Stesen MRT Bukit Dukung
Stesen MRT Bukit Dukung ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pekan Bukit Dukung yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, nama stesen ini dikenali sebagai Taman Koperasi dan Taman Koperasi Cuepacs.[2]
Lokasi | Stesen Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras-Kajang, Kampung Bukit Dukung, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°01′34.7″N 101°46′15.6″E / 3.026306°N 101.771000°EKoordinat: 3°01′34.7″N 101°46′15.6″E / 3.026306°N 101.771000°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T453, T454, T455 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 353 petak parkir kereta dan 83 petak parkir motosikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK31 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 17 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri Stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di Kampung Bukit Dukung, Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala 500m utara stesen adalah persimpangan Sungai Balak Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Kampung Sungai Sekamat, Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Desa Baru.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Sungai Jernih) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Batu 11 Cheras) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 353 petak parkir kereta dan 83 petak parkir motosikal.[4]
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan T453, T454 dan T455 berkhidmat di stesen ini.
Pintu masuk dan keluar
suntingTerdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Bukit Dukung. Pintu A terletak berhampiran dengan Lebuhraya Cheras-Kajang manakala pintu B terletak di Jalan Cheras.
Stesen Laluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Bukit Dukung | Hentian sebelah bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Petronas Bukit Dukung | |
B | Jalan Cheras | Perhentian bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Jalan Cheras, Sungai Sekamat, Simpang Balak |
Galeri
sunting-
Pemandangan keseluruhan stesen.
-
Satu lagi pandangan keseluruhan stesen.
-
Permandangn stesen dari Lebuhraya Grand Saga.
Rujukan
sunting- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bukit Dukung — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Bukit Dukung". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.