Mohd. Shariff Omar

Tan Sri Dato' Sri Mohd Shariff Omar ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) selama dua penggal dari tahun 1999 hingga tahun 2008.[1][2][3]

YBhg Tan Sri Dato' Sri

Mohd Shariff Omar

PSM; SPSK (Kelantan); SSAP (Pahang); DGPN, DMPN (Pulau Pinang)
Pengerusi Tetap BERSATU
Dalam jawatan
30 Disember 2017 – 23 Ogos 2020
TimbalanAzimi Daim
Digantikan olehMohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I
Dalam jawatan
2004–2008
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehTengku Mahmud Tengku Mansor
Digantikan olehRohani Abdul Karim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tasek Gelugor
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehIbrahim Saad
Digantikan olehNor Mohamed Yakcop
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehMohammed Yusoff Abdul Latib
Digantikan olehIbrahim Saad
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
(hingga 2008)
Parti Keadilan Rakyat
(2014 - 2016)
BERSATU
2016 - kini
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
(hingga 2008)

(2014 - 2016)
Perikatan Nasional (2020 - kini)

Politik sunting

Mohd Shariff telah dipecat dari UMNO selepas menghantar borang penamaan calon pada pilihan raya umum Malaysia 2013 sebagai calon bebas. Kemudian beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 2014[4]. Semasa penubuhan BERSATU, beliau telah menjadi penyelaras parti tersebut di Pulau Pinang. Pada 2017[5], beliau telah dipilih sebagai pengerusi tetap Perhimpunan Agung BERSATU sehingga tahun 2020.

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Datuk Seri Mohd. Shariff Omar (Barisan Nasional/UMNO) menang di parlimen Tasek Gelugor dengan majoriti 4,236 Undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pengundi Melayu seramai 76.8% ; Cina: 15.5% dan India: 7.5%.Datuk Seri Mohd. Shariff Omar BN/UMNO mendapat 22,011 undi dan menewaskan Mujahid Yusof Rawa (PAS) yang mendapat 11,828 undi. Majoriti undi ialah 10,183 .

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi setuju kerusi Tasek Gelugor diserahkan kepada Senator Nor Mohamed Yakcop yang telah menjadi Menteri Kewangan II ketika itu.

Jawatan kerajaan sunting

Beliau telah menjadi Timbalan Menteri Pertanian sejak Tan Sri Mohd Effendi Norwawi menjadi Menteri Pertanian lagi. Setelah kementerian tersebut ditingkatkan fungsinya sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, beliau telah menjadi timbalan kepada menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/03/24/mohd-shariff-set-for-tasek-gelugor/
  2. ^ http://www.astroawani.com/berita-pilihanrayaparlimen/shariff-omar-umum-bertanding-di-tasek-gelugor-12387
  3. ^ http://www.sinarharian.com.my/politik/bekas-timbalan-menteri-shariff-omar-tanding-2-kerusi-1.152174
  4. ^ Rahmah Ghazali (15 Mac 2014). "Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR". mStar. Dicapai pada 13 November 2021.
  5. ^ Hafiz Marzukhi (30 Disember 2017). "Shariff Omar, Azimi Daim dilantik Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap PPBM". Astro Awani. Dicapai pada 13 November 2021.