Pentas Akhir Copa América 2024
Pentas Akhir Copa América 2024 merupakan perlawanan bola sepak akan datang untuk menentukan pemenang Copa América 2024. Perlawanan itu akan menjadi pentas akhir yang ke-48 daripada Copa América, kejohanan ini dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki persatuan ahli CONMEBOL. Edisi ini juga menampilkan pasukan dari CONCACAF dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah. Perlawanan itu dijadualkan diadakan di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida, pada 14 Julai 2024.[2]
Peristiwa | Copa América 2024 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Selepas masa tambahan | |||||||
Tarikh | 14 Julai 2024 | ||||||
Tempat | Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida | ||||||
Permain terbaik | Ángel Di María (Argentina)[1] | ||||||
Pengadil | Raphael Claus (Brazil) | ||||||
← 2021 2028 → |
Perlawanan telah ditangguhkan selama lebih 1 jam 20 minit atas beberapa siri insiden yang berlaku berhampiran stadium.[3][4]
Perlawanan itu dipertandingkan antara gelaran juara 2021, Argentina dalam penampilan pentas akhir ke-30 dan Colombia dalam penampilan pentas akhir yang ke-3 saja. Daripada 29 perlawanan akhir sebelum ini, Argentina memenangi rekod sebanyak 15 kali juara, manakala Colombia memenangi perlawanan akhir mereka pada tahun 2001. Ini merupakan perlawanan akhir kejohanan utama Argentina kali ketiga berturut-turut, selapas perlawanan akhir Copa América 2021 dan Piala Dunia FIFA 2022, satu pencapaian yang hanya dicapai 5 kali sebelum ini, dengan Jerman Barat (1972, 1974, 1976), Brazil (1994, 1995, 1997, 1998, 1999), Sepanyol (2008, 2010, 2012), Argentina (2014, 2015, 2016) dan Mexico (di Piala Emas CONCACAF). Aregntina menewaskan Colombia dengan keputusan 1–0 selepas masa tambahan untuk memenangi Copa América ke-16 yang telah memecah rekod dalam sejarah.[5]
Lokasi
suntingStadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida, berhampiran bandar Miami, akan menjadi tuan rumah perlawanan pentas akhir. Ia telah disahkan sebagai tuan rumah pada 20 November 2023.[6] Amerika Syarikat telah diumumkan sebagai tuan rumah pada Januari 2023; negara sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Copa América Centenario pada 2016 dengan pentas akhir dimainkan di Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey, berhampiran Bandar Raya New York.[7][8]
Stadium Hard Rock mempunyai permukaan rumput serta 65,000 tempat duduk.[9] Ia dibuka pada tahun 1987 dan menjalani pengubahsuaian besar dari tahun 2015 hingga 2017 yang menambah bumbung dan ciri-ciri lain.[10] Stadium ini juga merupakan tempat tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026.[9]
Hiburan
suntingLagu kebangsaan
suntingSebelum permulaan pentas akhir, penyanyi Colombia Becky G dan penyanyi Argentina Abel Pintos menyanyikan lagu kebangsaan negara masing-masing.[11]
Persembahan separuh masa pertama
suntingShakira diumumkan sebagai penghibur separuh masa pertama untuk perlawanan akhir pada 8 Julai 2024.[12] Beliau mempersembahkan 4 lagu dalam set 26 minit dengan penari sandaran dan robot.[11][13] Lanjutan separuh masa pertama daripada 15 minit telah dikritik oleh jurulatih Colombia Néstor Lorenzo sebelum separuh masa kedua bermula.[14]
Laluan ke pentas akhir
suntingArgentina | Pusingan | Colombia | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan | Keputusan | Peringkat kumpulan | Lawan | Keputusan | ||||||||||||||||||||
Kanada | 2–0 | Perlawanan 1 | Paraguay | 2–1 | ||||||||||||||||||||
Chile | 1–0 | Perlawanan 2 | Costa Rica | 3–0 | ||||||||||||||||||||
Peru | 2–0 | Perlawanan 3 | Brazil | 1–1 | ||||||||||||||||||||
Pemenang Kumpulan A | Kedudukan akhir | Pemenang Kumpulan D
Sumber: CONMEBOL | ||||||||||||||||||||||
Lawan | Keputusan | Peringkat kalah mati | Lawan | Keputusan | ||||||||||||||||||||
Ecuador | 1–1 (4–2 pen.) | Suku akhir | Panama | 5–0 | ||||||||||||||||||||
Kanada | 2–0 | Separuh Akhir | Uruguay | 1–0 |
Kesesakan pra-perlawanan
suntingStadium itu dijangka habis dijual dengan melebihi 65,000 orang hadir. Pada sekitar 5.40pm ET,[15] beberapa jam sebelum perlawanan yang dijadualkan bermula pada pukul 8.00pm ET, berpuluh-puluh penyokong Colombia melompat ke atas pagar keselamatan dan berlari melepasi pegawai polis ke Stadium Hard Rock.[16][17][18] Beberapa insiden berlaku di pintu barat daya yang dikhaskan untuk wartawan, VIP, dan keluarga pemain..[17][18] Sebagai tindak balas, pegawai polis mengunci pintu masuk.[16] Pada kira-kira jam 8:10 malam waktu tempatan, keselamatan stadium membuka semula pintu pagar untuk mengelakkan hancuran orang ramai dan perlahan-lahan membenarkan pemegang tiket masuk ke stadium.[16][15] Ribuan peminat dihalang daripada memasuki stadium berikutan insiden tersebut.[17]
