30 Ogos 1970, merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu Malaysia. Beliau telah mencipta banyak balada atau lagu cinta yang sungguh popular terutamanya di rantau Asia.

Michael Wong
王光良
مايكل ووڠ
Latar belakang
Nama lahir王光良
Juga dikenali sebagai
Guang Liang (光良)
Michael Wong
Berasal dariMalaysia Ipoh, Malaysia
GenrePop Mandarin (Mandopop)
PekerjaanPenyanyi
InstrumenPiano
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
Rock Record (1995–2005)
Seed Music (2005–kini)
Amusic (2005–kini)
Pengkarya berkait
Michael & Victor (無印良品)
Laman sesawang
www.michael4u.com


Michael Wong (penyanyi)
Cina Ringkas: 王光良

Wong merupakan anak jati kelahiran Ipoh, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi bergandingan bersama Victor Wong. Pasangan penyanyi ini berjaya di Taiwan, akan tetapi kerana menghormati perjanjian bersama, keduanya berpisah pada tahun 2000. Wong telah menghasilkan empat album solo, dan yang ketiga adalah album Fairy Tale[1] yang sungguh terkenal. Lagunya ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Melayu yang bernama Cinta Arjuna yang dinyanyikan oleh Aliff Aziz, penyanyi Singapura. Wong telah menempa kejayaan di Taiwan, China, Hong Kong dan Malaysia.

Beliau juga telah membantu sebilangan penyanyi hebat dengan menggubah lagu untuk mereka seperti Courage (勇氣) , asalnya dinyanyikan oleh Fish Leong. Peminat Wong menggelarkan beliau sebagai Putera Lagu Cinta (情歌王子). Beliau amat berminat dalam kerjaya pelakon drama dan filem Cina.

Latar belakang sunting

Dilahirkan di Ipoh, Malaysia dalam keluarga Hakka, beliau merupakan yang sulung antara dua beradik.

Wong, sebagai seorang Katolik, sering menyertai koir gerejanya di bangku sekolah dan pernah sekali menjadi guru koir di sebuah gereja. Beliau selalu mengikuti persembahan muzikal di sekolahnya, SMK Sam Tet Ipoh, dan menulis lagu di sekolah menengah. Selepas berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran dalam kursus kejuruteraan komputer, minat beliau dalam dunia muzik dan penggubahan muzik mula berputik.

Wu Yin Liang Pin (無印良品) sunting

Menyertai sebanyak 30 pertandingan menyanyi dalam setahun, beliau dapat merangkul juara banyak kali di mana ini menjadi batu loncatan kepada kariernya sekarang. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya dalam bidang kejuruteraaan audio di Ocean Institute Of Audio Engineering semasa dalam kontraknya bersama Asia Pacific Music sebagai artis rakaman. Selepas graduasi, Micheal menghasilkan album pertamanya bersama kedua kawan kolejnya, Chan dan Tan. Bersama dengan Victor Wong, beliau dan rakan-rakannya telah menghantar album tersebut ke Rock Records di mana pihak Rock Records terus menerima mereka. Mereka membentuk satu kumpulan penyanyi duo yang dikenali di Malaysia sebagai Michael & Victor atau Guang Liang Pin Guan (光良品冠). Di Taiwan dan China, mereka glamor sebagai Wu Yin Liang Pin (無印良品).

Perpisahan sunting

Pasangan penyanyi ini merupakan orang Malaysia pertama yang memperoleh kejayaan dalam arena muzik di Taiwan. Album mereka disukai ramai dalam negara dan di Taiwan apabila album debutnya mendapat platinum di kedua-dua, Malaysia dan Taiwan. Setelah beberapa tahun bersama dalam adegan muzik Cina, pasangan ini berpisah dan menjadi penyanyi solo pada tahun 2000.

