Mohd. Khusairi Abdul Talib

ahli politik Malaysia

Dato' Mohd. Khusairi bin Abdul Talib (Jawi: محمد خساءيري بن عبدالطالب;‎ 20 Januari[perlu rujukan] 1961 – 15 Julai 2020) merupakan seorang ahli politik dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Slim, Perak. Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik) dan bekas pengerusi bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).[1]

Dato'

Mohd. Khusairi Abdul Talib

DPMP (Perak)
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Slim
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 15 Julai 2020
Didahului olehJunus Wahid (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Zaidi Aziz (BN-UMNO)
Kawasan pilihan rayaSlim, Perak
Butiran peribadi
LahirMohd Khusairi bin Abdul Talib
(1961-01-20)20 Januari 1961
Meninggal dunia15 Julai 2020(2020-07-15) (umur 59)
Hospital Bentong, Pahang
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak
Parti politik BN-UMNO
PekerjaanAhli politik

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Perak: N58 Slim
Tahun Kerajaan Undian Pembangkang Undian Majoriti % Mengundi
2004 Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) 8,318 Mohd Tarmizi Ab Rahman (PAS) 3,443 4,875 72.27%
2008 Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) 8,233 Zulqarnain Hassan (PAS) 4,707 3,526 75.52%
2013 Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) 11,152 Mosses a/l Ramiah (Bebas) 200 3,853 85.20%
Aminuddin Zulkipli (PAS) 7,299
2018 Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) 8,327 Mohd. Amran Ibrahim (PH) 6,144 2,183
Muhammad Zulfadli Zainal (PAS) 4,103

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia di Hospital Bentong akibat serangan jantung pada 15 Julai 2020.[2] Beliau rebah ketika sedang bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort pada pukul 2.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Bentong 10 minit kemudian. Beliau disahkan mati pada pukul 4.15 petang.[3] Pada malam harinya, jenazah beliau dibawa ke rumah ibunya di FELDA Sungai Behrang, Slim River. Pada keesokan harinya, jenazah beliau disembahyangi di Masjid ar-Rahmaniah FELDA Sungai Behrang pada pukul 8.30 pagi lalu dikebumikan pada pukul 9.20 pagi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Behrang.[4]

Kematian beliau telah mengakibatkan berlakunya sebuah pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan jawatan ahli Dewan Undangan Negeri Perak.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Mohd Khusairi Dilantik Pengerusi Finas Baharu". mSTAR Online. Foto oleh BERNAMA. 21 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2020. Dicapai pada 16 Julai 2020.CS1 maint: others (link)
  2. ^ "ADUN Slim meninggal dunia". MalaysiaGazette. 15 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
  3. ^ BERNAMA (15 Julai 2020). "PM ucap takziah atas pemergian Khusairi". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2021. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  4. ^ Balqis Jazimah Zahari (16 Julai 2020). "Jenazah ADUN Slim dikebumikan". BH Online. Foto oleh Sharul Hafiz Zaman. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  5. ^ "Penamaan calon PRK DUN Slim hari ini". Astro Awani. 15 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 22 Januari 2021.