Perwaja Steel merupakan syarikat pengeluar besi keluli nasional .

Penutupan SementaraSunting

Pada 21 Februari 2002, Perwaja Steel menutup sementara dua kilangnya di Teluk Kalong, Kemaman dan Gurun, Kedah .

Penutupan sementara operasi kedua-dua kilang itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perwaja Datuk Abu Talib Mohamad semasa mengadakan taklimat kepada lebih 1,600 pekerja Perwaja di kilangnya di Kemaman .

Penutupan sementara itu untuk membolehkan pengurusan Perwaja menstrukturkan operasi perniagaan setelah menghadapi kemerosotan teruk dalam perniagaan syarikat. 100 pekerja pentadbiran yang bertugas di bangunan pejabat korporatnya di Seksyen 26 Shah Alam turut terlibat.

Syarikat itu telah menawarkan pekerjanya pilihan untuk Skim Persaraan Sukarela (SPS).

Presiden MTUC Senator Zainal Rampak selaku pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn supaya campurtangan dan mencari penyelesaian berhubung rancangan mengurangkan jumlah pekerja oleh Perwaja Steel Sdn Bhd.

Pautan luarSunting