Mohd Ariffin Mohd Arif
YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Membakut.[1] Beliau pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Pada 5 Februari 2023, beliau secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
YB Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif PGDK (Sab) | |
---|---|
Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah | |
Memegang jawatan 8 Oktober 2020 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Membakut | |
Memegang jawatan 2004 | |
Majoriti | 3,421 (PRU-16) 2,403 (PRU-15) 3,510 (PRU-14) 3,499 (PRU-13) |
Butiran peribadi | |
Parti politik | GAGASAN (sejak 2023) BERSATU (2020-2022) BERSATU (2019-2020) UMNO (-2019) |
Pasangan | Datin Lenny Natasha Musa (k. 2007) |
Hubungan | Musa Aman (bapa mentua) Yamani Hafez Musa (ipar) |
Keluarga sunting
Beliau telah berkahwin dengan Datin Lenny Natasha Musa, anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada 2007 lalu.[2]
Politik sunting
Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[3]
Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[4]
Selepas itu, mereka keluar dari BERSATU pada 10 Disember 2022, dan menyertai GAGASAN iaitu salah satu parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah