Buka menu utama

Presiden Amerika Syarikat

(Dilencongkan dari Presiden AS)


Presiden Amerika Syarikat (kadangkala disingkatkan namanya sebagai POTUS, (Bahasa Inggeris: President Of The United States)[1] ialah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden juga ialah ketua cawangan eksekutif kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1788 dengan presiden pertama dilantik pada 1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun.

Presiden Amerika Syarikat
President of the United States of America
Seal of the President of the United States.svg
Jata rasmi Presiden Amerika Syarikat
Donald Trump Pentagon 2017.jpg
Penyandang
Donald John Trump

sejak 20 Januari 2017
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat
Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat
GelaranTuan Presiden (tidak rasmi)
Yang Mulia (rasmi)
Tuan Yang Terutama (T.Y.T.)
KediamanRumah Putih
Tempoh4 tahun
Pemegang sulungGeorge Washington
Pembentukan4 Mac 1789 (1789-03-04) (230 tahun yang lalu)
TimbalanMike Pence

Artikel Dua Perlembagaan mengukuhkan presiden sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan menghitung kuasanya secara spesifik yang diberikan kepada seorang presiden, termasuklah kuasa untuk menandatangani sesuatu akta menjadi undang-undang atau memvetonya termasuklah kuasa untuk menandatangani menjadi undang-undang atau akta-akta yang diluluskan oleh Kongres. Presiden itu mempunyai kuasa untuk membina satu kabinet penasihat-penasihat dan untuk memberikan keampunan atau penangguhan hukuman. Akhirnya, dengan "nasihat dan persetujuan" daripada Senat, untuk membuat perjanjian, melantik pegawai-pegawai pusat, Pesuruhjaya Tinggi , dan hakim, termasuklah Mahkamah Agung. Oleh kerana pegawai daripada jabatan lain, perlembagaan dengan para pegawai, perlembagaan menghadkan presiden dengan satu set timbal balik. Ia dirangka untuk menghadkan individu-individu daripada mengambil kuasa mutlak.

Isi kandungan

Senarai PresidenSunting

*Nota: Grover Cleveland menjadi presiden dua kali tidak berturut-turut. Oleh itu, George W. Bush ialah presiden ke-43 walaupun dia merupakan orang ke-42 yang menjawat.

Bekas Presiden yang masih hidupSunting

Nama Tempoh perkhidmatan Tarikh kelahiran
Jimmy Carter 1977-1981 (1924-10-01) 1 Oktober 1924 (umur 94)
Bill Clinton 1993-2001 (1946-08-19) 19 Ogos 1946 (umur 73)
George W. Bush 2001-2009 (1946-07-06) 6 Julai 1946 (umur 73)
Barack Obama 2009-2017 (1961-08-04) 4 Ogos 1961 (umur 58)

Syarat menjadi PresidenSunting

Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan:

"Tidak seorang pun, selain daripada warganegara asli, atau warganegara Amerika Syarikat pada waktu berlakunya Perlembagaan ini, dapat memangku jawatan presiden; dan tidak seorang pun yang dapat memangku jawatan tersebut, kecuali dia telah mencapai umur 35 tahun dan telah tinggal di Amerika Syarikat selama 14 tahun."

Setiap presiden perlu bersumpah:

"Saya bersumpah dengan khidmat bahawa saya dengan setia akan melaksanakan jawatan Presiden Amerika Syarikat dan dengan segala kesanggupan yang ada pada saya akan memelihara, melindungi, dan mempertahankan Perlembagaan Amerika."

RujukanSunting

  1. ^ Safire, William (1997-10-12). "On Language; Potus and Flotus". The New York Times. Dicapai 2007-08-20. 

Buku lanjutanSunting

  • Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting