Buka menu utama
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Tan.

Dato' Dr Tan Kee Kwong (lahir 1947) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dari parti Gerakan. Kini beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008 beliau tidak bertanding. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 menang di Parlimen Wangsa Maju. Kini beliau adalah anggota lembaga disiplin PKR.

Yang Berhormat Dato' Dr.
Tan Kee Kwong
DMPN (PP); MP
陈记光
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Wangsa Maju
Memegang jawatan
8 Mac 2013
Didahului olehWee Choo Keong (PKRPR)
Majoriti5,511 (9.5%) (2013)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Segambut
Dalam jawatan
8 Mac 1995 – 7 Mac 2008
Didahului olehPerlembagaan baru
Digantikan olehLim Lip Eng (DAPPR)
Butiran peribadi
LahirTan Kee Kwong
1947 (umur 71–72)[1]
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikPKR (2008–)
Gerakan (1995–2008)
Ibu bapaTan Chee Khoon
Alma materUniversiti Malaya[2] (M.B.B.S.)
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor perubatan
Tan Kee Kwong
Cina Tradisional: 陳記光
Cina Ringkas: 陈记光

KerjayaSunting

Doktor Perubatan pada tahun 1973-1977 beliau mula bekerja di United Kingdom (UK) sebagai doktor. Di samping itu belajar di peringkat sarjana. Pada tahun 1985, dia membuka klinik sendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Pada tahun 1987, beliau bersama rakan-rakan dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sentul, Kuala Lumpur membantu rakyat miskin terutama Kaum India di Sentul. [perlu rujukan]

KeluargaSunting

Bapanya, Tan Sri Tan Chee Khoon.

PolitikSunting

Pada 1995, Tan Sri Dato' Alex Lee menamakan beliau sebagai calon Gerakan di parlimen Segambut. Beliau menyertai parti Gerakan dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 1995. Ketika itu Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Tan menjadi Timbalan Menteri dari 1999 hingga 2004. Beliau merupakan Ahli Parlimen Segambut selama tiga penggal (1995, 1999 dan 2004).

Menyertai Pakatan RakyatSunting

Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pada Ogos 2008.

Beliau tertarik menyertai Pakatan Rakyat kerana mengenali secara rapat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Menteri Besar Selangor lebih 20 tahun .Sejak 2008 beliau dilantik sebagai Pengerusi Bersama Task Force Bersama Tanah Selangor bersama Dato' Nik Mohamad Zin yang dahulunya sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tanah .

Felda hendaklah disiasatSunting

Pada 18 Jun 2010, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri di kementerian yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan / Felda beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah-urus dalam Felda. Rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion (2009). Ia dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Felda membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta. Ibu pejabat Felda sedia ada akan diruntuh dan diganti bangunan baru di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.[3]

Pada 4 September 2014, Tan Kee Kwong berjaya mengenepikan kes saman oleh Felda. Beliau telah disaman RM200 juta oleh Felda tetapi Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Felda. Penghakiman itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersalah. Lima anggota panel hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Arifin Zakaria. Ahli panel lain ialah Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Ahmad Ma’arop dan Hasan Lah. [4]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia[5][6][7]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 P106 Segambut, Wilayah Persekutuan Tan Kee Kwong (Gerakan) 24,259 66.72% Abdul Muluk Daud (DAP) 12,101 33.28% 38,880 12,158 68.06%
1999 Tan Kee Kwong (Gerakan) 24,926 60.41% M. Manoharan (DAP) 16,338 39.59% 42,175 8,588 70.16%
2004 P117 Segambut, Wilayah Persekutuan Tan Kee Kwong (Gerakan) 28,061 71.67% Kuan Perk Siong (DAP) 11,093 28.33% 40,261 16,968 70.20%
2013 P116 Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Mohd Shafei Abdullah (UMNO) 26,130 45.23% Tan Kee Kwong (PKR) 31,641 54.77% 58,291 5,511 86.01%

RujukanSunting

  1. ^ "The Future Direction of Malaysian Politics" (PDF). Institute of Southeast Asian Studies. 22 March 2012. Dicapai 29 February 2016. 
  2. ^ "Tan Kee Kwong". Malaysian MP Reference Site. Dicapai 29 February 2016. 
  3. ^ Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat
  4. ^ Saman RM200j Felda: MP PKR menang
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai 28 June 2010. 
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 5 May 2014.  Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 : Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai 8 May 2016. 

Pautan luarSunting