Pekaka Bakau Biasa

spesies burung


Pekaka Bakau Biasa atau Burung Pekaka Sungai (bahasa Inggeris: Collared Kingfisher), atau Halcyon chloris adalah sejenis burung yang mempunyai bulu pelepah yang berwarna biru terang dan leher berwarna putih.[1]

Pekaka Bakau Biasa
frames
Pengelasan saintifik

Burung Pekaka Sungai merupakan pekaka bersaiz serdahana yang termasuk dalam keluarga Halcyonidae, pekaka pokok("tree kingfisher"). Ia memiliki julat taburan yang luas dari Laut Merah mengunjur ke selatan Asia dan Australasia hingga ke Polynesia. Ia merupakan spesies banyak kelainan dengan sekitar 50 spesies kecil.

Burung Pekaka Sungai tinggal di kawasan ini sepanjang tahun dan suka bertenggek di atas batang-batang pokok dan menyelam untuk menangkap ikan dan haiwan kecil lain untuk dijadikan makanan. Burung ini bising dan boleh dikenali dengan bunyi kek-kek-kek-kek-kek yang kasar.

Gambaran

sunting
 
Burung Pekaka Sungai betina, Fiji.

Burung Pekaka Sungai sekitar 22 hingga 29 cm panjang dan berat antara 51 hingga 90 gram. Ia memiliki warna pelepak pelbagai dari biru ke hijau di bahagian atas dan bahagian bawah boleh jadi putih atau kelabu ("buff"). Terdapat belang putih pada lehernya menonjolkan kelainannya. Sesetengah spesies kecil memiliki celoreng putih atau kelabu ("buff") di atas matanya sementara yang lain memiliki tompok putih antara mata dan paruhnya. Mungkin terdapat belang hitam melalui mata. Paruh Burung Pekaka Sungai besar hitam dengan asas kuning pucat pada bahagian mandibal bawah.

Burung Pekaka Sungai betina cenderung lebih kehijauan berbanding burung jantan. Burung muda adalah lebih kelabu berbanding burung dewasa dengan tanda bersisik gelap pada leher dan dadanya.

Ia memiliki pelbagai bunyi panggilan yang berbeza menurut taburan geografi. Panggilan paling biasa adalah kuat, kasar dan seperti logam dan diulang beberapa kali.

 
Kepala spesies kecil: T. c. armstrongi (atas), T. c. solomonis (tengah), T. c. chloris (bawah)

Taburan dan habitat

sunting

Ia biasa di dapati di kawasan persisiran, terutama kawasan paya bakau. Ia turut mendiami tanah ladang, hutan terbuka, padang rumput dan taman. Disesetengah tempat, terutamanya di kepulauan, ia boleh didapati lebih jauh di darat, jauh di dalam hutan dan pergunungan. Burung Pekaka Sungai sering jelas bertenggek di wayar, bongkah batu atau dahan botak.

Kebanyakan spesies kecil yang terdapat lebih jauh ke barat tanah daratan Eurasian/Afrika adalah T. c. abyssinica di timur laut Afrika yang dijumpai di tompokan paya bakau di Eritrea dan juga direkodkan di Sudan dan Somalia. Lebih ke timur di Arabia terdapat spesies terancam T. c. kalbaensis dengan bilangan populasi kurang dari 55 pasangan; ia hampir keseluruhannya terhad ke Khor Kalba di United Arab Emirates tetapi pembiakan turut direkodkan berlaku di Khor Shinass di Oman. Spesies kecil lanjut tempatan didapati sekitar persisiran India dan Bangladesh dan di Kepualuan Andaman dan Nicobar. Di Asia Tenggara dan Indonesia spesies ini tersebar luas dan biasa didapati, terdapat jauh di darat disesetengah kawasan. Ia kembali menjaid spesies utama persisiran di New Guinea dan di utara Australia di mana ia terdapat di Teluk Jerung, Australia Barat sekitar timur laut New South Wales. Di kepulauan Pasifik ia kepelbagaian biasa di habitat persisiran dan daratan dengan pelbagai spesies kecil wujud di Kepualuan Bismarck, Pulau Solomon, Vanuatu, Fiji, Tonga, American Samoa, Palau dan Marianas Utara.

Daftar spesies kecil

sunting

Terdapat banyak spesies kecil dalam julat spesies persisiran besar dan darat menjalar dari Laut Merah sehingga tengah Polynesia, dengan penumpuan tertinggi taxa di Melanesia:[2]

Persisiran Arab dan Laut Merah

sunting
  • T. c. abyssinicus (Pelzeln, 1856) – selatan persisiran Laut Merah Somalia dan Arab
  • T. c. kalbaensis (Cowles, 1980) – selatan persisiran Arab

India dan Lautan India

sunting

Asia Tenggara

sunting
  • T. c. humii (Sharpe, 1892) – persisiran Bengal Barat ketimur sehingga ke Burma (termasuk Kepulauan Mergui), Semenanjung Malaysia, Pulau Tioman dan timur laut Sumatera.
  • T. c. armstrongi (Sharpe, 1892) – pendalaman Burma dan Thailand, Indochina dan timur China
  • T. c. laubmannianus (Grote, 1933) – Sumatera dan Borneo, termasik kepulauan perantaraan.
  • T. c. chloropterus (Oberholser, 1919) – kepulauan barat Sumatera
  • T. c. azelus (Oberholser, 1919) – Pulau Enggano
  • T. c. palmeri (Oberholser, 1919) – pulau Jawa, Bali, Bawean dan Kangean.
  • T. c. collaris (Scopoli, 1786) – Filipina.