Stadium Hard Rock mengeluarkan kenyataan bahawa "Sebagai menjangkakan Pentas Akhir Copa America malam ini, beribu-ribu peminat tanpa tiket cuba memasuki stadium secara paksa, meletakkan peminat lain, pegawai keselamatan dan penguatkuasa undang-undang pada risiko yang melampau."[16][17] Permulaan pentas akhir telah ditangguhkan selama 1 jam 22 minit sehingga jam 9:22pm ET.[16][17] Dianggarkan 7,000 orang masuk tanpa tiket.[15] Pihak keselamatan terus memeriksa tiket mereka yang berada di dalam stadium dan membersihkan lorong yang sesak ketika perlawanan sedang berlangsung.[15]
550 pegawai dari Jabatan Polis Miami-Dade telah ditugaskan untuk perlawanan itu.[16] Beberapa tangkapan telah dibuat atas pencerobohan serta pencerobohan ke atas seorang pegawai polis.[17] Jabatan Penyelamat Bomba Miami-Dade menyediakan stesen kecemasan di dalam untuk peminat yang mengalami keletihan akibat haba yang menjangka 88 °F (31 °C).[17]
Perlawanan
suntingArgentina | 1–0 (s.m.t.) | Colombia |
---|---|---|
La. Martínez 112' | Laporan (CONMEBOL) Laporan (CONCACAF) |
Argentina[19]
|
Colombia[19]
|
|
|
Pemain terbaik perlawanan:
Penolong pengadil:
|
Peraturan perlawanan
|
Nota
sunting- ^ Masa perlawanan mula telah ditangguhkan dari masa asal 8:00 malam EDT.
Rujukan
sunting- ^ a b "Superior Player of the Match | CONMEBOL Copa América". Copa América. CONMEBOL. June 20, 2024. Dicapai pada July 14, 2024.
- ^ "2024 Copa América Match Schedule" (PDF). CONMEBOL. December 7, 2023. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada December 25, 2023. Dicapai pada December 7, 2023.
- ^ Lev, Kathleen Magramo, Jacob (2024-07-15). "Argentina wins Copa América in Miami final marred by chaotic crowd scenes and tearful Messi goodbye". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-15.
The scenes of celebration were the culmination of a chaotic night in Florida, after kick-off was delayed by more than an hour and 20 minutes when “thousands of fans without tickets attempted to forcibly enter the stadium,” according to a stadium spokesperson.
- ^ a b Carlisle, Jeff. "Copa América final start delayed 30 minutes after fans rush gates". ABC News. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ Burrows, Ben (15 July 2024). "Argentina beats Colombia to win record-breaking Copa America title". The Athletic. Dicapai pada 15 July 2024.
- ^ Kaufman, Michelle (November 21, 2023). "Golazo Miami! 2024 Copa America final to be held at Hard Rock Stadium next summer". Miami Herald. Dicapai pada Disember 7, 2023.
- ^ Mather, Victor; Panja, Tariq (Januari 27, 2023). "Copa América Will Return to U.S. in 2024". The New York Times. Dicapai pada Disember 7, 2023.
- ^ Cardenas, Felipe (Februari 8, 2023). "Why the U.S. hosting Copa América again is unpopular in Latin America, but might be necessary". The Athletic. Dicapai pada Disember 7, 2023.
- ^ a b Newberry, Paul (November 20, 2023). "Miami's Hard Rock Stadium to host final for 2024 Copa América". NBC South Florida. Dicapai pada December 7, 2023.
- ^ Spencer, Laura (January 31, 2020). "Kansas City Sports Architecture Takes Center Stage On Super Bowl Sunday". KCUR. Dicapai pada December 7, 2023.
- ^ a b "Quiénes cantaron en el Show de Clausura de Copa América 2024". TyC Sports (dalam bahasa Sepanyol). July 14, 2024. Dicapai pada July 15, 2024.
- ^ Kaufman, Michelle (July 9, 2024). "Shakira, known for her World Cup soccer anthems, to perform at Copa America final". Miami Herald. Dicapai pada July 14, 2024.
- ^ Roiz, Jessica (July 14, 2024). "Shakira Shines During First Copa America Halftime Show at the 2024 Final Match". Billboard. Dicapai pada July 14, 2024.
- ^ Becherano, Lizzy (July 13, 2024). "Copa América: Colombia boss criticizes Shakira half-time show". ESPN. Dicapai pada July 14, 2024.
- ^ a b c d Carlisle, Jeff (14 July 2024). "Copa América final start delayed after fans rush gates". ESPN. Dicapai pada 14 July 2024.
- ^ a b c d e f Thames, Alanis (14 July 2024). "Copa America final between Argentina and Colombia underway following a delay of more than an hour". Associated Press. Dicapai pada 14 July 2024.
- ^ a b c d e f g "Copa America final kick-off delayed after fans struggle to enter stadium in Miami". The Athletic. 14 July 2024. Dicapai pada 14 July 2024.
- ^ a b Castro, Sarah; Gittins, William (14 July 2024). "Why was the Copa América final delayed? Arrests made as fans crash security". Diario AS. Dicapai pada 14 July 2024.
- ^ a b "Argentina vs Colombia live score, H2H and lineups". Sofascore. July 14, 2024. Dicapai pada July 14, 2024.