Norashikin Mohd Seth
Toh Puan Norashikin binti Dato' Mohd Seth (17 Januari 1930 – 2 Julai 2010) merupakan isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Antara anak mereka ialah bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Ismail. Tun Dr. Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika darurat kedua yang disebabkan oleh kesan Peristiwa 13 Mei. Sebelum itu, Tun Dr. Ismail merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri serta Duta Besar Malaysia pertama ke PBB.
Norashikin Mohd Seth | |
---|---|
Dalam jawatan 22 September 1970 – 2 Ogos 1973 | |
Didahului oleh | Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah |
Digantikan oleh | Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) | 17 Januari 1930
Mati | 2 Julai 2010 Hospital Pakar Damansara, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | (umur 80)
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Pasangan | Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (k. 1950; m. 1973) |
Pertalian | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mentua) Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar) Tun Dr. Awang Hassan (biras) Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara) Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (anak saudara) Tariq Ismail Mustafa (cucu) |
Anak | Mohamed Tawfik Ismail Zailah Ismail Badariah Ismail Tarmizi Ismail Zamakhshari Ismail Mohamed Ariff Ismail |
Ibu bapa | Dato' Mohd Seth Mohamed Said |
Saudara | Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth (abang) |
Keluarga
suntingNorashikin ialah anak ke-lima daripada lima orang adik beradik. Abang sulungnya ialah Kapten Adnan Bin Dato' Mohd Seth yang dilatih di School of Infantry, Breacon, Wales, United Kingdom yang kemudiannya merupakan Kuartermaster di Rejimen Askar Melayu DiRaja, abang keduanya ialah Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth merupakan pegawai tentera dari Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom & yang merupakan bekas Panglima ATM ke-6. Kedua kakaknya bernama Zainon & Salmiah. Ayahnya, Dato' Mohd Seth Mohd Said merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke-6 & memangku Menteri Besar Johor sewaktu Misi Kemerdekaan ke Lancaster House, London, United Kingdom bersama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[1]
Meninggal dunia
suntingToh Puan Norashikin meninggal dunia pada 2 Julai 2010 di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana sakit tua. Jenazahnya telah dibawa ke kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur untuk penghormatan terakhir dan seterusnya disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.[1] Toh Puan Norashikin merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, iaitu bekas Menteri Kebajikan Am, Tun Fatimah Hashim.
Rujukan
sunting- ^ a b "Toh Puan Norashikin Seorang Tokoh Wanita Negara Yang Boleh Diteladani". mStar Online. 4 Julai 2010. Dicapai pada 13 November 2021.