Nor Amisah Abdullah

(Dilencongkan dari Nurin Misha)

Nur Amisah Abdullah (14 Jun 1966 – 12 Ogos 2018), juga dikenali sebagai Nurin Misha adalah pelakon wanita Malaysia.

Nor Amisah Abdullah
Kelahiran
Nor Amisah binti Abdullah

(1966-06-14)14 Jun 1966
Meninggal dunia12 Ogos 2018(2018-08-12) (umur 52)
Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Malaysia[1]
Sebab kematianSesak nafas[2]
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bangko Jalan Kuching, Kuala Lumpur
Nama lainNurin Misha
PekerjaanPelakon
PasanganAlias Ariffin
Anak-anak5

Kehidupan awal sunting

Anak kelahiran Sungai Siput, Perak ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tok Muda Abdul Aziz (STMAA) Sungai Siput Utara, Perak.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau merupakan isteri kepada Alias bin Ariffin yang telah berkongsi hidup sehingga akhir hayatnya. Beliau juga turut dikurniai lima orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan) iaitu Muhd Noor Arif, Muhd Razali, Muhd Affendi, Nur Amira dan Nuraleeya Maisara. Beliau yang berwajah manis, lembut dan redup keibuan ini, merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dengan membesarkan anak-anak didepan mata. Seorang ibu dan isteri yang penyayang serta sentiasa mengambil berat tentang perihal akan keluarganya. Dalam masa yang sama, beliau turut mencari pendapatan samping dengan menjual nasi lemak di kawasan perumahan kediamannya yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bagi meringankan beban suami. Isteri kepada salah seorang petugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini, cukup terkenal dengan sifat peramah, baik hati dan murah dengan senyuman dikalangan pelanggan-pelanggan jualannya.

Kerjaya lakonan sunting

Beliau mula menceburi diri dalam bidang lakonan secara suka-suka. Hanya berperanan sebagai pelakon tambahan, tanpa mengira soal bayaran yang diterima, kelibat beliau sering muncul dalam drama-drama melayu di pelbagai saluran rangkaian dikaca televisyen. Walaupun hanya sekadar memainkan watak sampingan. Dengan kesesuaian mimik wajah, gerak badan dan tingkah bersahaja ketika beraksi dihadapan kamera, beliau mampu memainkan watak dan peranan sebagai ibu-ibu yang tersakiti, pembantu rumah, malah watak "Makcik Bawang" sekalipun dengan penuh berkesan. Mungkin dikalangan peminat-peminat drama melayu kurang mengenali nama pentas beliau sebagai "Nurin Misha", namun wajah dan lakonan beliau sentiasa diingati menerusi watak lakonannya. Antaranya watak yang paling diingati adalah sebagai "Mak Ngah Lijah" dalam siri drama popular berjudul "7 Hari Mencintaiku" yang disiarkan dalam saluran TV3 sekitar tahun 2016. Tidak kurang juga watak yang dibawa sebagai Makcik Diba dalam drama telenovela "Cinta Tiada Ganti" pada tahun 2018 yang diadaptasikan daripada drama Filipina berjudul "Sana'y Wala Nang Wakas" (2003) yang disiarkan di saluran Astro Prima. Beliau bukan sahaja berperanan sebagai seorang pelakon tetapi turut membekalkan bakat-bakat baru dalam bidang lakonan yang diperlukan oleh pihak produksi.

Kematian sunting

Nur Amisah meninggal dunia kerana sesak nafas di kediamannya di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada pada hari Ahad, 12 Ogos 2018, jam 9.30 pagi di usia 52 tahun. Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching pada hari yang sama.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Telefilem sunting

  • Coklat (2007)
  • Taubat Seorang Samseng (2012)
  • Anak Pak Hussien (2012)
  • Mak Sanggup (2012)
  • Kerana Dia (2013)
  • Oh My English!: Oh My Ganu! (2013)
  • Mulut Murai Tempayan (2013)
  • Ally Akashah (2015)
  • Ramadan Berteduh Syawal (2015)
  • Bella (2016)
  • Oh My English!: Oh My Ganu! 2 (2016)
  • Alien Janda Baik (2016)
  • Calon Syurga (2016)
  • Kad Raya Dalam Kolong (2017)
  • Aku Mahu Hidup (2017)
  • Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi (2018)
  • Arafah (2018)

Drama sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pelakon Cinta Tiada Ganti, Nur Amisah Abdullah Meninggal Dunia". Media Hiburan. 12 Ogos 2018.
  2. ^ "Dramatis Nor Amisah Abdullah meninggal dunia". mStar. 12 Ogos 2018.
  3. ^ "Doakan emak tenang di sana..." Harian Metro. 12 Ogos 2018.