Wallacea, New Guinea dan utara Australia

sunting

Micronesia

sunting
  • T. c. teraokai (Nagamichi Kuroda, 1915) – Palau
  • T. c. owstoni (Rothschild, 1904) – Asuncion, Agrihan, Pagan and Almagan
  • T. c. albicilla (Dumont, 1823) – Saipan and Tinian
  • T. c. orii (Takatsukasa & Yamashina, 1931) – Rota

Melanesia

sunting
Pulau Papua New Guinea
  • T. c. matthiae (Heinroth, 1902) – Pulau St Matthias
  • T. c. nusae (Heinroth, 1902) – New Hanover, New Ireland dan Pulau Feni
  • T. c. novaehiberniae (Hartert, 1925) – baratdaya New Ireland.
  • T. c. bennetti (Ripley, 1947) – Pulau Nissan
  • T. c. stresemanni (Laubmann, 1923) – pulau antara tanah besar New Guinea dan New Britain
  • T. c. tristrami (E. L. Layard, 1880) – New Britain
  • T. c. colonus (Hartert, 1896) – Kepulauan Louisiade
Pulau Solomon
  • T. c. alberti (Rothschild & Hartert, 1905) – barat dan tengah Pulau Solomon
  • T. c. pavuvu (Mayr, 1935) – Pavuvu
  • T. c. mala (Mayr, 1935) – Malaita
  • T. c. solomonis (E. P. Ramsay, 1882) – Makira and adjacent islands
  • T. c. sororum (I. C. J. Galbraith & E. H. Galbraith, 1962) – Malaupaina and Malaulalo
  • T. c. amoenus (Mayr, 1931) – Rennell and Bellona
  • T. c. ornatus (Mayr, 1931) – Nendo and Tinakula
  • T. c. brachyurus (Mayr, 1931) – Reef Islands
  • T. c. vicina (Mayr, 1931) – Duff Islands
  • T. c. utupuae (Mayr, 1931) – Utupua
  • T. c. melanodera (Mayr, 1931) – Vanikoro
Vanuatu
Fiji

Polynesia

sunting
  • T. c. regina (Mayr, 1941) – Futuna
  • T. c. pealei (Finsch & Hartlaub, 1867) – Tutuila
  • T. c. manuae (Mayr, 1941) – Ofu-Olosega dan Tau
  • T. c. sacer (J. F. Gmelin, 1788) – tengah dan selatan Tonga

Permakanan

sunting

Ketam kecil merupakan makanan kegemaran di kawasan persisiran tetapi pelbagai jenis haiwan lain turut dimakan termasuk serangga, cacing, sipur, udang, katak, mengkarung dan ikan kecil. Burung Pekaka Sungai sering lama kaku bertenggek menunggu mangsa. Apabila ia melihat sesuatu, ia melayang turun untuk menangkapnya dan kembali bertenggek di mana benda lebih besar dihentam pada dahan bagi melemakan mereka. Sebarang sisa tidak hadam dimuntahkan sebagai palet.

Pembiakan

sunting

Sarangnya di bina dalam lubang, samaada lubang pokok semula jadi atau lubang yang digali burung Pekaka Sungai sendiri pada pokok reput, busut anai-anai, atau tebing tanah. Burung Pekaka Sungai turut mendiami lubang burung belatuk yang ditinggalkan. Dua hingga tujuh telor keputihan diletakkan langsung pada dasar lubang tanpa sebarang bahan alas diletakkan. Kedua kelaurga mengambil bahagian mengeram telor dan memberi anak burung makan. Anak burung meninggalkan sarang selepas 44 hari menetas. Dua kawanan sering dibesarkan dalam setahun.

Rujukan

sunting
  1. ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
  2. ^ "Collared Kingfisher (Todiramphus chloris)". Internet Bird Collection (HBW 6, p.219). Lynx Editions. Dicapai pada 2012-06-03.
  • Rob Baldwin & Colin Richardson, Mangroves: Arabian sea forests Diarkibkan 2010-01-31 di Wayback Machine, accessed 11/04/07.
  • Heinrich L. Bregulla (1992) Birds of Vanuatu, Anthony Nelson, Oswestry, England.
  • C Hilary Fry, Kathie Fry & Alan Harris (1992) Kingfishers, Bee-eaters & Rollers, Christopher Helm (Publishers) Ltd., London.
  • Graham Pizzey & Frank Knight (1997) The Graham Pizzey & Frank Knight Field Guide to the Birds of Australia, HarperCollins, London, UK.
  • Craig Robson (2002) A Field Guide to the Birds of South-East Asia, New Holland Publishers (UK) Ltd.

Pautan luar

sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z