Pandemik COVID-19 di Negeri Sembilan

Pandemik COVID-19 telah mula dikesan di Negeri Sembilan, Malaysia pada 5 Februari 2020.

Pandemik COVID-19 di Negeri Sembilan
PenyakitPenyakit koronavirus 2019 (COVID-19)
Baka virusKoronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2)
Lokasi Negeri Sembilan, Malaysia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan5 Februari 2020
(4 tahun, 2 bulan dan 2 minggu)
Kes yang disahkan124,919
Kes aktif5,421
Sembuh118,156
Kematian
1,342
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&01.&700001.07%
Wilayah
7 daerah, 55 mukim (Aktif 14 hari)

Dua kes jangkitan pertama di Negeri Sembilan dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang telah di bawa pulang ke tanah air dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 4 Februari 2020. Kedua-duanya menerima rawatan di wad isolasi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan berada dalam keadaan stabil. Mereka disahkan sembuh pada 17 Februari 2020.[1][2]

Kes kematian pertama di Negeri Sembilan pula direkodkan pada 29 Mac 2020 melibatkan seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam[3]. Beliau merupakan pesakit kes ke-2123, dan merupakan kes kematian ke-29 di Malaysia.

Statistik sunting

Situasi Pandemik COVID-19 di Negeri Sembilan[4]
Tarikh Kes baharu Kumulatif kes Kes aktif Kes sembuh Kematian
Tempatan Import Tempatan Import KDR PKRC Hospital ICU
11 Februari
2022
1,219 16 123,857 1,062 4,854 222 341 4 118,156 1,342
1,235 124,919 5,421

Jumlah kes tempatan dalam 14 hari mengikut daerah di Negeri Sembilan[5]

Daerah Aktif 14 hari
(tempatan)
Seremban 2,910
Port Dickson 936
Jempol 686
Tampin 529
Rembau 334
Kuala Pilah 295
Jelebu 260

Garis masa sunting

2020 sunting

Pada 5 Februari, dua kes pertama positif COVID-19 telah dikesan di Negeri Sembilan yang di bawa pulang ke tanah air dari Wuhan, China. Mereka telah disahkan sembuh pada 17 Februari yang juga merupakan kes sembuh pertama yang direkodkan. Pada 28 Mac, kematian pertama akibat COVID-19 direkodkan di Negeri Sembilan.

Kes baharu COVID-19 di Negeri Sembilan (2020)

Kes sembuh COVID-19 di Negeri Sembilan (2020)

Kematian COVID-19 di Negeri Sembilan (2020)

2021 sunting

Kes baharu COVID-19 di Negeri Sembilan (2021)

Orang penting sunting

  1. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri Sembilan : Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun.
  2. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) : Veerapan Superamaniam
  3. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan : Datin Dr. Harlina Abdul Rashid
  4. Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban: Dr. Zaleha Md Noor
  5. Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan : Haji Nor Azmi Musa

Rujukan sunting

  1. ^ "Situasi Terkini 17 Feb 2020". Portal COVID-19 di Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  2. ^ Dzulkefly Ahmad (18 Februari 2020). "Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia" (PDF). Portal COVID-19 di Malaysia. Dicapai pada 14 November 2020.
  3. ^ "Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, 29 Mac 2020" (PDF). Portal COVID-19 di Malaysia. 29 Mac 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  4. ^ "CovidNow - COVID-19 di Negeri Sembilan" (dalam bahasa Melayu). Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "COVID-19 Malaysia - Terkini Negeri".

Sumber rujukan sunting