Karier Solo sunting

Wong bekerja keras untuk mengkarya lagu-lagu baharu untuk album solo terbaharunya, Michael's First Album (第一次個人創作專輯; Dì Yī Cì Gè Rén Chuàng Zuò Zhuān Jí). Walaupun syarikat muzik menyatakan bahawa Michael patut menghasilkan album solonya sendiri, namun beliau masih belum yakin akan dirinya. Selepas itu, Wong akhirnya menyahut cabaran tersebut dan berjaya mengorak langkah kejayaan. Wong menghasilkan album keduanya, Ray of Light (光芒; Guāng Máng), pada November 2002. Album tersebut menjadi hit di Taiwan.

Dongeng sunting

Selepas mengeluarkan dua album solonya, peminat Wong harus menunggu lagi dua tahun sebelum beliau akhirnya melancarkan album yang amat ditunggu-tunggukan, Fairy Tale (Tong Hua) atau Dongeng dalam Bahasa Melayu. Lagu ini digubah oleh dirinya sendiri. Penat lelah bekerjanya membawa hasil apabila album ini terus mengukir kejayaan dan dikatakan ini merupakan album Wong yang paling laku di pasaran. Fairy Tale terbukti sebagai rekod single yang terunggul apabila menjadi lagu nombor 1 didengar setelah hanya beberapa hari dikeluarkan pada Januari 2005, menjadikannya berada di carta teratas kaunter muat turun Baidu 500 untuk 15 minggu semasa Asia sedang mengalami "Puting Beliung Fairy Tale". Single ini merupakan lagu Bahasa Cina paling berjaya di abad ke-21. Hingga tahun 2012, lagu ini masih kekal di senarai atas dalam carta karaoke.

Kontrak Baharu sunting

Kontrak Micheal Wong dengan Rock Records tamat pada 31 Disember 2004, tapi beliau bersetuju untuk sambung mempromosikan album Fairy Tale. Setelah jangka masa promosi tamat, Wong membuat keputusan untuk melepaskan syarikat rakaman Rock Records pada Julai 2005. Selepas 10 tahun berkontrak dengan Rock Records, Wong kini menandatangani perjanjian dengan Amusic. Sebab di sebalik pemberhentiannya dari Rock Records adalah kerana pihak syarikat tersebut mengatakan lagu Wong sungguh mudah, hingga dikatakan bukanlah lagu sebenar.

Karier Pelakonan sunting

Bakat sandiwara Wong semakin menyerlah apabila beliau bersama penyanyi Taiwan Richie Jen, penyanyi Malaysia Ah Niu dan aktor Kantonis terkemuka Sammi Cheng menghasilkan sebuah filem Summer Holiday pada tahun 2000. Pulau Redang, Terengganu menjadi set penggambaran bagi filem tersebut. Di samping itu, Wong telah berlakon dalam berberapa siri drama TV di Taiwan, seperti White Romance, Wintry Night 2 di mana beliau bertutur dialek natifnya, Hakka, dan banyak lagi. Selain itu juga, Wong telah berlakon dalam filem komedi BTS yang diarahkan oleh pengarah filem Taiwan Su Chaopin. Tidak ketinggalan, minat beliau dengan pentas muzikal juga terserlah apabila Wong menyertai drama muzikal Taiwan, Mr. Wing, pada Ogos 2005.

Komitmen sunting

Beliau mengeluarkan album keempatnya berjudul 《約定》(Yue Ding / Commitment) atau Komitmen dalam Bahasa Melayu, di mana 1.5 juta naskhah dijual kurang dari sebulan. Hal ini merupakan koleksi terbaik hasil kerja kerasnya. Terdapat sejumlah 17 trek dalam album ini. Tiga lagu baharu yang direka sendiri bertajuk 《約定》("Commitment"), 《都是你》(Dou Shi Ni / "It's You") dan 《擁抱我》(Yong Bao Wo / "Embrace Me"). Beliau juga memuatkan lagu-lagu yang beliau telah tulis atau nyanyi semasa beliau bergandingan bersama Victor. Peminatnya berkembang dengan luar biasa dan beliau menerima populariti seluruh dunia. Beliau berjaya merangkul pelbagai anugerah dari Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan China.

