Syed Ahmad Shahabuddin
Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Haji Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin telah dilahirkan pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Syed Ahmad merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik.
Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Haji Syed Ahmad Shahabuddin | |
---|---|
Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 4 Disember 1984 – 3 Jun 2004 | |
Didahului oleh | Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan |
Digantikan oleh | Tun Mohd Khalil Yaakob |
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 1978–1980 | |
Menteri | Ghazali Shafie |
Didahului oleh | Rais Yatim |
Digantikan oleh | Sanusi Junid |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Terap, Kedah | |
Dalam jawatan 1978–1984 | |
Didahului oleh | Ahmad Shukri Abd. Shukor |
Digantikan oleh | Baharom Bakar |
Menteri Besar Kedah | |
Dalam jawatan 1967–1978 | |
Didahului oleh | Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin |
Digantikan oleh | Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 1967–1969 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Kuala Nerang | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Azizah Taib |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Padang Terap | |
Dalam jawatan 1959–1974 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu | |
Dalam jawatan 1955–1959 | |
Kawasan pilihan raya | Kedah Utara |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin 4 Mei 1925 Kulim, Kedah |
Mati | 7 Julai 2008 Melaka | (umur 83)
Tempat semadi | Makam Pahlawan Melaka Masjid Al-Azim Bukit Palah, Melaka |
Parti politik | UMNO |
Pasangan |
|
Anak | 10 |
Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
---|---|
Tuan Yang Terutama | |
Pemerintahan | Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-5 |
Pertabalan | 4 Disember 1984 |
Pendahulu | Syed Zahiruddin bin Syed Hassan |
Pengganti | Mohd Khalil Yaakob |
Pendidikan
suntingBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga tahun 1935. Syed Ahmad kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star sehingga beliau lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1947.
Kerjaya awal
suntingBeliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Negeri, Alor Setar dari tahun 1947 hingga tahun 1955 dan pada masa yang sama membabitkan diri dalam kegiatan SABERKAS dan Kesatuan Melayu Negeri Kedah (KMNK) yang berpusat di Alor Setar.
Kerjaya politik
suntingApabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, Tun Syed Ahmad menyertai parti politik dan menjadi ahli UMNO di Cawangan Alor Setar, Kedah. Mulai tahun 1951 hingga tahun 1954 beliau dilantik menjadi Penolong Setiausaha UMNO Negeri dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha UMNO hingga tahun 1967.
Semasa pembabitannya dalam politik, beberapa jawatan telah disandang beliau di antaranya ialah Ahli Dewan Undangan Persekutuan dari tahun 1955 hingga tahun 1959 dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dari tahun 1958 hingga tahun 1967. Pada tanggal 14 Disember 1967, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang keempat menggantikan Dato' Syed Omar Shahabuddin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Disember 1967. Jawatan Menteri Besar Kedah telah disandang oleh beliau sehingga tahun 1978. Sebagai Menteri Besar, beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ketua Barisan Nasional Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia.
Pada tahun 1967, beliau turut dilantik menjadi Ahli Dewan Negara selama dua tahun sehingga tahun 1969. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1980 dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dari tahun 1981 hingga 1988. Beliau telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Melaka pada tahun 1989 hinggalah 2004 menggantikan Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan.
Dalam masa pentadbiran beliau, perhatian ditumpukan bagi mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan negeri bersama-sama penyokong dalam kerajaan, khususnya Ahli-ahli Exco sebagai pembuat dasar, sementara para pegawai kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar. Tun Syed Ahmad seringkali mengetuai rombongan kerajaan dan ahli-ahli ekonomi melawat negara-negara luar bertujuan mempromosikan Kedah dan meyakinkan para pelabur tentang potensi pelaburan dan insentif-insentif yang disediakan di Negeri Kedah. Walaupun perhatian tertumpu pada sektor perindustrian, namun sektor pertanian tetap diberi perhatian. Projek raksasa yang menjadi kebanggaan kerajaan yang dikenali sebagai Rancangan Pengairan Muda dibina. Nyatalah projek itu memperlihatkan hasrat kerajaan di bawah pimpinan beliau untuk mengekalkan identiti tradisi Negeri Kedah Darul Aman sebagai Jelapang Padi Malaysia. Pandangan jauh beliau untuk membawa negeri ini bersaing antara sektor pertanian dan perindustrian telah berjaya mengangkat taraf hidup rakyat dengan perkapita yang meningkat dari tahun ke tahun. Beliau juga berjaya mengurangkan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan di Negeri Kedah.
Anugerah
suntingDemi menghargai sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan, beliau dianugerahi pingat dan darjah kebesaran antaranya S.M.N., S.S.M., P.S.M., D.U.N.M. , S.P.M.S., S.P.M.K., S.P.M.T., S.S.D.K., D.P., P.N.B.S., P.G.D.K., J.M.N. dan J.P
Keluarga
suntingSyed Ahmad berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Haniffah binti Syed Alwi pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak. Toh Puan meninggal dunia pada 5 Julai 1993 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, Syed Ahmad berkahwin dengan Toh Puan Datuk Seri Datin Seri Utama Marfuza bte Sheikh Mohd Osman dan mereka dikurniakan dengan empat orang anak.
Kematian
suntingBeliau meninggal dunia akibat sakit tua pada usia beliau 83 tahun pada 7 Julai 2008 dan disemadikan di Makam Pahlawan Melaka di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Penyandang Terdahulu | Yang di-Pertua Negeri Melaka 1984 – 2004 |
Penyandang Kemudian |
Tun (Dr.) Haji Abdul Aziz Abdul Majid | Tun Mohd Khalil Yaakob |
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kedah 1967 – 1978 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin | Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin |