Salman Jkk
Kelahiran
Kapten (B) A.P.M Ahmad Salman Bin Zamri Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

25 September 1974
PendidikanSenireka dan Komputer Grafik (DIPLOMA)
PekerjaanPelakon, Pelawak, Pengacara, Exco Persatuan Seniman Malaysia
Tahun aktif1995 - Kini
Terkenal keranaMaharaja Lawak Mega Sitkom JKK Muzikal lawak Superstar
AnugerahPelakon Lelaki Terbaik Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Salman al-Farisi atau lebih dikenali sebagai Salman Jkk ialah seorang pelakon, Pelawak dan Pengacara lelaki Malaysia. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri Sitkom televisyen Jenaka Kampung Kalut TV3, J.K.K Extra J Kaw! Running Man Malaysia TV3 dan drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak The Series ASTRO dan menjadi peserta program program realiti ASTRO Maharaja Lawak Mega iaitu kumpulan Lanun bersama-sama dengan barisan Artis dan Pelawak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Lakonan sketsa beliau yang meninggalkan kesan mendalam kepada jutaan penonton semasa penampilan bersama kumpulan Nasyid popular Hijjaz dalam program program realiti Gema Gegar Vaganza https://ms.wikipedia.org/wiki/Gema_Gegar_Vaganza_1_(2017). Kini, terlibat dalam banyak pementasan Teater, Drama dan Filem tempatan terutamanya di stesen Televisyen RTM1, TV3 dan ASTRO

Banyak diundang ke program tv genre jenaka atau hiburan sebagai guests artis antara terbaru Kongsi Rasa Istimewa Untukmu - Chef Liza bersama selebriti", Camno Tu - professor serba tahu" dan Senang Terhibur

Mempunyai program jenaka nasihat 26 episod terbitan TV3 Pak Kodi Apa Cita? bersama Ropie Cecupak yang dimuat turun YouTube

Pautan Luar sunting