Kejayaan lain sunting

Dek tekenal seantero dunia, Wong dilantik menjadi duta Tourism Malaysia. Pada 6 Jun 2006, Wong berjaya ke Malaysia Book of Records sebagai Komposer Lelaki Malaysia Berketurunan Cina Dengan Bilangan Anugerah Yang Tertinggi serta untuk Album Bahasa Cina Terlaris (Tong Hua). Wong telah memperoleh 44 anugerah, 23 daripadanya adalah untuk lagu hitnya "Tong Hua".

Wong juga berjaya ke senarai calon untuk pemenang Anugerah Golden Melody ke-17, sama seperti Grammys di Taiwan. Walaupun anugerah tersebut dimenangi oleh penyanyi Malaysia Penny Tai, beliau merasa amat bersyukur dan bertuah untuk dicalonkan ke dalam anugerah yang sungguh berprestij ini.

Komitmen: Terhasil sunting

Setelah lebih setahun dalam pentas muzik Hong Kong, Wong, yang telah mendapat pengiktirafan di sana, telah menerima peluang keemasan untuk mementaskan konsert solonya di Koliseum Hong Kong, sebuah tempat di mana semua penyanyi Cina impi untuk mementaskan konsert mereka sendiri. Tiket konsertnya habis dijual 5 hari dari hari pertama jualan. Wong amat teruja dan menerima kasih peminatnya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap muziknya. Konsert tersebut berjudul "Michael's First Fairy Tale Concert 2006". Kemudian, beliau pulang ke tanah tumpah darahnya, Malaysia, pada September, untuk mementaskan satu konsert di sana juga.

Konsert keduanya berjudul "Michael's Commitment Concert Malaysia 2006" diadakan di Stadium Putra (kini Axiata Arena) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Di sebabkan respons yang sungguh memberangsangkan, Wong bersetuju untuk membuat konsertnya sebanyak dua malam. Wong berbesar hati kerana peminatnya sungguh hebat dan berharap kedua-dua konsert ini dapat memperkenalkan tanah airnya, Malaysia, kepada peminat dari negara lain, sambil memainkan peranan sebagai duta Tourism Malaysia. Kedua-dua konsert tersebut menjanjikan malam yang amat istimewa apatah lagi apabila peminat dapat menikmati alunan lagu cinta swakarya Wong.

Wong menghasilkan sebuah kompilasi berjudul Michael 1996–2006 the greatest hits pada 16 Mei 2007. Pada 9 November 2007, Wong merasmikan album studio solo kelimanya, Never Apart. Beliau juga telah menghasilkan single digital pertamanya yang mempunyai dua lagu Kantonis berjudul 店小二 (Dian Xiao Er) and 清水 (Qing Shui). Pada Oktober 2010, Wong mewakili Malaysia dan membuat persembahan di Festival Lagu Asia ke-7 yang dikelola oleh Korea Foundation for International Culture Exchange di Stadium Olimpik Seoul. Pada Malam Krismas 2012, Teresa Carpio dan beliau telah mendendangkan lagu di The Joint in Hard Rock Hotel & Casino di Las Vegas, Amerika Syarikat dalam sebuah acara spesial Krismas.

Diskografi sunting

Album solo sunting

  • Michael's First Album (第一次個人創作專輯; Dì Yī Cì Gè Rén Chuàng Zuò Zhuān Jí) - 10 Mei 2001
  • Ray of Light (光芒; Guāng Máng) - 8 November 2002
  • Fairy Tale (童話; Tóng Huà) - 1 Januari 2005
  • Commitment (約定; Yuē Dìng) - 3 Mac 2006
  • Never apart (不會分離; Bú Huì Fēn Lí) - 9 November 2007[2]
  • First Digital Single31 Julai 2009
  • So Naive (太天真; (Tai Tian Zhen ) – 9 September 2010
  • Crazy Memories (回忆里的疯狂; Huí Yì Lǐ De Fēng Kuáng) – 8 Julai 2013
  • These Unfinished EP (那些未完成的; Na Xie Wei Wan Cheng De). - 2 Mei 2015

