Stesen MRT Sri Raya

Stesen MRT Sri Raya ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Sri Raya yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Taman Cuepacs.[2]

Sri Raya Rapid KL
سري راي
LokasiStesen Sri Raya, Persiaran Sri Raya, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.
Koordinat3°03′43.4″N 101°46′23.0″E / 3.062056°N 101.773056°E / 3.062056; 101.773056Koordinat: 3°03′43.4″N 101°46′23.0″E / 3.062056°N 101.773056°E / 3.062056; 101.773056
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T414
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan220 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK28 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri Stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di selatan Taman Sri Raya, Cheras, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah   Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Telekom   Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Kampung Batu 10 Cheras, Taman Shahjaya Cheras, Masjid Kariah Cheras, SAM Hulu Langat Batu 10 dan SMK Perimbun.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Bandar Tun Hussein Onn)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Taman Suntex)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 220 petak parkir kereta.[4]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T414 berkhidmat di stesen ini.

Pintu masuk dan keluar sunting

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Sri Raya. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan ketiga-tiga pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga. Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Taman Sri Raya (A). Kedudukan Pintu A dan Pintu B stesen terletak di timur stesen berdekatan dengan Saville @ Cheras dan Persiaran Sri Raya manakala kedudukan Pintu C stesen terletak di barat daya stesen berdekatan dengan Jalan Taman Kota Cheras 1/1 dalam kawasan perumahan Taman Kota Cheras.[3][5]

Stesen Laluan Kajang
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Taman Sri Raya (A) Hentian sebelah untuk bas pengantara, Persiaran Sri Raya.  
B Taman Sri Raya (B) Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Persiaran Sri Raya, Jalan Hulu Langat.  
C Taman Kota Cheras Taman Kota Cheras, Jalan Kota Cheras  

Rujukan sunting

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  3. ^ a b "Sri Raya — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — Sri Raya". MRT Corp. 8 Jun 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  5. ^ "Sri Raya MRT Station". MRT.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.