Sukan Malaysia 1990

Sukan Malaysia 1990, juga dikenali sebagai Sukan Malaysia III merupakan satu temasya yang telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 18 hingga 27 Julai 1990. Temasya ini merupakan edisi ketiga Sukan Malaysia. Sebanyak 17 kontinjen menyertai temasya ini.[1]

Sukan Malaysia III
Bandar tuan rumahKuching, Sarawak
Penyertaan pasukan17
Penyertaan atlet2849
Sukan15
Acara134
Upacara pembukaan18 Julai
Upacara penutupan27 Julai
Stadium utamaStadium Sarawak

Ini merupakan kali pertama temasya ini diadakan di bahagian Malaysia Timur.

Pemasaran sunting

Temasya ini menjadi temasya Sukan Malaysia yang pertama mempunyai logo dan maskot yang tersendiri. Maskot temasya ini dinamakan Satria iaitu seekor burung kenyalang.

Sukan yang dipertandingkan sunting

Sebanyak 134 acara dipertandingkan dalam sukan ini melibatkan 15 sukan.[2]

Penyertaan sunting

Sebanyak 17 kontinjen menyertai temasya ini.[1]

Pungutan pingat sunting

  *   Tuan rumah (Sarawak)

Sukan Malaysia 1990[3]
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Sarawak 44 17 18 79
2   Kuala Lumpur 19 20 18 57
3   Pulau Pinang 17 22 24 63
4   Perak 12 16 22 50
5   Selangor 11 18 34 63
6   Negeri Sembilan 7 4 4 15
7   Sabah 5 4 10 19
8   Melaka 4 6 6 16
9   Polis Diraja Malaysia 4 4 2 10
  Terengganu 4 4 2 10
11   Kedah 2 7 6 15
12   Johor 2 5 12 19
13   Kelantan 2 2 3 7
14   Perlis 1 0 7 8
15   Pahang 0 2 5 7
16   MASUM 0 2 1 3
17   Angkatan Tentera Malaysia 0 1 2 3
Jumlah 134 134 176 444

Olahragawan dan Olahragawati sunting

Pada temasya ini juga anugerah olahragawan dan olahragawati mula diperkenalkan.

Gelaran Nama Negeri Sukan
Olahragawan Gerard Liew   Pulau Pinang Renang
Olahragawati Tania Hamid Bugo   Sarawak Renang

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Penyertaan Atlet SUKMA 1986-2000". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2003. Dicapai pada 11 September 2022.
  2. ^ "Sukan Malaysia (SUKMA)". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2017. Dicapai pada 11 September 2022.
  3. ^ "Pungutan Pingat SUKMA 1986-2002". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-09-02.
Didahului oleh
Kuala Lumpur
Sukan Malaysia
Sarawak

Sukan Malaysia III (1990)
Diikuti oleh:
Johor