Sultanah Nur Diana Petra Abdullah

Sultanah Kelantan

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (Jawi: سلطانة نور ديانا ڤيترا عبدالله; nama asal Jana Jakoubková; dilahirkan pada 25 Februari 1988 di Republik Czech) merupakan Sultanah Kelantan dan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah
سلطانه نور ديانا ڤترا عبدالله

Sultanah Kelantan
2 Ogos 2022 - kini
Pemasyhuran 12 November 2022
Negeri Kelantan
Pendahulu Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid (sebagai Raja Perempuan)

Jana Jakoubková
Kelahiran (1988-02-25) 25 Februari 1988 (umur 35)
Republik Czech
Tempat persemayaman Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Pasangan Sultan Muhammad V (k. 2010)

Kehidupan peribadi sunting

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah diputerakan di Republik Czech pada 25 Februari 1988.[1]

Perkahwinan sunting

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah melangsungkan perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada 30 Oktober 2010.[2]

Gelaran Diraja sunting

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.[3][4]

Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa), manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berketurunan diraja. Gelaran ini kali terakhir digunapakai oleh DYMM Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 - 23 Disember 1920).

Dalam lipatan sejarah Kesultanan Kelantan juga terdapat tiga permaisuri yang bernama Zainab iaitu:

1) Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV (1899-1920)

2) Raja Perempuan Zainab I (Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Ibrahim (1944-1960)

3) Raja Perempuan Zainab II (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) permaisuri kepada KDYMM Sultan Yahya Petra (1960-1979)

Panggilan dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 25 Februari 1988 - 30 Oktober 2010: Cik Jana Jakoubková
  • 30 Oktober 2010 - 2 Ogos 2022: Yang Berbahagia Che Puan Nur Diana Petra Abdullah
  • 2 Ogos 2022 - kini: Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan

Penghargaan sunting

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dianugerahkan:

Penghargaan Kelantan sunting

  •   Kelantan:
    •   Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) atau Bintang Al-Yunusi[5]
    •   Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) atau Al-Muhammadi I (Bintang Al-Muhammadi) - Dato'

Rujukan sunting

  1. ^ Suzi (9 Oktober 2023). "Ramai Terpegun Kecantikan Sultanah Nur Diana Petra, Gaya & Sisi Anggun Baginda Pikat Perhatian!". Nona. Dicapai pada 10 Oktober 2023.
  2. ^ @hrhnurdiana (30 Oktober 2023). "Happy 13th Anniversary sayangku❤️" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 November 2023 – melalui Instagram.
  3. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (2 Ogos 2022). "Sultan Kelantan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan". Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  4. ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  5. ^ Aswany Omar (12 November 2022) Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK). Sinar Harian.