Sasyimi[1] atau sashimi (刺身) adalah makanan Jepun berupa makanan laut seperti ikan, kerang, dan udang kara atau daging segar yang terus dimakan dalam keadaan mentah begitu sahaja bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia segar atau jeruk, dan wasabi.[2][3] Makanan ini dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan dibuang kepalanya saja.

Sepinggan sasyimi hirisan ikan tuna, sotong dan ikan kakap.
Sashimi ikan Hiramasa

Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan mentah daging kuda (basashi), daging ayam (torisashi), hati ayam atau hati lembu.[4] Di daerah Kansai, sasyimi lebih dikenali dengan sebutan O-tsukuri.

SejarahSunting

Ada pendapat yang mengatakan kebiasaan memakan potongan daging segar tanpa dimasak adalah sama tuanya dengan sejarah manusia, tapi kebiasaan ini boleh berlanjutan atau hilang bergantung kepada keadaan lingkungan tempat tinggal. Jepun merupakan negara kepulauan dengan hasil laut segar yang dapat dinikmati sepanjang tahun, sehingga kebiasaan menikmati makanan laut segar tanpa dimasak terus berlanjutan hingga kini. Ada juga pendapat yang mengatakan perkataan Sashimi berasal dari perkataan namashishi (生肉, daging mentah) atau namasuki (生切, potongan segar).

PenyediaanSunting

Makanan laut utama untuk sajian sasyimi termasuklah:

Sasyimi juga dimakan dengan hidangan pendamping sayur disebut tsuma:

Jenis sasyimiSunting

  • Tsugatazukuri
Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-waktu istimewa.
  • Ikezukuri
Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum dihidangkan.
  • Tataki
Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sos Ponzu, parutan bawang putih dan hirisan daun bawang.

RujukanSunting

  1. ^ "sasyimi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Phillips, Hedy (18 February 2022). "What Is Sashimi, Exactly?". Reader's Digest. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  3. ^ "What is the difference between Sushi vs Sashimi". Pogogi (dalam bahasa Inggeris). 20 Februari 2014. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  4. ^ Mouritsen, O.G. (2009). Sushi: Food for the Eye, the Body and the Soul. Springer. m/s. 296. ISBN 978-1-4419-0618-2. Dicapai pada 13 May 2019. basashi – sashimi made from raw horse (uma).
  5. ^ "kigyo to ningen: shun no yasai no sashimi wo shokutaku e no fudo sabisu-bin — Mitsui shokuhin gokyo kabushikigaisha to Iwata Sekio-shi" [Industti dan individ: sajian makanan yang menghantarkan sasyimi sayur segar ke meja makan anda — Mitsui Food Industries, Ltd. and Sekio Iwata]. Shokuhin No Hoso (dalam bahasa Jepun). Nagoya: Hoso shokuhin gijutu kyokai. 29 (2): 3–5. Mac 1998. ISSN 0285-4449.

Pautan luarSunting