Album lain sunting

  • I Believe (我要跟隨祂; Wǒ Yào Gēn Suí Tā), kompilasi muzik Kristian - Ke udara 1994
  • The World Shines Because of Love (世界因愛發光; Shì Jiè Yīn Ài Fā Guāng), EP album - Disember 1997
  • "Michael 1996-2006 the greatest hits" - 16 Mei, 2007

Filemografi sunting

Filem sunting

  • The Threesome : The Movie (三人行音樂電影; Sān Rén Xíng Yin Yuè Diàn Ying) - 1998
  • Summer Holiday (夏日麼麼茶; Xià Rì Me Me Chá) - 2000
  • BTS (愛情靈藥; Ài Qíng Líng Yào) - 2001
  • Like A Hero (英勇戰士俏姑娘; Yīng Yǒng Shì Zhan Shì Qiào Gū Niáng) - 2005
  • Purple Mirage - 2006
  • Where's the Dragon? - 2015

Drama sunting

  • White Romance (白色戀曲; Báisè Liàn Qu) - 2001
  • A Change of Fate (時來運轉; Shí Lái Yùn Zhuan) - 2001
  • Good Luck,Angel (王牌天使; Wáng Pái Tiān Shi) - 2003
  • Love Storm (狂愛龍捲風; Kuáng Ài Lóng Juǎn Fēng) - 2003
  • Wintry Night 2 (寒夜續曲; Hán Yè Xù Qu) - 2003
  • Mr. Wing ~ a romantic rhapsody (幸運兒; Xìng Yùn Ér) - 2005
  • Love.18 – 2008

Konsert sunting

Konsert / konsert peribadi sunting

Tarikh Nama konsert Negara / tempat Bandar Tempat Catatan
29 Mac 2006 Konsert Dongeng Pertama Micheal Wong   Hong Kong Hong Kong Koliseum Hong Kong Konsert peribadi pertama Micheal Wong
30 Sep 2006 擁抱光良 (Merangkul cahaya)   Malaysia Kuala Lumpur Stadium Putra Bukit Jalil (Arena Axiata)
1 Okt 2006 擁抱光良 (Merangkul cahaya)   Malaysia Kuala Lumpur Stadium Putra Bukit Jalil (Arena Axiata)
16 Mac 2007 新城唱好就是光良音樂會   Hong Kong Hong Kong Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong
10 Ogo 2007 Michael Live in Concert   Indonesia Jakarta Sands Interntional Executive Club
1 Sep 2007 Konsert Dongeng   Republik Rakyat China Shanghai Stadium Tertutup Shanghai
12 Jan 2008 光良與你不會分離雲頂演唱會   Malaysia Genting Arena of Stars
21 Jun 2008 Konsert Dongeng 2008   Amerika Syarikat Los Angeles Pala Casino Spa Resort
7 Nov 2008 Konsert Amal Magic Live   Hong Kong Hong Kong Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Kowloon Bay
15 Nov 2008 Konsert Pertama Taipei   Taiwan Taipei Arena Taipei
21 Feb 2009 光良不會分離棉蘭演唱會   Indonesia Medan
12 Dis 2009 Konsert Make a wish   Makau Makau Arena Cotai Bersama Charlene Choi
28 Ogo 2010 光良零距離演唱會   Taiwan Taipei Taipei Legacy
10 Dis 2010 光良零距離馬來西亞演唱會   Malaysia Kuala Lumpur Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
11 Dis 2010 光良零距離馬來西亞演唱會   Malaysia Kuala Lumpur Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
22 Jan 2011 Michael Live in Medan   Indonesia Medan Dewan Sky Conversation
6 Ogo 2011 Konsert Tak Akan Hujan di Hari Kekasih (不會下雨的情人節)   Taiwan Taipei Taipei Legacy
24 Dis 2012 Malam Karaoke Ambang Krismas   Amerika Syarikat Las Vegas Hard Rock Hotel Bersama Teresa Carpio
5 Jan 2013 Konsert Kisah Kita   Taiwan Taipei Taipei Legacy
9 Ogo 2013 Konsert Dalam Ingatan   Taiwan Taipei Taipei Legacy
21 Jun 2013 光良專場定制演唱會   Republik Rakyat China Chengdu
5 Jul 2015 那些未完成的…慶功演唱會   Taiwan Taipei Taipei Legacy
18 Mac 2018 Konsert Pertama Tokyo   Jepun Tokyo Zepp Tokyo Penyanyi Malaysia pertama yang menyanyi di Jepun

Konsert 'Lagu Cinta Bermula di Sini' sunting

Tarikh Negara / tempat Bandar Tempat Catatan
4 Sep 2011   Hong Kong Hong Kong Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Kowloon Bay
18 Mac 2012   Amerika Syarikat New York Caesars Atlantic City
15 Jun 2012   Republik Rakyat China Changzhou Teater Poli
16 Jun 2012   Republik Rakyat China Zhangjiagang Teater Poli
19 Jun 2012   Republik Rakyat China Wuxi Teater Poli
23 Jun 2012   Republik Rakyat China Taizhou Teater Poli
24 Jun 2012   Republik Rakyat China Ma On Shan Teater Poli
26 Jun 2012   Republik Rakyat China Hefei Teater Poli
29 Jun 2012   Republik Rakyat China Wenzhou Teater Poli
1 Jul 2012   Republik Rakyat China Lishui Teater Poli
4 Jul 2012   Republik Rakyat China Shenzhen Teater Poli
6 Jul 2012   Republik Rakyat China Dongguan Teater Poli
8 Jul 2012   Republik Rakyat China Huizhou Teater Poli
11 Jul 2012   Republik Rakyat China Yichun Teater Poli
14 Jul 2012   Republik Rakyat China Chongqing Teater Poli
17 Jul 2012   Republik Rakyat China Wuhan Teater Poli
19 Jul 2012   Republik Rakyat China Chengzhou Teater Poli
22 Jul 2012   Republik Rakyat China Hohhot Teater Poli
25 Jul 2012   Republik Rakyat China Yantai Teater Poli
27 Jul 2012   Republik Rakyat China Qingdao Teater Poli
29 Jul 2012   Republik Rakyat China Beijing Teater Poli

Konsert Kenang-kenangan sunting

Tarikh Negara / tempat Bandar Tempat Catatan
29 Mac 2014   Republik Rakyat China Beijing Arena Tertutup Pekerja
3 Apr 2014   Filipina Manila Teater Seni Persembahan Newport
30 Ogo 2014   Republik Rakyat China Shanghai Arena Mercedes-Benz
18 Apr 2015   Malaysia Kuala Lumpur Stadium Putra Bukit Jalil (Arena Axiata) Tiket konsert telah terjual dalam masa lima hari
2 Mei 2015   Taiwan Taipei Gimnasium Tianmu
27 Jun 2015   Republik Rakyat China Shenzhen Pusat Sukan Chunyi
30 Jan 2016   Makau Makau Broadway Macau

Konsert Jelajah Dunia 'Saya Tak Bersendirian Malam Ini' sunting

Tarikh Negara / tempat Bandar Tempat Catatan
1 Sep 2018   Republik Rakyat China Chengdu Gimnasium Wilayah Sichuan
10 Nov 2018   Malaysia Kuala Lumpur Stadium Merdeka Untuk kumpulan pertama, 15,000 tiket telah dijual dalam masa lima jam. 100% jualan tiket dalam talian gelombang pertama habis.
9 Mac 2019   Republik Rakyat China Shenzhen Pusat Sukan Chunyi

Rujukan sunting

  1. ^ (Jepun) "Singer-songwriter Michael Wong enjoys huge popularity in China". Rock Records official site. 2007. Dicapai pada 2007-08-11.
  2. ^ "光良2007年全新专辑《不会分离》11月9日 全亚洲同步发行!" (dalam bahasa Cina (ringkas)). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-30. Dicapai pada 2007-10-28. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.