Mohamed Nasir

(Dilencongkan dari Mohamed bin Nasir)

Dato' Biji Sura Dato' Haji Mohamed bin Nasir merupakan Menteri Besar Kelantan dari tahun 1973 hingga 1978.

Yang Berbahagia Dato' Biji Sura Dato' Haji

Mohamed Nasir

S.P.M.K., D.P.M.K., J.M.N., J.P.
محمد ناصر
Gelaran lainDatuak Intan Maradjo
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1973–1978
RajaSultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Didahului olehAsri Muda
Digantikan olehMohamed Yaacob
Kawasan pilihan rayaTendong
Menteri tanpa Portfolio
Dalam jawatan
1978–1984
Kawasan pilihan rayaSenator
Anggota Dewan Undangan
untuk N07 Tendong
Dalam jawatan
10 Mei 1969 – 19 April 1978
Didahului olehChe Hassan (PMIP)
Digantikan olehGhazali Awang Ibrahim (BERJASA-BN)
Anggota Dewan Undangan
untuk N25 Machang Utara
Dalam jawatan
24 Jun 1959 – 25 April 1964
Didahului olehPerwakilan diwujudkan
Digantikan olehMohyiddin @ Che Kadir Che Tengah (UMNO-Perikatan)
Presiden Parti BERJASA
Dalam jawatan
1977 – tidak diketahui
Didahului olehParti ditubuhkan
Digantikan olehtidak diketahui
Butiran peribadi
LahirMohamed bin Nasir
1916
Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia21 Februari 1997(1997-02-21) (umur 81)
Melbourne Hospital, Melbourne, Victoria, Australia
Tempat persemadianNorthern Memorial Park Cemetery, Melbourne, Victoria, Australia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikPAS (sehingga tahun 1977)
BERJASA (1977–tidak diketahui)
PasanganWan Mariam Wan Yusoff (bekas)
Datin Che Zainab Che Ismail
Nik Khamsiah Nik Mohamed
Anak-anak16
Ibu bapaNasir Malim Padek (bapa)
Membunga (ibu)
ProfesionMenteri Besar Kelantan

Kehidupan sunting

Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Kampung Kota, Kota Bharu. Neneknya Malin Padek berketurunan Sumatera Barat. Beliau telah dikurniakan seramai 16 orang cahayamata hasil perkongsian hidup bersama Cik Zainab binti Hj Ismail, Wan Mariam binti Wan Yusoff dan Nik Khamsiah binti Nik Mohamed. Beliau menuntut di Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan, Royal English School, Kuala Krai dan Kolej Pertanian Serdang dengan mendapat Diploma of Agriculture pada tahun 1937. Beliau meneruskan pelajaran dengan menuntut ilmu al-Quran dan Hadis dari Maulana Ahmad Ali Lahore dan Maulana Mohamed Shah. Kemudian beliau mengepalai gerakan dakwah di seluruh Kelantan. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, beliau menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Beliau menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. Kediaman beliau yang terletak di Kubang Bemban Pasir Mas masih tersergam indah dan banyak meninggalkan sejarah tersendiri.

Politik sunting

Dalam tahun 1959, beliau mula berpolitik secara aktif dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Setelah memenangi Pilihanraya Umum 1974, beliau diberi mandat oleh Barisan Nasional untuk menerajui pentadbiran Kelantan sehinggalah beliau ditarik oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilantik sebagai Senator dan seterusnya Menteri Tidak Berportfolio. Beliau merupakan menteri kabinet pimpinan kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak menjemput PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei. Selain daripada memimpin Parti Berjasa, beliau juga cergas dalam khidmat sukarela seperti menjadi Presiden Perkim Kelantan, Presiden Bekas Perajurit Kelantan, Presiden JP Kelantan, Pengasas Sekolah Agama Balaghulmubin, Penaung Persatuan India Muslim Kelantan dan Pengasas Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan.[1][2][3]

Isu dan kontroversi sunting

Akta Kemajuan Petroleum 1974 sunting

Pada tahun 1975, perjanjian telah ditandatangai antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas Kerajaan Kelantan diwakili oleh Menteri Besar, Mohamed Nasir dan Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), kerajaan negeri akan mendapat royalti dalam bentuk tunai sebanyak 5 % manakala pihak kerajaan persekutuan Malaysia akan mendapat royalti 5%. Kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk melakukan kerja-kerja mencarigali minyak pertroleum yang berada di kawasan daratan dan juga di lautan. Pada tahun 2009-2010, royalti minyak Kelantan menjadi isu besar kerana kerajaan persekutuan hanya setuju membayar wang ihsan melalui JPP, bukan royalti yang berbentuk wang tunai.

Mageran Kelantan 1978 sunting

Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Kerajaan membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS mengusulkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar. Cadangan PAS itu ditolak dan satu pilihan raya negeri dipanggil pada Mac 1978. Di dalam pilihan raya kecil Kelantan 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Keputusannya, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan yang baharu (1978 - 1990).

Persaraan dan penulisan buku sunting

Dalam menjalani usia persaraan beliau telah meluangkan banyak masa mengajar kelas agama di masjid-masjid sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas serta beliau juga aktif dalam bidang penulisan buku mengenai Islam, falsafah dan politik. Antaranya karya beliau adalah:

  • Usul Lima
  • Janji Dan Manusia ke Bulan Dari Kaca Mata Al- Quran

Meninggal Dunia sunting

Beliau telah menghembus nafas terakhir di sisi beberapa ahli keluarganya di Melbourne, Australia pada hari Jumaat, 21 Februari 1997 jam 1.45 petang kerana sakit tua dan disemadikan di sana.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah dan gelaran kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Dato Hj Muhammad Nasir [Menteri Besar Kelantan ke-15 1973-1978]". Geni. Dicapai pada 31 December 2018.
  2. ^ "Senarai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan]". Government of Kelantan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-31. Dicapai pada 31 December 2018.
  3. ^ In-Won Hwang (2003). Personalized Politics. Alpha Books. m/s. 117–8. ISBN 981-230-185-2.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Asri Muda
Menteri Besar Kelantan
1973–1978
Diikuti oleh:
Mohamed Yaacob