Rali Dakar (Mal., Bru.) atau Reli Dakar (Ind.; Inggeris: Dakar Rallycode: en is deprecated , Perancis: Rallye Dakarcode: fr is deprecated - "Bolak-Balik Dakar") adalah rali tahunan yang dianjurkan oleh Organisasi Sukan Amaury melibatkan perlumbaan berketahanan tinggi dalam pelbagai jalan berpermukaan dan iklim sejauh 800–900 kilometer (500–560 bt) setiap hari. Penyertaan ia terbuka untuk kedua-dua pihak amatur dan profesional - peringkat amatur biasanya merangkumi sekitar lapan puluh peratus pesertaan acara ini. Ia dimulakan sejak awal tahun 1978 menumpu kepada perlumbaan dari Paris di negara Perancis jauh ke Dakar di Senegal.
Seorang penunggang motosikal berlumba dalam laluan Lisbon-Dakar 2009 sambil diawasi helikopter
Ancaman keselamatan dalam tengah litar di Mauritania sejak dekad 2000-an tidak sahaja menyebabkan pembatalan Rali 2008, malah memindahkan acara ini dari 2009 hingga 2019 di Amerika Selatan.[1][2][3] Acara tahun 2020 bakal diadakan di Arab Saudi.
Negara-negara yang telah direntasi sepanjang acara dilangsungkan dari tahun 1979 hingga 2007 (yang jingga hanya dilalui pada acara lumba 1992 ke Cape Town).
Negara direntasi dalam litar baru Rali sejak 2009 hingga 2018 sejak atas isu keselamatan. Bandar yang disertakan adalah titik permulaan dan akhir utama.
Perlumbaan ini dicetuskan Thierry Sabine berdasarkan pengalamannya tersesat di tengah gurun Ténéré semasa berlumba dalam suatu rali dari Abidjan ke Nice pada tahun Disember 1976.[4] Acara rali ini pertama kali diadakan di Paris dengan 182 buah kenderaan turut serta dan 74 pasukan yang kekal dalam laluan sepanjang 10,000-kilometer (6,200 bt) ke Dakar, Senegal; Cyril Neveu memenangi acara pertama ini dengan motosikal Yamaha<nowiki>nya.
Acara ini semakin lama semakin dikenali meriah: bilangan penyertaan meningkat ke 216 buah kenderaan tahun 1980 dan 291 buah tahun 1981.[5]