Mohd Ghazali Mohd Seth
Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Sri Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth (4 Februari 1929 – 24 Ogos 2021) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.
Yang Berbahagia Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Mohd Ghazali Mohd Seth PGAT PMN PSM PNBS SIMP SPMJ DHMS DA JMN PPC | |
---|---|
Kelahiran | Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) | 4 Februari 1929
Meninggal dunia | 24 Ogos 2021 Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 92)
Disemadikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kesetiaan | ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1954–1985 |
Pangkat | ![]() |
Arahan | Panglima Angkatan Tentera (1982–85) Panglima Tentera Darat (1977–82) |
Anugerah | ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Norziah Dato' Onn |
Hubungan | Dato' Mohd Seth Mohamed Said (bapa) Dato' Onn Jaafar (bapa mentua) Toh Puan Norashikin Mohd Seth (adik) Tun Hussein Onn (ipar) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (ipar) |
Ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selama 8 tahun dari tahun 1977 hingga 1985, beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (keenam), Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (ketujuh) dan akhir sekali Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor (kelapan).
Beliau juga pernah berkhidmat di bawah kepimpinan kedua-dua Perdana Menteri Malaysia iaitu iparnya sendiri, Tun Hussein Onn serta penggantinya Tun Dr. Mahathir Mohamad (sekaligus apabila Mahathir menjadi Menteri Pertahanan Malaysia dari tahun 1981 hingga 1987) sehingga persaraan beliau pada tahun yang sama iaitu tahun 1985, usia persaraan wajib secara pilihan iaitu 56 tahun.
Keluarga Sunting
Adiknya ialah Toh Puan Norashikin Mohd Seth iaitu balu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, demikianlah dia juga adalah saudara pangkat ipar kepada Tun Dr. Ismail.
Salah satu saudaranya, Kapten Mohd Adnan Mohd Seth juga berkhidmat dalam pasukan Tentera Darat. Bapanya ialah mantan Setiausaha Kerajaan Johor (1953–1956), Dato' Mohd Seth Mohd Said yang juga merupakan besan kepada Dato' Onn Jaafar serta Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin, kerana isterinya Puan Sri Datin Sri Norziah merupakan salah satu anak perempuan kepada Dato' Onn, dan makanya beliau juga adalah salah satu saudara pangkat ipar kepada Tun Hussein Onn.
Kematian Sunting
Beliau meninggal dunia pada 24 Ogos 2021 di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru[1][2][3] dan jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Norziah Onn dan empat anak, Rowina, Ida Kamaria, Datuk Badlisham dan Ahmed Reza.[4][5] Anak sulungnya, Rohani telah meninggal dunia pada 3 September 2019.
Anugerah Sunting
Kehormatan Malaysia Sunting
- Malaysia :
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (1968)[6]
- Johan Mangku Negara (JMN) (1971)[6]
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (1978)[7]
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1981)[8]
- Angkatan Tentera Malaysia :
- Johor :
- Setia Mahkota Johor (SMJ)
- Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) – Dato'
- Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato'
- Pahang Darul Makmur :
- Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – Dato', kini Dato' Indera
- Kedah :
- Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) – Dato' Paduka (1983)[9]
- Sarawak :
- Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (PPC)
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato, kini Dato Sri
- Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) – Datuk Amar (2012)
Rujukan Sunting
- ^ "Bekas PAT ketujuh meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru". Bernama. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ "Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga PAT ke-7". Berita Harian. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ "Recruit-turned General Gary Ghazali dies". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ "Jenazah bekas PAT ketujuh Mohd Ghazali selamat dikebumikan". Bernama. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ "Jenazah bekas PAT ke-7 Mohd Ghazali selamat dikebumikan". Berita Harian. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2019. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1978" (PDF).
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1981" (PDF).
- ^ "Dr. Hasmah terima kurnia Sultan Kedah" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan Kepimpinan Perdana. 18 July 1983. Dicapai pada 18 January 2022.