MNH48 ialah nama pengguna untuk Nurul Azeera Hidayah @ Muhammad Nur Hidayat (Jawi: نور الأزيرا هداية الياس محمد نور هداية, Sebutan: /nuːroʊl/ /ɑːziːrɑː/ /hɪdɑːjɑː/ /ɑːljɑːs/ /mʊhɑːmmɑːd/ /nuːr/ /hɪdɑːjɑː/) dan ianya merupakan gabungan dari singkatan nama kelahiran dan nombor kegemaran. Di dunia nyata, dia dikenali dengan nama panggilan Yaya.
Latar Belakang
Yaya ialah seorang yang berjantina bukan perduaan (non-binary), iaitu seorang yang tidak melihat dirinya mempunyai sebarang jantina, dan secara khususnya sangat benci apabila dikaitkan dengan jantina lelaki atau ciri-ciri kelelakian (masculinity). Dia selalunya menyertai acara-acara berkaitan animasi, komik dan permainan (ACG) seperti Comic Fiesta, dengan bermain kostum watak perempuan seperti Toyama Kasumi dari francais Bandori. Pada waktu kebiasaannya, dia memakai pakaian yang neutral jantina seperti seluar jeans dan baju-t, tetapi dia boleh dilihat memakai skirt pendek berstokin panjang ketika keluar bersantai dengan rakan karibnya.
Yaya berasal dari Sungai Lalang, Kedah dan kini menetap di Desa Setapak, Kuala Lumpur kerana sedang menjalani latihan industri di sebuah organisasi bukan untung di sekitar kawasan Jalan Sultan Ismail untuk melengkapkan keperluan bagi menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor, Malaysia. Sebelum berpindah ke Desa Setapak, dia tinggal di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor untuk memudahkan pergerakan ke kelas.
Minat
Yaya ialah peminat utama francais LoveLive! (Wikipedia BI), LoveLive! Sunshine!!, Bandori (Wikipedia BI) dan Revue Starlight (Wikipedia BI) serta sangat membenci orang yang menterbalikkan nama orang Jepun. Kekalkan format nama Jepun, dengan nama keluarga di hadapan dan nama diberi di belakang! Kurosawa Ruby tidak sepatutnya ditulis sebagai Ruby Kurosawa terutamanya dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu mementingkan keaslian dan semua susunan nama mestilah dikekalkan seperti susunan dalam bahasa asal.
Yaya agak aktif dalam kerja-kerja penterjemahan perisian bebas dan bersumber terbuka, namun waktu penyumbangan agak terhad kerana sibuk mencari pekerjaan di negara yang penuh diskriminasi terhadap golongan jantina minoriti ini. Pada waktu lainnya, dia berada di pelayan Discord bagi kumpulan peminat Bandori Malaysia yang dinamakan MYANDORI atau di pelayan-pelayan Discord yang lain, termasuk pelayan Wikipedia Bahasa Melayu.
Hobi
- Menterjemah bahasa asing kepada bahasa Melayu.
- Bermain permainan video
- Menonton animasi Jepun
- Membaca komik Jepun
- Menyunting video dan memuat naik ke YouTube
- Bermain-main dengan aplikasi Rainmeter
- Melukis dengan Inkscape
- Menulis laman web
- Menulis modifikasi untuk permainan Minetest
- Membuat tekstur untuk permainan Minetest
- Mengehos pelayan permainan Minetest
- Bersembang dalam IRC Minetest
Menyunting Wikipedia hanyalah satu hobi sampingan apabila internet saya elok. Pada waktu biasa, saya selalunya menaip sarikata peminat (fansub) untuk video-video lagu yang menerima sumbangan masyarakat, terutamanya video yang diterbitkan oleh YouTuber Maya seperti HIMEHINA dan Mirai Akari. Dahulunya, saya pernah juga menaip sarikata peminat untuk video lagu Jepun secara tidak rasmi, terutamanya lagu AKB48, serta menaip untuk anime yang saya minati seperti AKB0048, tetapi saya telah berhenti demi menghormati hak cipta mereka. Saya selalunya menaip sarikata bahasa Melayu, tetapi kadang kala turut menaip sarikata bahasa Inggeris dan bahasa Cina sekiranya tiada orang lain yang berminat.
Tujuan Menyumbang Wikipedia
Pada awalnya, saya salah seorang peminat tegar AKB48 dan saya berasa kecewa apabila kali pertama masuk ke Wikipedia bahasa Melayu (bawah akaun lama), artikel tentang AKB48 tidak begitu lengkap dan kemudiannya saya kembali ke Wikipedia bahasa Inggeris. Tetapi, kemudiannya saya kembali sekejap untuk menolong yang termampu untuk menaikkan nama AKB48 walaupun Maeda Atsuko telah graduasi, kerana pada waktu itu saya masih suka ahli lain seperti Watanabe Mayu. Saya juga berharap semua album single mereka dapat dijual sepenuhnya di Malaysia, album single yang ada dua hingga lima lagu tidak seperti album penuh, seperti album single "真夏のSounds good!"(Manatsu no Sounds Good!), barulah dapat menyokong artis dengan membeli DVD original.
Balik kepada topik asal, saya masuk Wikipedia bahasa Melayu pada asalnya adalah untuk menambah artikel tentang adik beradik 48 ini, sebelum menghilangkan diri sebentar. Kini, saya hanyalah peminat pasif bagi kumpulan-kumpulan tersebut dan lebih tertumpu kepada anime dan muzik Jepun lain, seperti siri LoveLive!, dan juga Vocaloid. Saya berharap saya mampu menambah lebih banyak artikel berkaitan anime dan muzik Jepun agar lebih ramai orang mengenali dan mengetahui kewujudan mereka.
Pautan Luar
- tl.mnh48.moe - Penjejak terjemahan Yaya
- ms.mnh48.com - Blog peribadi bahasa Melayu
- en.mnh48.com - Blog peribadi bahasa Inggeris
- mt.mnh48.com - Blog dwibahasa khusus untuk permainan Minetest
- www.mnh48.moe - Laman web biasa
- home.mnh48.moe - Laman web terjemahan
- github.mnh48.com - Laman github
- sv.mnh48.com - Domain untuk pelayan permainan Minetest, maklumat lanjut di sini