Rahah Mohamed Noah

isteri Perdana Menteri Malaysia kedua serta ibu Perdana Menteri Malaysia keenam

Allahyarhamah Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Haji Mohamed Noah (11 Jun 1933 – 18 Disember 2020) ialah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato' Hussein dan ibu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib. Beliau ialah anak kepada Tan Sri Mohamed Noah Omar, Yang di-Pertua Dewan Rakyat pertama.

Allahyarhamah
Tun Hajah

Rahah Mohamed Noah

SSM; SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); PNBS (Sarawak)
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Dalam jawatan
22 September 1970 – 14 Januari 1976
RajaAbdul Halim
Yahya Petra
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
Didahului olehSharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
Digantikan olehSuhailah Mohamed Noah
Butiran peribadi
Lahir(1933-06-11)11 Jun 1933
Muar, Johor, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal dunia18 Disember 2020(2020-12-18) (umur 87)
Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
PasanganAbdul Razak Hussein (k. 1952; m. 1976)
Anak-anakMohd Najib
Ahmad Johari
Mohd Nizam
Mohd Nazim
Mohd Nazir
HubunganHussein Onn (abang ipar)
Abdul Rahman Ya'kub (besan)
Hishammuddin Hussein (anak saudara)
Abdul Aziz Taha (besan)

Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, Malaysia.

Biografi sunting

Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor. Beliau ialah anak kedua daripada empat beradik dan anak kepada Mohamed Noah Omar. Semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Rahah diperkenalkan kepada Abdul Razak Hussein yang pada ketika itu sudah menjadi ahli aktif parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh Taib Andak, rakan kepada Abdul Razak semasa belajar di London. Mereka berkahwin pada 4 September 1952, ketika Rahah berusia 19 tahun, manakala Razak sudah berusia 30 tahun (kerana jarak umur yang agak jauh iaitu 11 tahun perbezaan).[1]

Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Sebagai pasangan perdana menteri, Rahah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).[1] Pada tahun 1976, suami beliau meninggal dunia, meninggalkan Rahah menjadi balu pada usia 43 tahun.

Rahah ialah canselor Universiti Tun Abdul Razak, universiti yang ditubuhkan untuk memperingati jasa suaminya.[1] Oleh kerana Abdul Razak ialah perdana menteri yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Republik Rakyat China, semua duta besar China membuat kunjungan hormat kepada Rahah setelah tiba di Malaysia.[2]

Dalam satu temu bual bersama Rahah pada tahun 2011, beliau berkata bahawa beliau menghabiskan sebahagian besar masanya menghadiri kelas agama bersama dengan rakan-rakan.[3]

Meninggal dunia sunting

Tun Rahah meninggal dunia pada 18 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.[4]

Tun Rahah telah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara bagi mengenang jasa beliau sebagai seorang tokoh wanita negara dan telah disempurnakan di Lingkaran Makam Pahlawan pada 19 Disember 2020.[5]

Suami beliau, Tun Abdul Razak Hussein disemadikan di Makam Pahlawan bersama abang iparnya, Tun Hussein Onn, manakala bapanya, Tan Sri Mohamed Noah Omar dan kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah disemadikan bersama beliau di Lingkaran Makam Pahlawan.

Keluarga sunting

Abdul Razak dan Rahah mempunyai lima orang anak:[1]

Kakak kepada Rahah, Suhailah, berkahwin dengan pengganti Abdul Razak sebagai perdana menteri, Hussein Onn.[7]

Anugerah sunting

Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Tun Rahah Noah". Ensiklopedia Bahasa Malaysia. JBDirectory. Dicapai pada 6 June 2011.
  2. ^ "Malaysian PM's visit seeks more "vertical development" in ties with China". BBC Monitoring Asia Pacific - Political. 1 June 2009.
  3. ^ "Najib's an obedient child, always listen to advice – Tun Rahah". Bernama. 10 May 2011. Dicapai pada 6 June 2011.
  4. ^ "Najib's mum Tun Rahah has died, aged 87". The Star. Dicapai pada 18 December 2020.
  5. ^ Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara
  6. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2005/04/23/nazim-to-wed-former-nona-host-norjuma/
  7. ^ "Najib's three beloved 'swans'". The Malaysian Insider. 31 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2010.
  8. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1976" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-17. Dicapai pada 2020-12-21.