Buka menu utama

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

(Dilencongkan dari Gerakan)

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian People's Movement Party; singkatan: GERAKAN) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Mah Siew Keong. GERAKAN merupakan parti serpihan Persatuan Cina Malaysia (MCA). GERAKAN merupakan komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pembangkang di peringkat Persekutuan, Barisan Nasional merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Pahang dan Perlis. GERAKAN tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak. Pada 23 Jun 2018 mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) GERAKAN telah mengumumkan untuk keluar dari Barisan Nasional dan kekal sebagai Parti Bebas di dalam Blok Pembangkang.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Malaysian People's Movement Party
马来西亚民政运动党
GERAKAN
Ketua Mah Siew Keong
Diasaskan 24 Mac 1968
Ibu pejabat

Level 5, Menara PGRM, 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 KUALA LUMPUR.
TEL. : +6 03 - 92876868

FAX. : +6 03 - 92878866
Penggabungan nasional Barisan Nasional (-2018)
Tapak web
Laman GERAKAN

Isi kandungan

GERAKAN dan PerkembangannyaSunting

Pada 27 Ogos 2005, parti ini mengadakan pilihan raya parti yang memperlihatkan kedudukan Dr Lim Keng Yaik sebagai presiden dicabar oleh timbalannya, Kerk Choo Ting. Dr Lim mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas memenangi 983 undi berbanding 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. Dr Koh Tsu Koon menjadi Timbalan Presiden yang baru selepas beliau menang tanpa bertanding pada hari pencalonan bagi pilihan raya parti.

Pada November 2006, presiden parti Barisan Nasional yang lain, Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas, mengusulkan penggabungan antara Gerakan dan PPP. Koh menyambut baik cadangan tersebut.[1]

Pada 2006, kira-kira 80% ahli Gerakan ialah etnik China, sementara 15% yang lain ialah etnik India, etnik Melayu, atau etnik yang lain.[1]

Parti ini mencatat rekod pilihan raya terburuk semasa berlangsung Pilihan Raya Umum 2008, yang memperlihatkan Gerakan hanya memenangi 2 kerusi, berbanding kemenangan 10 kerusi pada pilihan raya sebelumnya. Jadi, parti ini kehilangan jawatan kabinet dan pembuangan ahli kabinet. Parti ini juga kehilangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sudah dipegang oleh mereka bagi satu masa yang panjang. Berikutan kekalahan parti dalam Pilihan Raya Umum 2008, presidennya iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menawarkan diri untuk letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab dalam kekalahan tersebut.

Pilihan Raya Umum 2018 merupakan rekod pencapaian terburuk Parti ini kerana kalah di semua kerusi parlimen yang ditandingi.

Parti ini merupakan anggota Majlis Liberal dan Demokrat Asia.

Senarai presidenSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting


Rujukan lainSunting

Nota dan rujukanSunting

  1. ^ a b Suthakar, K. (Nov. 20, 2006). PPP menawarkan tawaran Gerakan bergabung. The Star.